Murtad : UMNO hanya nak pancing undi Melayu

Kenyataan media milik Umno dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali bin Abi Thalib k.w. sebagai "ucapan yang zahirnya benar tapi matlamatnya kebatilan."

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang menganggap tindakan media arus perdana mahu dilihat sebagai juara mempertahankan Islam dalam isu serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebagai usaha untuk memancing undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Beliau menyifatkan kenyataan media milik Umno dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali bin Abi Thalib k.w. sebagai “ucapan yang zahirnya benar tapi matlamatnya kebatilan.”

Pada 3 Ogos lalu, sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu gereja berkenaan di Seksyen 13, di sini ekoran kehadiran sekumpulan penganut Islam pada majlis makan malam anjuran gereja tersebut.

Menulis dalam Harakah keluaran terbaru, Hadi berkata matlamat media arus perdana dan Umno ialah untuk memancing undi Melayu Islam yang buta Al Quran bagi PRU ke 13.

“Mereka mahu meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin. Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya Islam yang memerintah dan mentadbir.

“Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama tetapi kerana kononnya kesalahan berpolitik dalam masjid.

Memisahkan agama dengan politik

“Politik pula dipisahkan dari agama sama seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam,” terangnya.

Menurut beliau, ketika Islam dalam keadaan berkuasa di Madinah, Rasulullah saw mengizinkan penganut agama lain hidup dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadikan rakyat yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.

“Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya,” katanya.

Ujar Hadi, “berlaku zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram sehingga Rasulullah saw memberi amaran neraka kepada orang Islam yang mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.

Beliau lalu memetik ayat 40 dari Surah Al-Hajj, firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan sesetengahnya yang lain, nescaya runtuhlah biara- biara serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang didalamnya banyak disebut nama Allah.”

Rasulullah saw menafsirkan perintah Allah secara amalan; apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara.

Beliau mengajak umat Islam membuka Al Quran dan mengamati ajaran Rasulullah saw dan para sahabat serta ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal yang sebenarnya, bukan melalui media dan pengampu di jalanan.


Free Malaysia Today

17 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ni bukan pasai pancing undi hadi awang hoi. Ini pasai akidah la.

    ReplyDelete
  2. ko nak hoi2 org pun agak2 la.....pk aper yg disampaikannyer...katakan ko tinggal ko US n tgh bersolat..then org gempur masjid...aper perasaan ko..Islam ni sempurna...jgn nak cacat kan nyer dgn kejahilan ko...

    ReplyDelete
  3. Masa mula2 kejadian ini berlaku beriya-iya utusan dan TV hentam JAIS dn Hasan Ali hatta Kerajaan Selangor.. Tapi bila dh tau apa tujuan JAIS ambik tindakan terus senyap je Utusan dan TV ni. Tak de la pulak nak puji tindakan JAIS dn Hasan Ali tu.. Memang betul la Utusan Meloya dan TV 3/4..

    ReplyDelete
  4. Anonymous August 11, 2011 10:16 PM
    sy setuju dgn anda kerana kita kena pertahankan akidah dan Islam....apa dh jd dgn PAS ni (sy adalah insan yg yg menyokong kebenaran & keadilan & menyanggah mana salah)

    anakpolis
    tidak perlu puji-pujian tu pd sy melapor yg betul lebih bagus drpd memuji tu

    ReplyDelete
  5. pemimpin umno memang suka meneguk di air keruh, terutama mempolitikan isu islam utk meraih simpati orang melayu.
    hakikatnya pemimpin umno sendiri memang anti islam, agenda2 islam yg manggangu gugat kedudukan dia, dia tentang. kata2 TG Hadi yg pemimpin umno menjadikan "islam agama yg diperintah dan di tadbir, bukannya islam yg memerintah dan mentadbir"...adalah cukup tepat.

    ReplyDelete
  6. anon 10:16am
    pasal akidah?? Ye betul. Tolong bagi tau kat pemimpin umno yg menolak perlaksanaan hukum hudud itu juga...psal akidah? jangan hayn ambil juzuk2 yg hanya utk kepentigan politik sempit UMporNO.

    ReplyDelete
  7. bila dunia dah sampai ke akhir zaman maka akan lahirlah golongan yang berhati setan tetapi menyamar sebagai alim ulama dikalangan umat islam sendiri . tugas mereka adalah memesong umat islam untuk kepentingan mereka sendiri.
    JAIS tak serbu gereja dan tak ceroboh gereja pun . JAIS tunggu 1 jam sebelum boleh dapat masuk ke gereja. majlis tu bukan makan malam , thanksgiving dengan menjemput umat islam dipercayai lebih dari 30 orang. Perlembagaan Malaysia melarang cubaan memurtadkan orang islam oleh orang bukan islam. bila dah ada bukti surat menyurat tentang majlis yang bertujuan memesongkan umat islam , JAIS ke gereja untuk membuat pemeriksaan dan mengambil kad pengenalan orang islam yang terlibat . bagi tindakan pencegahan memelihara akidah mereka . mana bab politik nya dalam hal ni . jadi petikan ayat al-quran oleh haji hadi jelas menunjukkan niat jahat beliau berselindung disebalik ayat al-quran bagi mencapai maksud kepentingan politik haji hadi sahaja .

    kecualilah pentadbiran PKR diselangor dipimpin oleh golongan mubaligh kristian . macam kehadiran wakil kristian disetiap kali sidang media menteri besar PKR selangor samada teressa cock , xavier ataupun tony phua . macam tu ker contoh Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya Islam yang memerintah dan mentadbir. Haji Hadi patut nya nasihat puak puak PKR tu dulu . ajar mereka apa yang haram dan apa yang halal . apa dosa dan apa pahala .

    ReplyDelete
  8. Penganutpas,
    kau ni pun satu lagi bhagal.Berbekal maklumat tak lengkap kau terus nak komen. Media2 pecacai umno guna perkataan "SERBU" "PENYERBUAN" yang kau pandai2 tukar kata jais tak serbu ni apa hal. nak jadi munafik dibulan puasa?

    ReplyDelete
  9. Penganutpas,
    kau kata "thanksgiving dengan menjemput umat islam dipercayai lebih dari 30 orang."
    ...kau nak buat fitnah dibulan ramadhan ni ke? Lapuran akhbar hanya menyebut 12 orang beragama islam dlm majlis tersebut.
    Yang 30 orang tu ialah polis dan pegawai jais.
    Kau tahu tak menyebar fitnah di bulan ramadhan ni dosa dia berkali2ganda.
    Elok kau cepat bertaubat.
    -----------------------------------
    Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, pihaknya akan mengeluarkan laporan penuh mengenai serbuan tersebut selepas siasatan terhadap 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan selesai.

    ----------------------------------
    Pastor kanan DUMC Dr Daniel Ho berkata, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis....

    ReplyDelete
  10. buat pencacai umno ! jangan nak cakap orang tak betul umno aje betul ingat balik kes aisyah bukharykat johor n memali siapa punya kerja jangan pandai kata orang munafik nak tanggung dosa besar konon tengok ahli keluarga sendiri macam mana kristian ke yahudi ini hakikat realiti ...... sebab org umno ini mmg tak boleh lari dari sebab muhasababnya pasti sangkut paut .... ingat aisyah bukhairy kat johor tu jangan nak tunjuk lagak bodoh , banggang , bebal dan poyooooooo

    ReplyDelete
  11. ni paria2 yang dok kata nak jaga akidah hangpa toksah jadik setan la... dulu tahun 60 an 70an nik aziz suruh umno buat undang2 syariah murtad di parlimen menteri2 umno boleh tuduh nika aziz macam2 sampai ada kata dia ekstremis... tahun 2008 salahudin ayub buat benda yang sama di parlimen mentei2 umno buat bodo ja... hangpa budak2 toksah nak tunjuk jaguh la kononnya hangpa la pembela agama...pi tanya kat orang tua2 sapa umno sebenaqnya... nak tanya pun toksah pi tanya orang tua2 kat kedai nombor ekoq pasai sat lagi konfem depa lata umno baguih pasai umno la bagi lesen depa berjudi...

    ReplyDelete
  12. FAKTA: JAIS tunggu sampai satu jam baru dapat masuk ke gereja . majlis makan malam thansgiving tu diadakan di dalam ruang ibadat gereja tu . dalam masa satu jam tu tidak tahu dah berapa ramai orang islam yang hadir dalam majlis tu yang dah cabut lari , dipercayai lebih dari 30 orang. hanya 12 orang jer yang dapat diambil kad pengenalan mereka. JAIS jugak jumpa 15 soalan kuiz kefahaman mengenai islam yang dibuang ke dalam tong sampah pada serbuan itu. JAIS ada simpan surat menyurat mengenai jemputan ke majlis tersebut.
    SOALANNYA : salah ker JAIS membuat pemeriksaan terhadap orang islam di dalam gereja bagi maksud menjaga akidah mereka sedang islam adalah agama rasmi dimalaysia ini??
    KEBODOHAN : kenapa perlu seorang menteri besar dari pakatan rakyat dari parti keadilan perlu memohon maaf dengan pihak gereja ???
    BEBAL: bagi pengikut pakatan rakyat yang tak tahu hujung pangkal pasal isu murtad ini , sila berkunjung ke masjid mujahideen di SS21 damansara untuk maklumat lanjut .
    PENGAJARAN: ini adalah akibat dari ketamakan orang islam dalam berpolitik . kerana gila sangat dengan kuasa sampai pihak yang cuba memesongkan akidah umat islam cuba dilindungi . ini terbukti dari tindakan menteri besar dari parti keadilan yang memohon maaf kepada pihak gereja . hanya kerana takut kehilangan undi puak puak kristian.

    ReplyDelete
  13. Penganutpas
    tak payah twist sana sini lah. tak payah cakap pasal fakta..kau tak faham pasal fakta. bersumberkan utusan meloya, janganlah nak berhujjah..pergi cerita kat beruk pun depe pakat lena.

    ReplyDelete
  14. JAIS robohkan gereja tu ke... atau mencari umat Islam yang ada digereja tu. Dasar bengong.

    ReplyDelete
  15. TENGOK TV3 SERTA BACA UTUSAN MANA NAK SAMA YANG KAU TENGOK TVPAS DAN BACA HARAKAH TU SILEBAI BAHLOL.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post