Raja Nong Chik beri UMNO RM50,000 guna akaun DBKL?

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin didakwa menggunakan kedudukannya untuk memberi bantuan dan peruntukan kepada pemimpin Umno dan parti itu.

Malah lebih teruk, beliau juga didakwa menggunakan lebih RM50,000 setiap minggu dengan menggunakan dua akaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Nong Chik juga ketara memfokuskan kegiatannya di kawasan yang dikatakan akan ditandinginya pada pilihan umum akan datang, iaitu Parlimen Lembah Pantai.

“Peruntukan bagi kawasan Parlimen lain di Kuala Lumpur didapati dipesongkan dan disalur ke kawasan Lembah Pantai menyebabkan kawasan-kawasan lain tak mendapat peruntukan sepatutnya.

“Antaranya ialah projek 1 Komputer 1 Murid, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Kedai Rakyat 1 Malaysia, 1 Sumbangan 1 Keluarga, pusat tuisyen dan program Nur Ramadhan,” kata Tian Chua.

Beliau mendakwa Nong Chik juga menggunakan kedudukannya sebagai Menteri untuk mendapatkan sumbangan penaja besar seperti SP Setia dan Presma (Persatuan Restoran India Muslim Malaysia).

“Hasrat Nong Chik untuk bertanding di parlimen Lembah Pantai tak salah. Tapi sebagai Menteri Wilayah, dia perlu adil menyalurkan peruntukan kerajaan pusat ke semua kawasan Parlimen di Kuala Lumpur.

“Memegang port folio Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bermakna tugas Nong Chik bulan hanya di Kuala Lumpur,” tambah Tian.

Sementara itu pembantu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menambah, Nong Chik tidak mengambil tahu pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan dan Putraja yang didapati terus dianaktiri dari sudut bantuan dan peruntukan.

“Berbanding ‘layanan istimewa’ kepada kawasan Lembah Pantai, nisbah peruntukan dan bantuan kepada kawasan lain seperti tiga puluh nisbah satu (30:1),” kata Fahmi.


http://www.keadilandaily.com/?p=19440

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. yb pulak beri apa kat rakyat? AIR LIUR BASI KOT?

    ReplyDelete
  2. Orang Melayu bila dah bagi dia rasa hutang budi, lupa dah perkara tak baik.

    ReplyDelete
  3. peruntukan utk YB tak kira lah pakatan ke atau BN ke ye semestinya sama rata itu adalah hak rakyat dari k'jaan persekutuan menarikan hanya kpd YB PR makna nya kamu jwb lah nong dgn Allah swt kdi akhirat kelak sama juga hak rakyat trengganu dan kelantan dlm soal royalty petronas sebg pemerintah mrk lupa tanggungjwb yg telah di amanahkan Allah kpd mrk jgn ingt perkara ini tak membawa kpd akhirat, menyesal x berguna dah..

    ReplyDelete
  4. betul ker YB nong kena jawab kat akhirat nanti pasal peruntukan parlimen tu ??? Andaian dari penganut Parti Ajaran Sesat jer kot

    ReplyDelete
  5. betul tu kalau anut agama umno dan pegang ajaran utusex alkareem tak perlu jawab di akhirat kahkahkahkah

    ikhlas
    "penganut agama umno"

    ReplyDelete
  6. orang umno ini mmg dasar pencacai angkat najis tak tahu apa yang di bicarakan ,betapa bodohnya pencacai umnogok ini mengalahkan tenuk pula ..inilah hasil makan benda subahat habis satu keturunan dah tak boleh berfikir dasar hingusan punya pencacai ..

    ReplyDelete
  7. untuk makluman dan pengetahuan penganut pas. . ahli2 umno-bn dikecualilah dari menghadirkan diri di padang masyar, kecualikan dari hisab, dikecualikan dari seksa bubur dan dikecualikan dari syurga
    bawa2 le bertobat dan insaf le cek mek penganut pas ye

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post