PANAS!! Ahli UMNO akui Najib Perdana Menteri Terakhir..

“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinan, masalah yang disebabkan oleh isterinya (Datin Seri Rosmah)... ini orang bercakap, orang di bawah bercakap.

“tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa,” kata Shahbudin yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju.


Buku ini dengan tajuk penuh “Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir...” dua tahun selepas Najib menjadi perdana menteri keenam.

Orang UMNO sendiri dah akui.. Itu Ahli UMNO yang ada otak.. yang tak ada otak masih bermati-matian menyokong..

Saya cuma nak tegur PM, kata penulis buku ‘Najib Perdana Menteri Terakhir’

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Penulis buku “Najib Perdana Menteri Terakhir” berkata beliau menghasilkan buku setebal lebih 300 halaman hanya untuk menegur agar Datuk Seri Najib Razak membetulkan segala kelemahannya selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum keadaan menjadi parah.

Buku 25 bab ini dikeluarkan ketika kepimpinan Najib masuk tahun ketiga dan spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa.

Petang ini, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn.

Malah buku ini berada di pasaran ketika timbul desas-desus Umno berhadapan dengan masalah dalaman, yang telah pun dinafikan oleh beberapa pemimpin kanan parti itu.

Minggu lalu, Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) juga menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

“Saya hanya menulis untuk menegur Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri. Saya tidak mengkritik parti.

“Apa yang saya sampaikan cuma pandangan dan suara akar umbi dan rakyat.. saya cuma menyampaikan demi kepentingan parti,” kata Shahbudin Husin ketika ditanya mengapa menghasilkan buku yang dilihat sebagai tindakan mengkritik presiden parti sendiri.

Pemerhati melihat kritikan dalam bentuk buku ini muncul dalam tempoh singkat berbanding ketika kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi memimpin Umno dari 2003 hingga 2009.

Shahbudin, bekas naib ketua Pemuda Umno Wangsa Maju bertanya, “apa ruang yang saya ada untuk memberikan pandangan?”

“Dulu saya pernah memegang jawatan dalam bahagian, kami boleh sampaikan fikiran. Saya fikir ini cara untuk membawa pandangan dan suara rakyat kepada kepimpinan, kepada Datuk Seri Najib... saya tidak mengkritik Datuk Seri Najib, cuma menegur beliau,” kata beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju.

Shahbudin juga mengakui bahawa beliau bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan disiplin jika parti memutuskan demikian.

“Saya cuma nak selamatkan parti. Ini penting,” katanya yang berusia awal 40-an.

Buku ini dengan tajuk penuh “Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir...” dua tahun selepas Najib menjadi perdana menteri keenam.

Shahbudin merupakan memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno dari 2004 hingga 2008.

“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinan, masalah yang disebabkan oleh isterinya (Datin Seri Rosmah)... ini orang bercakap, orang di bawah bercakap.

“Harapan saya ialah Datuk Seri Najib akan melakukan perubahan, membawa perubahan... jika tidak berubah, rakyat akan mengubah. Kata-kata ini beliau gunakan sebelum ini, saya harap beliau akan berubah, ini yang saya cuba sampaikan dalam buku saya,” kata beliau sambil menambah, “saya lebih sayangkan parti, bukannya individu.”

Di bahagian Bingkisan Penerbit, Shahbudin yang merupakan wartawan sebelum aktif dalam Umno berkata, “sudah lebih dua tahun Najib menjadi Perdana Menteri, namun Umno dan kerajaan yang dipimpinnya belum lagi menunjukkan tanda-tanda positif dari segi penerimaan rakyat.”

“Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan,” kata Shahbudin.

“Umno dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya,” kata beliau lagi sambil menggariskan alasan-alasan atas perkembangan itu.

“Dari kepimpinan yang terlalu bertolak ansur dan tidak tegas, Melayu rasa dipinggirkan, barisan Kabinet yang diragui, pentadbiran dibayangi skandal dan rasuah, ekonomi yang lembab, pelabur menjauhkan diri, harga minyak, gula dan barang naik, cenderung kepada dasar kronisme dan nepotisme sehinggalah kepada isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau,” kata penulis.

Beliau menambah, “tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa,” kata Shahbudin yang turut menolak andaian bahawa beliau dipengaruhi pihak-pihak tertentu dalam Umno agar menghasilkan buku politik ini.

“Tidak, tidak. Saya jumpa orang, hanya merangkumkan pandangan orang dalam bentuk analisis, malah ada yang berkata ‘mengapa tidak beritahu awal, ada lagi input boleh diberikan’,” katanya lagi.

“Ini menunjukkan ramai hendak memberi pandangan. Saya simpan untuk buku kedua saya,” katanya lagi.

Shahbudin berkata, setelah lebih dua tahun menjadi Perdana Menteri dan pilihan raya umum ke-13 pula semakin menghampiri ambang pintu, “buku ini lahir dikira tepat waktunya untuk dijadikan sedikit pedoman buat rakyat negara ini.”

Buku ini terdiri daripada 25 bab, termasuk yang bertajuk Sarawak Pemangkin Kejatuhan BN, Jangan Bimbang Jika Umno Tumbang, Menteri-menteri Yang Gagal, 1Malaysia Jadikan Melayu Kelas Kedua?, Juara Rakyat Program Syok Sendiri, Pengundi Muda-KJ Perlu Jadi Menteri, Rosmah Punca Rakyat Tolak Umno, Tun Siti Tak Menyibuk, Melayu Hilang Kuasa Atau Umno Hilang Kuasa, dan Najib Bukan ‘Fighter’.

Shahbudin yang sedang menghasilkan buku kedua bertajuk “Kesilapan-kesilapan Najib” juga berkata, buku pertamanya bukan bertujuan memperlekeh Umno dan pemimpinnya dan bukan juga berupa pemberoan dividen percuma kepada pembangkang.

“Buku ini lahir tidak lain atas inisiatif sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pembayar cukai yang sentiasa inginkan perubahan dan kebaikan untuk rakyat dan negara ini.

“Rakyat adalah keutamaan buku ini,” katanya lagi.


The Malaysian Insider

18 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Najib kalau nak dok lama kena la dengar sama pandagan rakyat..

    Entri Terhangat!! :
    Video Kenakan Kawan..LAWAK GILER!!
    Preview - Libas

    ReplyDelete
  2. Masalahnya...persepsi rakyat kat umNO dah teruk sgt. Sblm ni DS Najib ada ckp nak tranformasi kan umNO utk tarik sokongan rakyat...apa yg dah di buat.. Dalam PRU13 nanti rakyat akan mentransformasikan kerajaan sedia ada.

    ReplyDelete
  3. Najib memang kena turun sebab selalu tak dengar suara rakyat...langsung tak guna slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

    Jom terjah sini:
    Antara Sebab Malaysia Kalah Degan Singapore

    ReplyDelete
  4. NAJIB TUN ABDUL RAZAK=BA ALIP BA YA
    MAAF SANGAT2

    ReplyDelete
  5. barbanding dgn Tun Abdullah .. islam masih selamat dan tidak di kotak katik berbanding dng skg ..

    klau jd praya masa ada lah terlalu suntuk bg bijan maka itu isu agama lah yg paling berkesan utk dipertaruhkan.

    saya ingin bertanya kpd penulis buku ni, kenapa tak selamat kan msia ? krn ameno tidak boleh diselamatkan dan kita patut sykan negara dr parti.

    ReplyDelete
  6. hrp adalah seseorg yg dpt menghubungi zul kulim dan yg sewaktunya dgn nya utk dihadiahkan buku ini sempena aidil fitri.

    ReplyDelete
  7. Seorg aje ahli UMNO kata macam tu..sampai buat buku...tapi mau ingat berapa ramai ahli UMNO..

    ReplyDelete
  8. kata penulis buku, ini adalah suara akar umbi !!! dan utk kepentingan parti maka kena lah setiap ahli memiliki buku ini tak kira dibaca atau disimpan.

    buku ni 25 bab dan semua tajuk tajuk mmg benar dan benar benar menumbangkan bijan bukan sekadar menegur bijan. kalau menegur tajuk dia tak mcm tu laaaa...

    bab yg last ni favourite aku .. jiban bukan figter .. ada masa ceramah pakatan nanti aku mesti cari dan beli lah.

    ada lagi buku kedua .. tp rasanya tak sempat la sbb siap buku tu jiban pun tak ke mana ..

    ReplyDelete
  9. Anon 1.31am

    Aku pun boleh kata akar umbi PR dah menluat kt pemimpin PR sebab hari2 dok merapu..anon oooii..sekarang zaman nak tengok bukti depan mata le...

    ReplyDelete
  10. Aku x percaya.....yang aku percaya pada keadilan Allahswt. Di akhirat nanti , buku amalan yg dicatat oleh malaikat akan terbentang di depan mata, semua anggota badan akan berkata2 kecuali mulut yg memang akan membisu kerana mulut adalah anggota badan yg paling jahat.....kalau mahkamah dunia......minta maaf le....segala2nya boleh terjadi....zul kulim pertikai kenapa anuar x panggil dia sebagai saksi. macam mana nak panggil kalau lidahpun macam lidah biawak. Org2 bandar baru tahu siapa zul kulim sebenarnya.....

    ReplyDelete
  11. kalau mengikut bekas naib ketua pemuda wangsa maju yang bermasalah ini , najib harus letak jawatan . maka seseorang yang baru harus dilantik menjadi perdana menteri . orang yang paling layak tentunya anwar ibrahim . sebab dia ni tak menipu ( tak macam zul kulim ) . anwar plak meningkatkan imej islam sejak dari zaman tun abdullah . bini anwar plak sederhana jer .. menipu pun tidak , berdalih pun tidak . keluarga najib tak macam keluarga anwar ... tak main kroni kroni ni .... merompak wang negara termasuk saham saham pink form pun tak main . anwar lagi bijak dari najib dari segala segi . hebatnya anwar sebagai pemimpin hanya kerana pengikutnya tak reti berfikir ... eemmmm mentaliti pembangkang .. nak buat macam mana ...

    ReplyDelete
  12. kesian lah ko ni najib.org da xsuka,ko boleh paksa rakyat terima cara ko.ceraikan rosmah tu,tu je jalan terakhir ko.xde guna ko simpan rosmah tu semata2 nk tunjuk setia pada bini.xde guna makna setia tu bila die heret ko masok neraka.

    1.Pejuang Syria Menggunakan Bateri Dan Air Untuk Mengecas Handset
    2.Pelajar Britain Melakukan Pembedahan Lidah Mahu Fasih Bahasa Korea
    3.2 Galaksi Akan Berlanggar, Atau Sudah Berlanggar?

    ReplyDelete
  13. akp, kalau kau nak kata akar umbi PR dan meluat kt pemimpin PR kena lah jugak ada org yg tulis buku. apa kata kau yg buat buku tu? .. tp jgn terkejut yg kau dpt komen nanti semuanya sukakan pemimpin PR sb kau bezakan dgn ameno/bee end yg dah ada rekod bertulis 25 bab.

    bukti apa yg kau nak tenguk depan mata lg... aku bg satu lah selepas pakatan berjaya merampas sgor, bekas mb selangor tlh di dakwa dimahkaman Jd kalau kt dpt rampas putrajaya byk lg bukti yg akan kau tenguk.

    ReplyDelete
  14. tk penganutpas krn bersetuju dgn pandangan ttg anwar.

    penganutpas haruslah sedar bekas naib ketua tu masih AHLI UMNO ! Jauh darjat dia dgn Zul Katak dan Ezam Kotak.

    kalau tak dengar ckp ahli sendiri maka sbb itu lah sy berani mengatakan mentaliti penganutpas
    mcm pembangkang skg.

    ReplyDelete
  15. patutnya dlm hal ini akp dan penganutpas bukan tibai hujah dr komentar anti ameno tp tibai lah ahli ameno yg tulis buku tu ..

    rupa rupanya baca artikel sekali lg penulis dulu adalah wartawan .. tentu yg dia tulis tu betul belaka sb tentu dtg nya dr tunas yg tumbuh dr utusan meloya... he he he..

    ReplyDelete
  16. mcm ni lah penganutpas ..

    kau bandingkan pandangan kau ttg jiban dgn pandangan penulis buku tu.

    dia mengaku dpt pandangan dr akar umbi dan rakyat .. makna nya ramai lah yg metaliti pembangkang dlm akar umbi


    fikiran aku kuat mengatakan yg penganutpas kena pertahan jiban sbb dia tahu dah tak de lg pemimpin yg layak jd pm dlm ameno smp dia terfikir kan anwar.

    sape yg tak reti berfikir cuba kau baca yg penulis ni ckp 'tidak pernah dlm sejarah Msia seorg PM diragui rakyat sebgini rupa' Bg aku ini satu kata penghinaan yg amat sgt... belum pernah pemimpin pakatan kata sebegini rupa, habis kuat takut gan kak mah.

    ReplyDelete
  17. Inilah yang dikatakan maruah, dan buku itu menandakan betapa teruknya maruah Najib tercemar kerana walaupun seorang saja menulis tapi yang menulis itu hanya seorang kerdil yang tak takut dan berani mencabar maruah seorang perdana menteri. Tu Najib bila nak haramkan buku tu?

    ReplyDelete
  18. Seorg aje ahli UMNO (yang berani?)kata macam tu..sampai buat buku...tapi mau ingat berapa ramai ahli UMNO YANG BODOH DAN BACUL !

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post