Najib, Rosmah tetap perlu hadir ke mahkamah – Karpal

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tetap perlu hadir ke mahkamah untuk ditemubual peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum mahkamah bersidang 15 Ogos depan.

“Kedua-dua mereka tetap perlu hadir. Pada bila-bila masa mereka bersedia untuk ditemubual, kita akan temubual mereka,” kata peguam Anwar, Karpal Singh ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pihak pendakwa bagi membolehkan Anwar hadir semasa temubual dengan saksi yang dipanggil pembela.

Selepas mendengar hujah kedua pihak, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan Anwar dibenarkan hadir sewaktu temubual saksi tersebut dijalankan.

Sehubungan itu, menurut Karpal, peguam akan menemubual 10 saksi hari ini di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Namun, nama Najib dan Rosmah tidak ada dalam senarai pihaknya hari ini.

Semalam adalah hari pertama temubual saksi berlangsung dengan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rohwan Yusof dipanggil untuk ditemubual.

Pendakwa raya kemudian menangguhkan temubual itu dengan alasan Anwar turut sama hadir sewaktu temubual berlangsung.

“(Hari ini) Hakim mengarahkan beliau (Anwar) boleh hadir, dan beliau akan berada di sana.

“Dalam kes ini beliau adalah orang yang dituduh dan beliau ada hak untuk berbuat demikian,” kata Karpal.

Karpal seterusnya menegaskan sekali lagi kerenah Pendakwa Raya melengah-lengahkan sesi temubual ini adalah bukti jelas bahawa Pendakwa Raya sebenarnya yang melambat-lambatkan perbicaraan.

Malah, penentuan samada perbicaraan akan berlangsung seperti dijadualkan minggu depan juga bergantung kepada samada pendakwa raya mampu membawa saksi-saksi yang diminta peguam bela ke mahkamah untuk ditemubual, kata Karpal.

“Pendakwa raya melambat-lambatkan perbicaraan, bukan kami. Kami hanya boleh sambung perbicaraan hanya apabila semua saksi selsesai ditemubual oleh kami.

“Saya ingin jelaskan kami tidak melambat-lambatkan perbicaraan.(Malahan), kami mahu sambung perbicaraan terus pada hari Isnin.

“Dan sekarang saya sendiri tidak faham kenapa mereka membantah kehadiran Datuk Seri Anwar semalam,” kata Karpal.


http://www.keadilandaily.com/?p=18558

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kita bagi chan lah kan njib dan ros..

    kita buat temubual masa open house raya PM ..

    ReplyDelete
  2. Anwar berada sekali masa temubual.

    Musa dan Rohwan, semasa beri maklumat .. tenguk dan ingat betul betul muka org yg kena fitnah ni..

    Besuk senang kenal bila cari .. cari .. cari .. cari ..... dan jumpa org ni kat padang masyar .. boleh lah mintak ampun dr dia ... ingat betul betul muka org ni masa mulut kau org berdua bercakap masa temu bual ..

    ReplyDelete
  3. Kah kah kah... dulu semua pencacai gerombolan kata DSAI yg sengaja lambat2kan prosiding mahkamah... rupa2nyer Tuan pencacai2 yg lambat, takut, pondan, darai ... belum jadi saksi lagi pon, hanya nak panggil interview pon dah takut mcm nak mati, interview dgn Sayfool Bontot Basah berani pulak... mungkin Sayfool kenal siapa yg suka buntut terlukanyer...kah kah kah... jumpa PM kes nak selamatkan bontot Sayfool boleh, nak dibuat temuduga... takut... he he he.. takut interview ini membawa kepada penciptaan Sayfool ke-2 kot...kah kah kah... kpd DSAI, jgn apa2kan Ketua Kepala Negara, bekas ketua polis negara, kak Ros... mereka takut terjadi spt sayfool... auw... Pak Menteri tak rela youuuuu...

    magua_putra@2000

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post