Minta jauhkan saya jadi seperti Rosmah - Wan Azizah

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, rakyat Malaysia tidak akan melihat beliau membeli-belah di luar negara seperti sesetengah isteri para menteri.

Ditanya sekiranya beliau mungkin akan kerap membeli-belah di luar negara sekiranya Anwar menjadi perdana menteri, Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah."


Menurut Wan Azizah, beliau sebelum ini pernah melawat luar negara ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum dipecat daripada kerajaan BN.

Namun dalam lawatannya itu beliau sekadar melawat muzium seperti kompleks muzium kajian Smithsonian di Amerika Syarikat dan juga Museum of London.

"Saya telah pergi ke luar negara dan bertemu seorang isteri duta (Malaysia) dan dia bertanya saya, 'ke mana Datin Seri mahu kunjungi?'.

"Saya beritahu dia, muzium Smithsonian bagus. Kemudian dia beritahu saya, 'andalah isteri menteri pertama yang ajak saya pergi ke muzium," katanya lagi dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Katanya perkara yang sama juga berlaku apabila beliau mengunjungi Museum of London bersama isteri kepada seorang duta Malaysia.

Wan Azizah berkata, isteri duta berkenaan selepas itu memberitahunya bahawa itulah kali pertama beliau berkunjung ke muzium di negara itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau akan mengambil sikap yang sama seperti dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Rosmah – terbaru melibatkan dakwaan pembelian sebentuk cincin berharga RM24 juta.

Dakwaan berkenaan mencetus kontroversi pada pertengahan bulan lalu apabila pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan pembelian cincin berkenaan.

Berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” didakwa telah diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini tanpa dikenakan cukai import.

Rosmah telahpun menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai satu fitnah yang tidak ingin dilayaninya.


Malaysiakini

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kak Wan org beriman, telus & ikhlas.
    Banyak bersabar Kak Wan dlm menghadapai dugaan.
    Ujian Allah : yg susah diuji cara susah, yg senang ditambah dgn kesenangan Allah nak tengok kita syukur atau kufur.
    Utk Kak Mah,
    -pakailah tudung dlm erti kata tutup aurat
    -kita semua akan diHISAB di Akhirat nanti akan harta yg kita perolehi.

    ReplyDelete
  2. Kak Wan memang memang seorang wanita yang sabar:-

    i. DSAI panggil dia ikan sepat kering pun tak apa...

    ii. DSAI main bontot lelaki dan zina dengan Samsdidar, China Doll dan wanita lain pun tak apa.

    ReplyDelete
  3. Apa nak kecoh sangat dengan orang nak bershopping di dalam atau luar negara. Tepuk dada tanya selera.

    Mohon jangan dipolitikkan isu remeh ini..untuk makluman Opah aku selalu shopping di Siam..

    ReplyDelete
  4. Jgn tuduh sebarang.. nanti Allah laknat baru tau.. nanti anak bini kau membontot baru padan muke.. tak salah nak shopping kat ovesea.. tapi yang salah shopping guna duit negara.. yang salah pi shopping guna kenderaan negara..

    ReplyDelete
  5. ak sokong anon ats... nk shopping berjuta2 pun, asalkan duit sendiri.... dh masuk duit kerajaan, mmg xleh la....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post