Rosmah mendatangkan masaalah buat Najib.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping timbunan masalah lain.

Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri.

Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia.

Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.

Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka.

“Orang Sabah dan Sarawak menuntut hak masing-masing, jadi Najib masih berdepan dengan masalah dalaman,” tambahnya.

Para pemimpin Umno, kata Dr Zainal, pula masih menganggap diri mereka ‘raja’ dan tidak turun padang menemui rakyat sebagaimana diarahkan Najib.

Beliau berkata, Najib terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. Malangnya, orang Umno masih lemah semangat walau pun ada tanda-tanda rakyat kembali menyokong kerajaan.

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Najib tidak perlu didesak untuk meletak jawatan kerana apabila Najib telak jawatan maka parliment akan bubar sedangkan masalah SPR belum selesai. Liabiliti Umno (Najib dan Rosmah) perlu dibiarkan sehingga pru13 untuk liabiliti Umno menghancurkan Umno sendiri.

    11 Tip Untuk Barisan Nasional Terus Memerintah.

    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
    .

    ReplyDelete
  2. Kegagalan semya sistem berpunca dari pemimpin, tak boleh salahkan orang bawah tak buat kerja, sedangkan najib sendiri boleh lah dikatakan lemah mengharapkan orang lain buatkan kerja.

    ReplyDelete
  3. kita boleh samakannya style marcus,org lain perah otak cari idea ini baru pemimpin atas angin

    ReplyDelete
  4. tajuk rencana ni kurang tepat. Rosmah tak pernah mendatangkan masalah kpd najib.
    Rakyat yg selalu menangung masalah disebabkan rosmah. belanja sakan kat kuar negara tu bukan duit laki dia... tapi dia tutuh duit rakyat.

    ReplyDelete
  5. Rosmah ni perempuan puaka

    ReplyDelete
  6. utk selesaikan masalah dan memperkukuhkan parti melayu kebangsaan maka seeluk eluknya rosmah di lantik menjadi presiden dlm kadar segera ..

    ReplyDelete
  7. mmg ketara dan berbeza sgt cara rosmah ni jika dibanding kan dgn jeane dan hasmah ..

    bini obama pun tak menonjol gila mcm ni .. tu lah masa dia gelar diri dia first lady puak puak dia jgk yg biarkan .. dia jd lah first lady ...

    ReplyDelete
  8. Satu kenyataan yang pelik iaitu "orang Umno masih lemah semangat walau pun ada tanda-tanda rakyat kembali menyokong kerajaan". Bagaimana rakyat boleh menyokong pemimpinan dan kepimpinan sebuah parti yang lemah!!? Apakah jenis rakyat itu? apakah jenis rakyat yang boleh menerima pemimpin mereka yang mempunyai begitu banyak skandal seperti rasuah, kroni dan sebagainya. Adakah rakyat cina? mustahil. Mana mungkin cina hendak menyokong UMNO! Rakyat India dan bumiputera lain? pun mustahil kerana mereka bangsa melayu! Yang pasti satu bangsa yang masih menyokong UMNO dan sebahagian bangsa ini masih benggal otak mereka untuk membezakan mana yang hak dan mana yang batil!
    saudara-saudara fikirkanlah jenis bangsa yang sebahagian itu!!

    MEMALUKAN!!

    ReplyDelete
  9. RALAT :

    Satu kenyataan yang pelik iaitu "orang Umno masih lemah semangat walau pun ada tanda-tanda rakyat kembali menyokong kerajaan". Bagaimana rakyat boleh menyokong pemimpinan dan kepimpinan sebuah parti yang lemah!!? Apakah jenis rakyat itu? apakah jenis rakyat yang boleh menerima pemimpin mereka yang mempunyai begitu banyak skandal seperti rasuah, kroni dan sebagainya. Adakah rakyat cina? mustahil. Mana mungkin cina hendak menyokong UMNO! Rakyat India dan bumiputera lain? pun mustahil kerana mereka BUKAN bangsa melayu! Yang pasti satu bangsa yang masih menyokong UMNO dan sebahagian bangsa ini masih benggal otak mereka untuk membezakan mana yang hak dan mana yang batil!
    saudara-saudara fikirkanlah jenis bangsa yang sebahagian itu!!

    MEMALUKAN!!

    ReplyDelete
  10. Minta org dlm Kem Kewangan dedah projek2 yg disapu oleh Rosmah, pencacai UMNO pun nak juga.
    DEDAHKAN pd Rakyat.

    ReplyDelete
  11. Bang jib dah nak pergi
    Bye Zul Biawak
    Bye Zahrain sampah

    kah...kah..kah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post