Tuduhan Liwat : Anwar beri keterangan 22 Ogos ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat yang dihadapinya pada 22 Ogos ini.

Keputusan yang disahkan oleh peguambelanya dan juga pihak pendakwaan itu tidak akan mengambil kira sama ada mereka berjaya menemubual enam lagi saksi lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.


Sankara Nair sebelum itu, memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah berjaya menemubual 19 saksi potensi dan masih ada enam lagi yang belum dikemukakan.

Menurut Peguam Cara Negara II, kedua-dua pihak telah bersetuju Anwar akan mula membela dirinya pada Isnin depan.

"Kami akan cuba bekalkan saksi itu dalam minggu ini.”

Hari ini, pihak pembelaan akan menemubual ibu kepada bekas tunang pengadu kes ini - Mohd Saiful Bukhari Azlan - iaitu Sharehah Md Salim.

Musa sedang berada di luar negara dan dijangka akan kembali minggu depan.

Minggu lalu, peguam pembelaan yang diketuai oleh Karpal Singh telah menemubual 19 saksi potensi yang mungkin diminta tampil memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.

Saksi yang belum ditemubual termasuk Musa, dua bekas pembantu rumah Indonesia - Suliati dan Faria Dipan - yang sebelum ini bertugas dengan pemilik kondominium Hasanuddin Abdul Hamid dan jururawat Hospital Pusrawi Yazihan Jusoh, serta pengawal peribadi Anwar - Mohd Rasid Mohd Rosdi.

Pembantu rumah berkenaan telah pulang ke Indonesia dan polis dijangka memaklumkan perkembangan mereka mengesan kedua-dua wanita itu.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Malaysiakini

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. tak bersalah-bersalah lagi ke?kalau tak bersalah tak payah la kasi panjang..kalau bersalah pun percepatkanlah..lebih suka buat rakyat keliru

    Entri Terhangat!! :
    Muka Baby Masa Pertama Kali Makan Lemon!!
    Video Kenakan Kawan..LAWAK GILER!!

    ReplyDelete
  2. awan fantasia : nape bangang sgt tak belajar undang2 ke kamu kalau kamu di tempat anwar dan kamu tak buat perkara yg di kutuk Allash swt nak ke kamu mengaku? kamu tak nampak perkara itu jgn cari dosa kering setiap hari, mrk yg buat fitnah ni tak takut akan balasan Allah di akhirat jgn kita hidup kaya raya di dunia tp papa kedana di akhirat, smbhyg tunggang tonggek belum menjamin seseorang utk ke syurga Allah byk perkara yg harus dibuat didunia ni supaya mndpt Rahmat dan Keredhaan Allah sebagai bekalan utk ke akhirat, kalau kuarang ilmu agama belajar lah dan cari lah GURU2 yg Mursyid utk membimbang anda!!! utk menjadi manusia dgn erti kata yg sebenar2nya bukan haiwan..rakyat yg keliru adalah jenis manusia spt kamu krn kurang ilmu meski pun kamu memiliki PhD.

    ReplyDelete
  3. selagi tiada pengakuan daripada DSAI selagi itu aku yakin beliau tidak bersalah dan teraniaya. Modus operandi kosnpirasi ni lebh kurang sama dengan liwat1. cuma watak dan jalan cerita saja yg diolah-olah. namun perdana menteri tetap terlibat secara langsung. kalau tak masakan Najib begitu takut untuk ke mahkamah?

    Semoga Anwar tetap tabah dan londehkan segala perancangan jahat UMNO khususnya Najib A/L Razak

    ReplyDelete
  4. selagi tiada pengakuan daripada DSAI selagi itu aku yakin beliau tidak bersalah dan teraniaya. Modus operandi kosnpirasi ni lebh kurang sama dengan liwat1. cuma watak dan jalan cerita saja yg diolah-olah. namun perdana menteri tetap terlibat secara langsung. kalau tak masakan Najib begitu takut untuk ke mahkamah?

    Semoga Anwar tetap tabah dan londehkan segala perancangan jahat UMNO khususnya Najib A/L Razak

    ReplyDelete
  5. aku tak percaya Anuar buat semua ni.
    Sejuta persen conspiracy. Dia kena naya saja. Aku percaya dia belum berdoa lagi . maseh ada sayang pada
    Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Seperti sabda nabi ramai yang sembahyang tapi belum tentu dia dapat sembahyang itu. Jadi jangan ingat sebahyang tongang togek dah dapat sembahyang itu. Selagi tak dapat cahaya iman dan rasa keadilan dan ehsan lebeh baik diam dari bercakap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post