PRU13 sudah dekat.. 7 tahanan ISA dibebaskan.

Tujuh pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibebaskan secara berperingkat mulai esok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam kenyataan akhbarnya di Putrajaya, Hishamuddin berkata, sebagai permulaan tiga orang akan dibebaskan esok manakala empat lagi dibebaskan dalam masa terdekat.


Semua tujuh mereka itu ditahan antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia.

"Pembebasan ini dibuat setelah kementerian mendapati bahawa semua tahanan ini menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang mereka lakukan dan berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.

"Mereka juga memberikan kerjasama yang baik kepada Polis Diraja Malaysia dalam usaha untuk memerangi kegiatan penyeludupan manusia di negara ini," katanya.

Hishammudidin berkata tujuh pegawai itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

prostitution, desa mentari, police raidIa juga bagi membolehkan siasatan lanjut dan menyeluruh dibuat khususnya terhadap kegiatan sindiket penyeludupan warga asing dan urusan keluar dan masuk dari negara ini, katanya.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa di Malaysia akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang usaha untuk menjadikan negara ini sebagai 'transit point' bagi kegiatan penyeludupan manusia.

Beliau juga mengingatkan pegawai serta kakitangan yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan di pintu masuk negara agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah.

"Jangan sesekali bertindak mengkhianati negara ini semata-mata ingin mengejar kemewahan hidup. (Kerajaan) tidak bertolak-ansur ke atas mereka yang mengkhianati amanah negara," katanya.

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. MCA semakin aggressive menghasut masyarakat cina. Adakah ini juga petanda pru 13 semakin hampir??
    ----------------------------------
    Wanita MCA deputy secretary-general Tan Cheng Liang claimed that the bumiputra student was awarded the project to construct a double-storey religious school in Batu Maung which has since been completed.
    The student was also awarded a cleaning contract by the Seberang Prai Municipal Council.
    Tan claimed that the project was among 968 worth RM125mil awarded by the state government since 2008 under the open tender system.
    She questioned the state government’s transparency in awarding the contracts.
    “Only 0.2% of the projects were given to non-bumiputras.
    “Does this mean that there are no Chinese contractors able to meet the standard of a 19-year-old?
    “Is Chief Minister Lim Guan Eng saying that the capabilities and competitiveness of the Chinese in Penang have declined so much so that they are unable to compete with other races?
    “Where is the fairness of DAP’s so-called multi-racial approach?” she asked in a press statement yesterday.

    ReplyDelete
  2. Bukan isu sindiket penyeludupan manusia saja, rasuah, penyalahgunaan kausa mcm mana?
    Ikan bilis tangkap, Jerung ?

    ReplyDelete
  3. penyeludapan ? atau sebenarnya kemasukan yg terancang ..

    tindakan menahan dan siasat pegawai utk menunjukkan kjaan bee end tdak bersongkol tetapi inilah talian hayat mereka yg sebenarnya.. yg salah bukan kjaan bee end tp pegawai tsbt..

    yg tak masuk akal mrk sedar atas kesilapan mereka dan berjanji tidak mengulangi nya di masa hadapan... siapakah yg memutuskan mrk silap?

    berjanji tidak mengulanginya lagi bermakna mereka buat kesilapan itu.. siapakah yg menentukan hukuman utk mereka???

    aku bersimpati pegawai yg terlibat ini krn mrk hny menurut arahan ... mustahil hal spt ini diselesaikan mcm ini.. melainkan mrk melakukan tanpa melibatkan duit...

    sdgkan pegawai yg ambil upah utk mempercepatkan visa pun kena masuk mahkamah dan di hukum...

    ReplyDelete
  4. Staf yang melanggar undang-undang tu sepatutnya dibicarakan di mahkamah, bukan di ISA kan....nak tutup mulut kot....mesti ada orang politik terbabit....Gila punya kerajaan malaysia....lepas bebas siap puji pulak ISA bagus. Kalau bagus jangan keluarlah...duduk lama sikitlah...DASAR PENIPU...CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT SAHAJA...TARAF KERAJAAN SAKAI....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post