Tuduhan Liwat : Anwar mohon wawancara 10 'saksi alibi'

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan permohonan bagi mewancara 10 saksi alibi sebelum mereka memberi keterangan semasa prosiding pembelaan dalam pertuduhan perbicaraan liwat membabitkan dirinya.

Peguamnya mengemukakan permohonan itu hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menambah senarai saksi pembelaan yang difailkan pada 26 Julai.


Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

Dalam permohonannya, Anwar selain menamakan Najib dan Rosmah, turut menamakan tiga saksi yang lain.

Mereka ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Anwar di dalam notis itu menyatakan bahawa mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan dan semua kos ditanggung pihak pendakwaan.


Malaysiakini

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. dulu merengkok dlm penjara dan terus kemahkamah ... saksi boleh ckp mcm mcm .. terlalu suntuk utk membela diri ..

    maka adalah adil bg anwar utk mewancarakan saksi supaya apa yg akan anwar ckp dlm mahkamah tidak di putar belitkan ..sekadar wancara sje bukan mtak bukti ..

    kalau anwar tidak dibenarkan mewancara saksi maka bgaimana di dpt bela diri atas tuduhan yg dia sendiri tidak pasti .. mahk memutuskan anwar perlu bela diri atas bukti dna yg di ragui dan kenyataan si fool diliwat ..

    sekadar pandangan, wancara yg dimita anwar ini sepatutnya di lakukan polis yg dipanggil siasatan dan soal siasat .. bila anwar sukar dpt semua dokumen dan hasil soal siasats maka itu lah dia minta mewancara kan saski ..

    kalau semua ini berjalan mengikut aturan, dgn saksi dan bukti yg kukuh sudah tentu kes ini tidak memakan masa yg panjang..

    ReplyDelete
  2. Saksi alibi????

    Tiada kuasa dalam undang2 nak wawancara dengan saksi-saksi alibi unless saksi-saksi memihak kepada yang dituduh. Hanya saphoena melalui prosecutor saja saksi-saksi yang dikatakan boleh menjadi saksi alibi itu, termasuklah Najib dsb.

    Lihat saja kawan-kawan Anwar pun menggunakan servis peguam mereka sendiri apabila mereka diminta oleh sebagai saksi pembela / alibi Anwar. Mereka ada hak berbuat demikian kerana mereka sangat kenal dengan Anwar.

    Tapi yang menggelikan hati, Wan Azizah sendiri tidak dipanggil oleh Anwar sebagai saksi alibinya.

    Ini mesti kes kantoi.

    ReplyDelete
  3. KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Empat daripada 25 saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan jika sepina dikeluarkan ke atas mereka.

    Empat saksi itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar), isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

    “Mereka enggan datang ke mahkamah, untuk ditemu bual oleh (pasukan) pembela melainkan mereka diberikan sepina,” kata Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden hari ini.

    Temu bual biasanya akan diadakan untuk menentukan sama ada seseorang saksi boleh digunakan untuk memberi keterangan ketika perbicaraan.

    Juga difahamkan bahawa seorang lagi saksi, Hasanuddin Abdul Hamid berkata dia hanya bersetuju untuk ditemu bual jika peguamnya turut hadir bersama.

    “Kami menerima surat pemakluman mengenai keengganan mereka untuk ditemu bual dan mereka hanya akan muncul di mahkamah jika dikeluarkan sepina,” kata peguam Anwar Sankara Nair.

    Petikan dari: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/empat-termasuk-najib-dan-isterinya-enggan-ditemu-bual-peguam-anwar/

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post