Kes Liwat : Sperma Saiful dalam dubur sendiri- Pakar

KUALA LUMPUR: Hari ini masuk hari ke-5 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hari ini, pakar DNA, Dr Brian Mc Donald menyambung keterangannya di Mahkamah bahawa ada kemungkinan sperma pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui pada duburnya sendiri.

Beliau menjelaskan perkara itu kerana Ahli Kimia yang menjalankan analisa pada sampel, Dr Seah Lay Hong, tidak menjalankan analisanya dengan betul.


Menurutnya, Dr Seah tidak mengasingkan sel-sel sperma daripada sel bukan sperma yang ditemui pada rektal pengadu, dengan mengandaikan adanya sel-sel ‘epithelial’ pada pecahan (sperma).

Semalam saksi ke empat pembela itu mempersoalkan prosedur yang dijalankan untuk menganalisa sampel DNA yang diambil dari tubuh Mohd Saiful.

Menurutnya, sampel yang sudah tercemar tidak boleh diterima sebagai bukti.

Beliau mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia.

Ini kerana menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.

Turut dibangkitkan adalah mengenai kelayakan makmal ujikaji DNA Jabatan Kimia yang tidak diakreditasi dengan pensijilan ISO17025. Sijil itu dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Berikut lintas langsung perbicaraan pada hari ini yang menyaksikan Dr Brian menyambung keterangan beliau.



9.15 pagi: Perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula dengan pakar DNA, Dr Brian Mc Donald masuk ke kandang saksi untuk menyambung memberi keterangan.

Ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong duduk di antara Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden Noorn Badaruddin.

9.19 pagi: Dr McDonald menerangkan kepada mahkamah cara untuk mengekstrak DNA daripada sel sperma.

9.29 pagi: Menurutnya, bahan kimia dikenali dengan nama DTT digunakan untuk mengekstrak DNA daripada sel sperma.

9.34 pagi: DTT akan ‘membuka’ kepala sperma membolehkan DNA diekstrak, kata Dr McDonald.

9.35 pagi: Karpal singh tiba di mahkamah.

9.44 pagi: “Jika analisa DNA tidak dilakukan dengan betul, bolehkah kita anggap sebahagian DNA tidak datang daripada sperma?” tanya Ram Karpal

“Ya, sebahagian DNA boleh datang daripada sel-sel epitelia (kulit),” balas Dr McDonald.

9.53 pagi: Berdasarkan pemerhatiannya, ada kemungkinan Dr Seah tidak melakukan ujian DTT dengan baik, kata Dr McDonald.

Berdasarkan pemerhatiannya, ia tidak dilakukan oleh Dr Seah, kata Dr McDonald.

“Berdasarkan bukti Dr Seah, beliau tidak menjalankannya.

“Sebab beliau tidak tahu samada terdapat DNA sel epitelia (kulit) dalam sampel sperma yang diambil,” kata Dr MacDonalds.
9.58 pagi: McDonald berkata adalah mungkin yang sperma Saiful berada dalam duburnya.

“Jika dia (Seah) telah melakukannya dengan betul, kami boleh menyingkirkan kemungkinan sebegitu. Sampel diambil tidak boleh bergantung pada punca (DNA Saiful).”

Sankara: Bolehkah kita dengan pasti mengatakan yang sperma Saiful bukan dalam duburnya?

McDonald: Tidak, dia (Seah) mengagak yang terdapat sel lain. Dia tidak buat ujian DEP dengan betul.

10.04 pagi: McDonald kata DNA lelaki Y lebih dominan dalam B7.

(Keterangan terdahulu menyebut DNA Lelaki Y telah didapati pada B7, B8 and B9)

10.05 pagi: McDonald berkata DNA Saiful dominan pada B8.

10.07 pagi: McDonald berkata, “Kita tidak boleh memastikan sperma Saiful masuk dalam duburnya sendiri.

10.07 pagi: Dr Seah tidak boleh menganggap DNA Saiful yang dijumpai dalam putik kapas ditanda B8 dan B9 datang daripada kulit Saiful kerana beliau tiada bukti untuk membuktikannya, kata Dr McDonald.

10.15 pagi: Pakar DNA menerangkan proses tersebut perlu mengasingkan sel-sel sperma dengan sel bukan sperma pada rektal pengadu.

10.45 pagi: Mahkamah kembali bersidang selepas berhenti rehat pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

10.50 pagi: Dr Mc Donald meneruskan penerangan tentang graf daripada analisa DNA.

11.04 pagi: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Zin dan Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar turut berada di mahkamah.

11.40 : Dr Brian selesai disoal balas.

11.42 pagi: DSP Jude Pereira dipanggil semula untuk memberi keterangan dari kandang saksi.

Karpal memulakan soal balas.

Ia berkaitan dokumen pemeriksaan terhadap Saiful yang dirampas dari Pusrawi oleh DSP Jude Pereira.

Menurut Jude Pereira, dokumen itu dirampas pada 6 Ogos 2008 pada kira-kira jam 2.45 petang di tingkat 9 Hospital Pusrawi.

11.44 pagi: Jude dibenarkan turun dari kandang saksi dan hakim menangguhkan mahkamah untuk berbincang dengan peguam dan pendakwa raya tarikh untuk menyambung bicara.

Mahkamah ditangguh ke 19-23 September


http://www.keadilandaily.com/?p=19595

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hebatnya keadilan daily buat laporan langsung dari mahkamah . Tapi mana berita antara jam 11.04 hingga 11.40?? kenapa kejadian antara waktu itu tidak dilaporkan?? kenapa sesi soalan kepada Dr Brian dihentikan oleh Ram KarpalSingh pada jam 11.40 ??

    1128 - Brian mendedahkan kepada mahkamah bahawa sampel swab B7 yang menggandungi DNA Male Y yang dominan, tidak berlaku degradation ketika ditanya oleh Ram sambil merujuk carta electopigraf

    Kelihatan Dr. Seah dan Puan Noorin senyum sesama sendiri. Sah DNA Anwar ada dalam anus Saiful dan ia tidak boleh disangkal lagi..... Dsai terus tunduk dan catat sesuatu pd buku nota nya.

    1134 - Ram tak puas hati dengan jawapan Brian... Asyik dok pusing soalan agar Brian pening dan tukar jawapan tadi. KANTOi!!!!

    Tengok macam mana hebatnya keadilan daily memanipulasi minda pengikutnya . supaya pengikutnya hanya mempunyai maklumat terpilih sahaja . Dari mana keadilan belajar taktik ini .. sendiri mau ingatlah ...

    ReplyDelete
  2. penganutPuki,

    kau memang contoh sipukimak yang kata keadilan daily memanipulasi maklumat terpilih, tapi kau juga melakukan manipulasi maklumat terpilih sebab kenapa kau tak siarkan sepenuhnya transkrip perbicaraan hanya kau ambil dan pilih bab doktor tu kata tak ada degradation, padahal doktor tu hairan kenapa tidak berlaku yang mana sepatutnya mesti berlaku deep dgradation pada sample lama, maksudnya sample itu amat mencurigakan seperti sample baru yang diletakkan (planting) oleh sesaorang. Memang kau penganut pukimak haram jadah.

    ReplyDelete
  3. Bodoh engko PenganutPAS ,
    Engko tah faham saintifik, kalau sperm sample tak ada degration setelah 90 jam baru dianalisa, adalah amat mustahil contoh sperm tu tak degrate..( tak rosak, tak tercemar, tak kurang sperm count) Ini bermakna bahawa sperm yang diuji oleh pakar kerajaan tu sperm segar yang baru dikeluarkan dari belalai anwar dan saiful pada hari ujian tu. Sedangkan kejadian lewat berlaku 6 hari yang lalu.

    Dua ekor berok kerajaan tu tersenyum lah sebab mereka tahu bahawa mereka buat kerja bodoh bukan buat kerja professional. Mereka ikut kata Insp. Jude sebab tu 'borang lapuran perubatan' hj bontut ditulis dengan perkataan 'guaman' bukan yang dengan perkataan piawaian perubatan ..

    Engko saja yang sahkan DNA anwar ada dalam dubur Hj bontut tu, Dr. Seah tak cakap pun sebab dia tidak tahu buat kajian pengasingan untuk mensahihkan nya . Kantoi lah pakar kimia kerajaan tu bukan nya Anwar....

    Kalau boleh lah ASD siarkan apa reaksi wajah para barisan pendakwaan dan hakim amno tu, biar PengantuPAS dapat belajar sikit.

    ReplyDelete
  4. PengikutPenganutPasAugust 27, 2011 at 9:57 AM

    hai PenganutPas, keadilan daily tu main hentam keromoh je la pasal waktu jam so jangan le kao amek ati ye. Depa ni merapu je la.
    Pasal waktu jam yg paling tepat ialah masa 'ba alif ba ya' tonyok (spesis biasa dan hutan) taruk 'nun ya nun ya kaf' kao, 'mim alif kaf' kao, 'kaf alif kaf alik kaf' kao dai 'alif dal ya kaf' 'pa wao mim pa wau alif nun' kao.
    hahaha hihihi huhuhu

    ReplyDelete
  5. kesiannnn..pasni ape bertungkus lumus lah diorang nak pk ape lagi nak fitnah anwar..sebelum PRU13..ada masa lagi ni...pk jgn xpk..pk sampai lebam..ape pon kami tetap sokong anwar..kebenaran tetap akan dipertahankan ok...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post