Serbuan JAIS: Kami diberi Bible Versi Melayu.


Penyebaran agama lain kepada orang Islam bukanlah sesuatu yang baru, malah ianya adalah satu perkara yang menjadi rahsia umum biarpun perkara ini biasanya dipencilkan laporannya oleh kebanyakkan media demi menjaga keharmonian..


Namun begitu isu ini kembali hangat diperkatakan baru-baru ini bila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh kerana ianya berlaku di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat maka kebanyakkan media melaporkannya..

Alasan kebanyakkan yang terpengaruh dengan ajaran lain ialah bantuan yang ditawarkan oleh pihak mereka, bantuan kewangan dan material yang diperlukan mereka untuk meneruskan kehidupan..

Sebenarnya dalam soal mengejar kemewahan ini, bukan hanya agama yang digadai oleh bangsa Melayu malah maruah pun ada yang menggadaikannya.. kerana mengejar kemewahan beberapa orang perempuan Melayu berugama Islam yang aku kenal sanggup menjadi perempuan simpanan bukan melayu..

Pendekkan cerita.. negara kita kaya raya, hasil bumi melimpah ruah, kutipan zakat berjuta-juta.. kemana hilang agaknya??

…..maksud hadis; Kemiskinan itu menghampirkan seseorang kepada kekufuran….Fikir fikirkanlah.

Sogok wang gadai akidah

JASMINE mengaku menerima bantuan daripada sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya.

Pertubuhan berselindung di sebalik kebajikan

KUALA LUMPUR: Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.

Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.

Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.

Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru’ oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat’ jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.

Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.

Ketika ‘diselamatkan’ daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

“Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan.

“Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.

Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.

“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.

Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan.- Berita Harian Online


Pujuk cara halus

BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan.

KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.- MyMetro

24 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kemana hilangnya wang zakat?. Menyelamatkan kroni dan membayar khidmat guaman menteri dan pengarah!. Kalau wang zakat betul2 di salurkan kepada yg hak maka insyaallah, kita akan menyaksikan miskin sifar terutamanya bagi umat islam. Yg kaya membantu yg miskin bukan yg kaya membantai yg miskin!. Yg kaya makin kaya, yg miskin hampir tergelincir akidah dek kerana kesempitan hidup. Tak kiralah utk kerajaan UMNO atau yg utk PR yg bakal memerintah nnt, sila ambil iktibar.

    ReplyDelete
  2. Damansara Utama ni masuk kawasan negeri Selangor ke? Setahu aku masih lagi Kuala Lumpur.. tak pasti la, yg penting ianya adalah ssuatu yg melanggar undang2 dan harus dibenteras. Kalau dah memang cukup bukti maknanya serbuan JAIS ada asasnya dan Dato Hassan Ali benar dalam perkara ini. Sbg EXCO yg bertanggungjawab semestinya beliau berjaga2 dan tidak sewenangnya memberikan arahan kepada JAIS untuk menyiasat. Kita yg tak tahu hujung pangkal pula toksah la nak tuding jari pada mana2 pihak sblm diberitahu dengan jelas..

    Nampaknya ada yg cuba nak mainn kotor.. Kalau bukan islam dijemput ke Rumah Allah, mereka tidak pernah diberi apa2 naskah AlQuran atau risalah2 agama Islam.. bukan cara begitu kita nak ajak mereka masuk agama Islam.. tapi dengan hikmah dan bijaksana.. Biar mereka sendiri fikir dan nilaikan... bukan dengan hasutan seperti ini..

    ReplyDelete
  3. Susah saya hendak mempercayai berita ini. Memang tiada salah orang Islam menerima bantuan daripada orang bukan Islam. Tetapi untuk mengatakan ada orang Islam begitu kesempitan hidup sehingga sanggup menjual akidah semata-mata untuk wang yang tidak seberapa; ianya terlalu sukar untuk diterima akal. Bukan itu sahaja, ia seakan menghina umat Islam yang begitu mudah dapat 'dibeli'.

    Jika ianya benar sekali pun, maka Majlis Agama Selangor, JAIS serta Lembaga Zakat Selangor perlu bertanggung-jawab sepenuhnya. Bukankah setiap tahun ratusan juta ringgit wang zakat dipungut oleh LZS? Ini bukan suatu jumlah yang kecil.

    Jangan setakat membuat serbuan tetapi tidak menghiraukan kebajikan umat Islam yang terpinggir. Jika amanah dilakukan dengan baik, sudah tentu tidak akan ada orang Islam yang begitu daif kehidupannya.

    ReplyDelete
  4. Kepada pusat pugutan zakat malaysia yang mengendalikan zakat para menteri ahli ugama dan sebagainya mana pergi wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada fakir miskin yang memerlukan bukan diagihkan kepada puak umno bn yang kaya raya utk berjoli katak. Takut lah bila berada disana nanti wahai orang yang memakan dan bertangungjawap bab zakat bahawa siksaan yang tidak amanah sungguh berat lagi azab.

    ReplyDelete
  5. wang zakat telah disalah gunakan untok membayar guaman menentang laksananya hukum islam.
    ALLAHSWT telah mensyariatkan zakat untok membantu kepada 8 akhnaf yang memerlukan bantuan,sekiranya kerajaan islam menunaikan kewajiban yang dipertanggong jawabkan keatasnya(kerajaan) nescaya perkara seperti diatas tidak akan berlaku sebalikya islam sentiasa dipandang tinggi,apa yang berlaku hari ini pehak kerajaan dalam mengagihkan wang zakat pun mahu mengambilkira kepentingan politik dan membelakangkan tuntutan agama maka apa yang berlaku keatas umat islam pada hari ini khususnya mereka yang terbabit dengan dakyah kritian seperti diatas telah menerima bala ALLAHSWT oleh yang demikian umat islam hendaklah kembali kepada ajaran islam yang sebenar samaada diri sendiri keluarga masyarakat dan negara semuga ALLAHSWT memberi keberkatan langit dan bumi.

    ReplyDelete
  6. wahai kengkawan... janji allah itu pasti... apa yg allah gi tau... islam itu akan muncul menjadi agama yg maju cemerlang dan mempunyai pengikut taat yang ramai... dlm selang waktu selepas kemewahan dan kegemilangan dikecap maka umatnya akan lalai serta ada pemimpin yg engkar terhadap tanggungjawab serta amanahnya... maka islam itu akan runtuh dalam senyap... yg berakidah semakin sikit walaupun pada luaranya nampak ramai...

    namun allah jua yg memelihara agama yg diturunkannya... akan datang suatu hari nanti hambanya yg berani menegakkan akidah islamiah itu kembali...

    zaman yg kita lalui ini adalah zaman sombong dan bongkak... iaitu fasa terakhir sebelum roda ini berpusing naik..

    ReplyDelete
  7. beberapa tahun lepas dr Asri ada menegur perbuatan lembaga zakat menghapuskan beratus ratus penghawa dingin yang baru dibeli milik lembaga zakat akibat kerosakan kecil... lembaga zakat dengan bangga mengwar warkan lebihan zakat bernilai berpuluh puluh juta setiap tahun sedangkan masih ramai umat Islam di dalam kemiskinan tidak dibantu...sebenarnya wang zakat tidak diurus dengan baik dan amanah...semoga Allah Taala membalas hukuman yang pedih kepada pemegang2 amanah dan pemimpin yang zalim...

    ReplyDelete
  8. ada muslim yg sampai gadai akidah kerana diberi RM1000??? tak masuk akal........ Di Malaysia???? lagi tak masuk akal, tak logik.
    Malaysia belum sampai ketahap kemiskinan yg cekup melarat...hatta dinegara afrika yg cekup daif pun, walaupun mungkin ada tapi bilanganya kecil sgt.
    Baca rentetan berita dari utusan meloya ke berita hairan, sah ini semua satu lagi skrip wayang UMporNO.

    ReplyDelete
  9. Kegiatan mubaligh kristian menyebar ugama kristian di Nusantara berlaku sejak zaman majapahit lagi!! kenapa berita ini diperlihatkan oleh media2 pecacai umno sebagai baru dan sensasi??

    ReplyDelete
  10. Kalau betul ada melayu yg dah masuk kristian, bukan saja didamansara utama, tapi di Melaka, negeri sembilan pun pernah kita denga. Ini semua salah pemimpin umno. Meraka yg sesat ini semua tak pernah di paksa, malah dengan rela hati samada nak masuk kristian, budha atau yg lebih banyak orang melayu islam jadi ethis (tapi tak pernah di war2-kan oleh media pecacai umno). Sebab??
    1. Umno selalu memberi gambaran yg salah tentang islam...ingat PRK dun tenang, calun pas tak mahu salam dgn lelaki pun umno/BN jadikan isu;
    2. kerajaan telah guna segala kekuatan media cetak dan elektronik utuk program islam..tapi kesan nya hampeh!!sebab lepas program2islam tu, media2 pecacai umno promote pula budaya kuniang yg liar...rakyat confuse!
    3. keyataan2 menteri umno yg selalu memperlekehkan hukum islam malah ada yg menentang hukum islam;
    4. media pecacai umno direstu oleh pemimpin umno mempersendakan hukum syarak;
    5. Media pecacai umno terutama media prima, suka menyelit elemen tahyul dan karut dalam iklan mengenai islam...masih ingat santa clause aidil fitri???...rakyat confuse!!!
    6. Isteri2 menteri umno tak pernah praktik islam sampai ada yg berpelukan dengan artis hidustan...rakyat confuse!!!
    7. umno selalu dibelakang anjuran konsert2 rock, dangdut..menari terkinja2...islamic ke ni... rakyat confuse.

    Tiba2 bila dengar orang melayu nak masuk kristian...melompat konon marah. Piiiiiraaaah pemimpin umno terutama najib.
    Umat islam Malaysia akan lingkup...bila dipimpim oleh munafiq2 ni.

    ReplyDelete
  11. pergi mampus UMNO/BN.. Go to hell.

    tunggulah Imam Mahdi muncul..tahulah korang....

    ReplyDelete
  12. tindakan Hasan Ali betul.

    ReplyDelete
  13. kita seharusnya mengambil apa jua peluang yg ada dlm isu ini.

    sekiranya selepas ini ada seseorg individu yg layak krn miskin dan keperluan dlm agama dan permohonan ditolak atau kereneh berokrasi maka indv tsbt katakan lah kpd peg zakat bwh kalau dah teruk smp mcm ni sy akan mtk bantuan dr gereja.

    Itu tak bererti kita menukar agama.

    ReplyDelete
  14. maknanya bila ada orang dah pi minta tolong kat orang bukan Islam berarti
    JAIS itu lemah dan juga Jabatan Agama Islam lainnya. Bukan hanya doh pi serbu saja caranya. Ada benarnya juga orang tertentu saja dapat bantuan kalau pembangkang susah dapat bantuan tambah lagi kerja dengan kerajaan dan juga swasta yang berpangkat . Inilah punca puncanya. Sekarang image islam tercalar semua yang terpalit , pembangkang dan juga penyokong BN

    ReplyDelete
  15. hassan ali adalah duri dalam daging. Minta TS Khalid pecat beliau!! Bila anwar dipecat pada 1998, beliau masuk pas. Ada yg teori waktu itu yg katakan si hassan ini adalah trojan horse umno yg dihantar kedalam pas supaya ada orang dalam akan menghalang seandainya pas bangkit oleh sokongan rakyat ekoran apa yg berlaku kpd anwar. Hari ini ternya teori ini benar...tingkah laku hassan adalah jelas.

    ReplyDelete
  16. Puak-puak PKR ni memang manja sikit dengan kuffar dan munafik, mereka terlalu diberi muka. Teruskan hassan ali, GO..GO..kami berdiri dibelakang kamu..

    ReplyDelete
  17. hell to BN/umno/kuffar

    ReplyDelete
  18. dlm islam ada pendakwah
    dlm kristian ada pendakwah

    pendekatan amat berbeza. dr pengalaman aku, pendakwah mrk dilatih bercakap dgn spontan dan tone yg tepat seolah olah mereka ada kursus khas utk menyerapkan cara bercakap lebih baik dr salesman. Ini pemerhatian aku terhdp sekumpulan mrk ditempat kerja aku dulu. Ini lah langkah pertama utk tautkan hati mereka dlm masa yg sama sedia memberi bantuan kewangan.

    pendakwah kita perlu mencontohi tgna dan dr haron din.. juga cara ismail kamus.. diadunkan insyallah kita dpt satu contoh yg lengkap.

    ReplyDelete
  19. dlm islam ada zakat yg diperuntukan utk golongan yg layak. sdgkan dlm kristian tidak ada ttp mrk masih dpt membantu org miskin dan memerlukan kewangan.

    ReplyDelete
  20. dulu kecoh pasal Datuk Azhar Mansor baptis pelajar2 Politeknik.......sehingga seorang wanita di utara tanahair yg mendedahkan majlis pembaptisan yg akan dijlnkan di Gereja yg terletak di Ipoh oleh Datuk Azhar Mansor ditangkap....bagaimana nasib wanita tuuu ya....Sebenarnya isu memurtad dan dimurtadkan memang dah lama....aku ingat lagi zaman aku remaja lagi. Sekarang ni aku pun dah tua masih lagi kerajaan x buat apa2 tindakan. pasal terima bantuan dr gereja ni pun dah ada isu ni dibangkitkan sejak dulu....Di zaman Mahathir pun dah ada.Ingatkan kerajaan ambil tindakan....rupanya tidak...Lepas tu salah PAS yang x islamik...

    ReplyDelete
  21. Tahniah pada PAKATAN RAKYAT, pasti dapat pahala banyak..

    ReplyDelete
  22. Takziah pada UMporNO pasti dapat dosa besar sebar fitnah dibulan Ramadahan ini.

    ReplyDelete
  23. ingat lah wahai manusia jangan kamu lupa akan sejarah yang terjadi di bumi allah yang bernama johor ! siapakah yang murtadkan aisyah ketika waktu dulu memang cepat lupa kamu manusia ingat aisyah itu tak lari ke mana ada di johor mana dia umnogok laknatullah yang memperjuangkan islam waktu itu . bila macam ini ada pula nak salahkan pakatan rakyat nilai dulu diri sendiri serta parti kamu atau pencacai kamu berharap pada manusia untuk kesenangan dunia serta makan bangkai babi untuk mengenyangkan perut !!!!! ingat ingat ingat jangan main cakap aje sial punya umno

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post