Nazri dah salahguna kuasa.. siasat dia!!

Datuk Seri Nazri Aziz tidak boleh “melarikan diri” dengan membuat helah bahawa beliau hanya memberi nasihat dan bukannya arahan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ekoran kontroversi berhubung langkah Putrajaya mahu menyelesaikan kes saman Tan Sri Tajuddin Ramli di luar mahkamah, kata seorang pakar perlembagaan.

Oleh itu beliau wajar disiasat atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah di bawah undang-undang yang sama, yang memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.


Nazri boleh disiasat di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22/1970.

Seksyen itu menyebut mana-mana anggota pentadbiran, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam yang melakukan perbuatan rasuah boleh dihukum penjara 14 tahun atau denda 20,000 RM atau kedua-duanya."


Kes Tajuddin-GLC: Nasihat Nazri tetap satu arahan, kata pakar

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Datuk Seri Nazri Aziz tidak boleh “melarikan diri” dengan membuat helah bahawa beliau hanya memberi nasihat dan bukannya arahan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ekoran kontroversi berhubung langkah Putrajaya mahu menyelesaikan kes saman Tan Sri Tajuddin Ramli di luar mahkamah, kata seorang pakar perlembagaan.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Prof Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, di bawah konteks Perlembagaan Persekutuan sama ada Nazri, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memberi nasihat ataupun arahan tidak penting.

Ini kerana jelas beliau, sebagai seorang anggota jemaah menteri Nazri memikul tanggungjawab kepada Parlimen, bermakna kepada rakyat mengenai apa yang berlaku ke atas GLC.

“Sekarang ini oleh kerana portfolio kewangan dipegang oleh Perdana Menteri, maka GLC diletakkan di bawah Nazri. Ini menyebabkan kebanyakan negara tidak meletakkan portfolio kewangan di tangan Perdana Menteri.

“Jadi susah. Tapi, tidak salah kerana siapa pun yang memegang portfolio itu Kabinet secara keseluruhan bertanggungjawab atas apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan,” kata beliau dalam satu kenyataan menerusi e-mel.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam, Nazri mengesahkan Putrajaya memutuskan untuk menyelesaikan kes saman dan saman balas membabitkan Tajuddin di luar mahkamah tetapi menafikan ia akan mengakibatkan usaha menyelamatkan hutang besar bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) itu.

Nazri berkata, semua GLC telah diarah agar menarik balik kes saman ke atas Tajuddin awal bulan ini untuk menamatkan kes saman melibatkan beliau.

Beliau menegaskan langkah itu bukan usaha “menutup dan menyembunyikan” sesuatu tetapi bagi mencari jalan penyelesaian selepas dicadangkan oleh “orang Tajuddin” kira-kira enam bulan lalu.

Justeru mengulas lanjut, Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa memberitahu, oleh kerana GLC adalah milik rakyat dan yang boleh dipertanggungjawabkan ialah kerajaan, maka Nazri tidak boleh melarikan diri dengan membuat helah bahawa beliau hanya “memberi nasihat dan bukan arahan kepada GLC.”

“Itu hanya istilah. Baik ia nasihat atau cadangan itu semua adalah perintah dan jika ia mengakibatkan kerugian umpamanya, maka kerajaan yakni Kabinet perlu menjawab kepada Parlimen,” kata beliau sambil menambah, dalam demokrasi yang sebenar pertanggungjawaban itu boleh membawa maksud meletak jawatan.

Aziz menambah, isu arahan menteri dalam soal GLC perlu difahami dalam konteks kerajaan berkabinet dan di bawah prinsip ini, kerajaan bertanggungjawab iaitu yakni memikul beban ke atas segala dasar dan tindakan kerajaan.

“Khususnya yang menyebabkan kerugian dan seumpamanya,” kata beliau lagi.

“Prinsip perlembagaan itu mempunyai implikasi bahawa seluruh Kabinet bertanggungjawab dan memikul segala tindakan dan kesannya.

“Logiknya memanglah menteri kewangan kerana beliau bertanggungjawab dalam soal fiskal. Tetapi seluruh Kabinet termasuk Perdana Menteri dan menteri-menteri lain pun terikat sama. Ini yang dimaksudkan dengan tanggungjawab bersama,” kata beliau lagi.

Kes berkaitan dengan Tajuddin telah ditangguhkan sehingga 29 September.


The Malaysian Insider

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. persoalannya apa hubungan mrk berdua nazri dgn tajuddin sehingga nazri sanggup menyelamat dan masuk campur hal yg bukan bidang kuasa dia.

    kes anwar bukan psl mengeluarkan surat tp cuma kata anwar 'pergi gempak mrk sikit!' kpd penyiasat polis.. tak silap aku lah ..

    hrp semua penyokong terus berdoa supaya bee end hancur dgn satu demi satu dgn isu keparat bermula dr bersih, gelang 24juta, serbu gereja, menteri gay, isu nazri beri surat pd glc, isu pati dpt ic, sekurang kurang nya kita doakan spy di makbulkan doa tgna dan bro anwar.. amin.

    ini dok tgh menung sape lah yg kena laknat.. dato t ke atau umno?

    ReplyDelete
  2. Jadi langkah seterusnya? Laporan Polis terhadap Nazri Taxi? Siapa yg akan buat, PAS?

    ReplyDelete
  3. Nazri hanya cuba melindungi tuannya Najib, Najib pula mula gentar dengan 3M -Muhyiddin, Mahathir, Mukhriz. Kes MAS (ketika zaman Tajudin Ramli) berlaku pada masa Mahathir menjadi PM. 4 fakta ini telah berlaku:

    1) MAS tidak pernah dapat recover kedudukan kukuh kewangan sejak zaman TR hingga kini

    2) Datuk Ramli Yusof (Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM - pegawai penyiasat kes ini) dan Roslan Dahalan (Peguam beliau) kedua-duanya telah dipenjara (untuk menutup kes)kerana telah mendapat bukti kukuh penyelewengan dalam kes ini.

    3) Peguam Negara sendiri terlibat secara langsung dalam menyembunyikan bukti dan mewujudkan bukti-bukti palsu dalam kes ini.

    4) Tajuddin Ramli, isteri dan ipar beliau - mereka yang terlibat secara langsung dalam kes yang melibatkan kerugian 9Billion duit rakyat ini masih bebas hingga kini.

    Nota : Nazri memang terkenal sebagai pembohong terutamanya dalam parlimen, hansard parlimen membuktikan beliau telah lebih 30 kali membuat kenyataan menipu di Parlimen Malaysia.

    Nak simpan lagi regim pengkhianat, penipu, penindas BN ini?????

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post