Video dari TV9 yang dikatakan menghina ibadah Sahur..

Video diakhir entry..


KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam agama Islam.


Sehubungan itu, ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, DPPNS mengecam tindakan TV9 menyiarkan iklan berkaitan ibadah sahur yang secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

Dalam iklan tersebut telah mengisahkan dua orang yang berjiran, seoarang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur di mana penghujung iklan tersebut memaparkan bahawa si lelaki tidak sempat bersahur kerana telah berkumandang azan Subuh manakala si perempuan jirannya pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana berasa pasti si lelaki jirannya tidak sempat bersahur.

“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” ujar Hasbullah kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah s.a.w. terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Menurutnya, sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah.

Katanya, sedangkan dalam Islam jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, DPPNS mendesak supaya TV9 menarik balik tayangan iklan tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dalam negara ini.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya,” ujarnya.



7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. bulan ramadhan adalah mcm bulan yg lain iaitu bulan berhibur utk mrk ... bukan bulan utk belumba membuat kebajikan dan kebaikan..


    mmg setuju iklan ini tidak menepati erti ibadah dlm islam .. mamat tu terlepas pahala bersahur ..

    ReplyDelete
  2. aku setuju..iklan yg x menunjukkan apa2..buat org len ketawakan islam je..mengarut..

    ReplyDelete
  3. media prima jadi begini sebab dipimpin oleh gerobolan umno. sejak bila orang umno ni hormat islam. Tahun lepas TV 3 suku buat hal, belum pun rakyat lupa.

    ReplyDelete
  4. Puasa jenis ke apa tak tutup aurat.

    Itulah ada ulama dan orang baik-baik di dalam Media Prima kau orang halau sebab mereka menegakkan kebenaran. Maka tinggallah si jahil-jahil di dalam Media Prima.

    Kan seluruh Malaysia dah tahu Media Prima adalah golongan jahil agama. Tak lama lagi kebabooomlah semua jenis saham Media Prima dan sewaktu dengannya sebab tak dapat rahmat Allah.

    ReplyDelete
  5. manala pulak sipempuan tu tahu yg silelaki tak sempat bersahur? si pempuan tuu riang senyum sbb berpuashati dapt menghantar hidangan sahur utk silelaki tadi.......yg silelaki tu pulak frust leee sbb tak sempat nak merasa masakan pempuan tuuu.......

    ReplyDelete
  6. tv9,tv3suku,rakyat tak nak tengok,pengsuap umnoberok depan tv,dimana2 negara tak ada tv yg sebegini, pengampu dan pengamput buntut umnoberok,hanya terdpt d malasia...bodoh2 yg penting duit masuuk,tak untung tak apa,itu kan ada anak yatim utk minta sedekah

    ReplyDelete
  7. macam sial.....memalukan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post