30 Ribu hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia... Betulll..



Dari apa yang aku lihat disepanjang jalan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu tadi, aku menganggarkan sekitar 20,000 hingga ke 30,000.. memang ramai yang hadir.. tanpa mengira latar belakang politik, pasal ramai juga penyokong Pakatan Rakyat yang turut kelihatan di situ.


Cuma dalam banyak yang memberikan ucapan itu ucapan dari Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Abdul Jalil Abdul Majid aku rasa tak kena dengan tempat.. tak buat homework ka Datuk?

Bukan aku sorang yang anggarkan 30 Ribu yang hadir.. di SINI pun kata begitu..

Anggaran Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaacob pula ialah tak kurang 25,000 orang.

Korang tengok gambar-gambar dibawah dan saksikan betapa ramai yyang hadir dan baca juga apa yang Ketua Bahagan UMNO Permatang Pauh tu ucapkan..


Dari seberang jalan mengadap pintu masuk.


Kesesakan di pintu masuk.


Ramai yang berpatah balik kerana tak sanggup bersesak.

Rumah Terbuka M'sia: Najib gempur kubu Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu di Permatang Pauh dengan menaiki sebuah teksi.



Menurut Bernama, ketibaannya pada pukul 12 tengah hari disambut ribuan penduduk tempatan yang datang seawal 8 pagi, dengan diiringi paluan gendang pelbagai kaum dan komuniti 1Malaysia oleh kumpulan gendang tentera dan pelajar sekolah.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, barisan menteri kabinet dan pemimpin BN negeri.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu dimulakan dengan acara sentuhan rakyat oleh Perdana Menteri dan pemimpin BN dengan berkunjung ke rumah Norasmah Othman, 41, suri rumah yang terpaksa bekerja untuk menyara enam orang anak slepas suaminya menghidap penyakit kulit kronik.

Norasmah menerima bantuan untuk membaik pulih kediamannya daripada KPKK menerusi penyeliaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan sumbangan daripada pelbagai pihak lain.

Pada ucapannya, Rais berkata beliau tidak pasti jumlah yang hadir pada majlis ini tetapi menjangkakan tidak kurang 20,000 yang hadir.

"Saya tanya Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaacob berapa ramai yang hadir dan bisiknya tak kurang 25,000 orang," katanya.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Abdul Jalil Abdul Majid pula mengingatkan orang ramai bahawa hari ini adalah juga ulang tahun tragedi menara berkembar 11 September di mana Amerika Syarikat diserang pengganas.

Perubahaan di Permatang Pauh

Katanya, beliau juga ingin melihat perubahaan di Permatang Pauh, yang merupakan kubu dan kerusi yang dipegang oleh Ketau Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Satu rahmat bagi kita.

"Hujan mencurah sejak jam 1 pagi hingga 9 pagi tadi, tetapi rakyat tetap berkumpul di sini sejak 8 pagi! Kami ingin katakan kami sokong perdana menteri dengan sepenuh hati,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh.

Hadirin pada majlis rumah terbuka itu disajikan dengan pelbagai juadah istimewa seperti nasi beriani daging, lemang, ketupat palas dan beberapa makanan lain serta kuih tradisional.



Perdana Menteri dan tetamu kehormat yang lain turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Datuk David Arumugam, Datuk Ahmad Jais, Uji Rashid dan Hail Amir, persembahan oleh kumpulan boria kanak-kanak dan persembahan watak Upin dan Ipin.

Najib kemudian menyampaikan penghargaan berupa wang tunai berjumlah RM10,000 dan sijil penghargaan kepada empat tokoh merdeka dari Pulau Pinang iaitu Datuk Seri Mohd Yusoff Latif, Datuk Md Noor Ahmad, Datuk A Subramaniam dan Datuk Oon Choo Eng @ Choo Khye.

Selain itu, beliau menyampaikan sumbangan berupa bungkusan barangan keperluan kepada sepuluh orang yang kurang berkemampuan dan sumbangan 'netbook' 1Malaysia kepada 10 pelajar cemerlang.


Malaysiakini

26 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tahniah kepada masyarakat permatang pauh dan penduduk Pulau Pinang am nya kerana bejaya membuktikan kepada umno yg penyokong dan pendokong PR adalah rasional dan bertamadun tinggi. Tidak seperti apa yg selalu digambarkan oleh pemimpin dan media pecacai umno sebagai ganas dan provokatif.
    Kita selalu medengar bila program2 PR diadakan di Johor dan Melaka, banyak provokasi, ganguan, bising sehingga ugut-mengugut di lakukan oleh juak2 umno.
    Semoga rakyat dapat melihat dan menilai perbezaan susila dan santun pejuang2 rakyat berbanding dengan pecacai2 umno yg samseng, dulu, kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  2. kalau macam ni punya gambar ada 25000....masa bersih 2.0 dulu tentu 250 000....dok gitu ke?...yg bersih hari tu hampir 100% tolak BN...tapi yang hari ni mungkin 60% saja yg sokong BN...kira sendiri la

    ReplyDelete
  3. begitulah sepatutnya ,kalau ini program datuk najib sebagai perdana menteri Msia,(tak payahlah ada ucapan pemimpin parti,cwg,bhg,dsbnya.)klu program ini sebagai PIEM umno bagi tau siap2 ini program untuk parti...

    ReplyDelete
  4. Pnyokong PR rasional,cma pmimpin BN tk prnh rasionalProgram rkyt apa prlu ny lmbang umno dn bn.dia dtg sbgai pm malaysia knp buat mcm program parti.yg dtg tu bkn smua pnyokong bn.tk caya tunggu msa pilihanraya.tp cuba pula buat PR buat di kwasan bn,di jamin mcm2 skatan akn di kna kn.dn khadiran pula di jamin smua ny pnyokong PR.

    ReplyDelete
  5. makan free..sedap plak tu..dtg jer laa..apa masalah nyer..undi tu rahsia kan..terima kasih lah bagi mkn free..syukran2...sesekali jer dpt mkn free..itu pun duit rakyat gak..bukan duit umno pun..

    ReplyDelete
  6. lepas ni, jangan marah kalau anwar pula gempur kubu kuat (kuat kerana undi poslaju) najib, pekan.
    tengok berapa ramai yang datang - 50,000 atau 100,000 orang.
    jangan pula suruh polis buat roadblock sana sini macam bersih 2.0, sudahlah.
    kalau dilakukan juga, ertinya najib bacul,
    pinjam kata kj.
    takda teloq,
    pinjam kata rosli ismail.

    - pena tak bernama.

    ReplyDelete
  7. bernama ni pun satu bila buat laporan tu berhati-hatilah . nanti orang akan salahkan malaysiakini pulak .

    mula-mula bab perdana menteri datang dengan teksi tu , ok dah . lepas tu cakap diiringi oleh Ketua menteri LGE . ada ker patut . nanti orang akan salah faham . sebenarnya LGE tu datang asing . LGE datang dengan merchedes besar oooo warna hitam. siap diiringi oleh konvoi bermotosikal kapcai lagi . yang naik motosikal tu siap pakai baju kuning tulis perkataan bersih lagi . ada jugak yang aku nampak jalan kaki dengan pakai baju bersih . moto tinggal kat mana tak taulah ... kena tanya ketua dia si AMIR tu .

    tengok tu dek kerana bernama tak berhati-hati buat laporan belakang dah ada penyokong Pakatan Rakyat silap faham.

    tak pasal-pasal ada yang mengaku penyokong PR rasional dan bertamadun tinggi . walaupun niat mereka nak menunjukkan susila dan santun nya mereka dalam menghormati majlis . nasib baik lah penyokong lain yang pakai baju bersih tu di "boo" oleh pengunjung . Santun sangatlah aku rasa ...... hahhhahhahah

    ada banyak lagi kesantunan dan susila penyokong PR tadi terutamanya AMK permatang pauh sendiri . aku simpan dulu lah ..... hahahha

    ReplyDelete
  8. Terima kasih pada penyukong Pakatan rayat kerana sudi beramai2 hadir rumah terbuka malaysia projek anak yatim ini menampakkan penyukong pakatan mesra dan kehadapan menilai tanggungjawab walaupun arahan menteri entot2,kalau projek pakatan munkin byk ngo/pencacai babi bn buat report polis atas alasan provokasi dan tak senang jika projek itu melebihi meriah dari projek umporno,ini nyata umporno masih belum menerima hakikat juang rakyat yg adil dlm negera demokrasi berparlimen,bermcm2 cara apa yg dicadang pakatan semuanya mencarut usaha umporno utk terus berkuasa,sayang rakyat kini dah cerdik kerana internet,kalau ikut kemahuan umporno kuasa internet sepatutnya ada dlm 1malasia dan saluran tapisan derect ke Hq umnogok seblm disebar....sekatan minda rakyat supaya terus dimerundum akut suka mereka

    ReplyDelete
  9. anuar nak gempur kubu umno? kubu sendiri dah nak terbarai.

    ReplyDelete
  10. pas akan hancur next GE takbir!

    ReplyDelete
  11. anon 11:28-pas kan parti kebajikan malaysia(PKM)-kan ke kebal
    from pasberg

    ReplyDelete
  12. Aku pun pi majlis nie, hebat sungguh semangat org2 permatang pauh..hujan dah sepasal, padang dah macam bendang..jam dah pukul 1.30tghari~2.30ptg masih berpusu-pusu org mai lagi..!! sampai nak keluar pun jamm gilar..org2 muda paling ramai yg aku nampak...hebat..hebat..satu signal pada PR..utk PRU13..

    LGE, Mansor, Rama..pun mai juga..tapi yg peliknya tak beberapa ceria depa nie..jalan pun tunduk2 sikit time masuk majlis..muka LGE nampak pucat tadi..nak kata malu tempat sendiri...nak kata tempat BN..tempat paling panas di Malaysia..awatnya??

    P/S: Majlis PR buat hari nie juga kt Taman Guar Perahu...lembu 2ekor tumbang beb..tapi nampak macam takda macam majlis pun..time aku lalu tadi..mana pi semua org pun taktau..

    ReplyDelete
  13. Selalunya ucapan raya: Selamat Hari raya, Maaf zahir batin. Halal makan minum. Tapi bagi Yong, tetap takkan halalkan apa2 bahagian cukai pendapatan Yong yang digunakan untuk tujuan korupsi! NEVER!

    ReplyDelete
  14. AKP,
    kau sakit hati ke setelah penyokong dan pendokong PR dpt tunjukan semangat perpaduan yg tinggi?
    Kau terkejut beruk ke, penyokong PR tak buat pun sabotaj dan kecoh seperti yg kau gambarkan sebelum ni?
    Kau panik ke setelah harapan kau supaya berlaku insiden yg tak elok dan boleh kau meneguk di air keruh tak menjadi?
    Makan free, tetap makan free bro, tapi hasrat rakyat P Pinang utk pencenkan semua adun umno tak berganjak.

    ReplyDelete
  15. penyokong PR tak sabotaj ??? biar betul mamat ni . yang dok pakai baju BERSIH tu sambil iringi merchedes si komunis LGE tu kira bukan usaha sabotaj ekkk .
    yang dok pasang bendera dengan banner merata ceruk tu , kira hak sama rata ker ??
    yang dok kempen suruh pakai baju kuning tu , apa pulak ?? yang dok rancang nak menonjolkan si komunis LGE lebih dari najib tu apa hal ??

    yang AMK permatang pauh dok kutip duit parking rm10 seorang tu , apa pulak ?? gangster ker ??? lintah darat ?? ker ceti haram ??

    yang paling bengong sekali . si mansor yang buat rumah terbuka 2 kali tu kat pusat khidmat tmn guar perahu, tujuan apa ?? kalaubukan untuk sabotaj sia sia jer pengorbanan 2 ekor lembu PKR !!!!

    ReplyDelete
  16. penganutpas,
    Kenapa bodoh sgt!
    Kan banyak polis2 kat situ kelmarin, kalau betul apa yg kau kata AMK ambil parking RM10, pi lah panggil polis tu tangkap, sebab ini peras ugut...tapi tak ada kan? jangan lah nak fitnah pulak.
    Hal nak pasang banner dan bendera tu hak rakyat lah! itu lah amalan demokrasi. Apa pulak yg kau nak komplen? yg umno letak bendera keris tumpul apa hal?? Anak Yatim kata itu rumah terbuka malaysia..yg dok sibuk pacak bendera UMporNO lucah tu apa hal??
    Ni lagi satu bengap kau, mana ada lagi komunis di malaysia ni sekarang? LGE bukan komunis, kalau betul LGE tu komunis kemapa kau tak suruh polis kat jalan tu tangkap dia semalam.........BODOH punya penganutpas!!!!

    ReplyDelete
  17. laaaa Lim Guang Eng tu bukan komunis ker . maaflah aku silap lagi . aku ingatkan komunis tu pejuang negara .... hahahhhahha utk kali ke 2 .

    ReplyDelete
  18. hallo PenganutPAS. . kenapa dan mengapa la tulisan kao ni tak 'mengegarkan PR' ye? ? nnti elaun kao kena potong tau. .

    ke elaun kelmarin belum dapat lagi. . tu yg kao tak de mood, tak de semangat dan tak de idea. .

    lain kali kao tulis le dengan peno semangat tau. . jgn kta dpt elaun cm biasa malah boleh dapat double lagi tau. . arios amigo le ye !!!

    ReplyDelete
  19. Penganutpas,
    baru kau sedar yg kau tu bodoh? Pi minta biasiswa masuk kelas sejarah.Jangan dok buat fitnah lagi.

    ReplyDelete
  20. alaaaa anon 10.23 janganlah macam tu. nanti aku sekelas dengan sikomunis mat sabu tu pulak. aku takut berjangkit penyakit rembat bini orang . malulah aku kalau orang kampung aku tahu aku ni CLASSMATE sikomunis mat sabu tu .

    ReplyDelete
  21. penganutpas
    kau takut jangkit? woi, kau ni memang dah sakit otak pun... apa yg nak ditakut pulak? fahaman apa pun tak berkesan kat kau.
    Tahu malu pun kau yer? selama ni aku tengok komen kau jenis muka tebal tak tahu malu.. rupanya kau ni takut malu juga.
    penagnutpas...kau malu kat manusia buat apa? kau patut malu kat allah swt... jangan dok panjangkan fitnah.

    ReplyDelete
  22. Aku tabek pada penduduk Permatang Pauh dan pimpinan P. Pinang. Tahu membezakan antara programe parti dan programe jabatan. Jamuan aidilfitri anjuran jabatan kerajaan , bukan parti. Kejadiran KM P Pinang dan exco mencerminkan kematangan fikiran pemimpin negeri.Harap contoh kepada Selangor dan lain-lain . Bila Kerajan negeri buat programe , adun - adun kena hadir juga kerana yang buat adalah kerajaan.

    ReplyDelete
  23. Kehadiran sikomunis KM dan exconya tu kau kata mencerminkan kematangan . kau yang tak matang lagi kot .

    aku ulang sekali lagi lah . Komunis Lim Guang Eng tu datang dengan merchedes . najib datang dengan teksi (kereta sewa) . Komunis tu datang dengan budak budak muda rempit AMK tu escort , konvoi moto kapcai lah konon . Budak budak tu siap pakai baju BERSIH lagi .

    Itu ker cara nak mencerminkan kematangan gaya pakatan rakyat kat majlis. Mencerminkan kemudaratan adalah ....

    ReplyDelete
  24. Semangat penyokong BN permatang Pauh ketika ini membuak-buak sampai ubun-ubun !

    Tak sabar tunggu PRU13.

    Ketepi Anwar !!...Ketepiii Guan Eng !!....Kita reeedahh ajer !!!

    ReplyDelete
  25. pengurut pas ti
    Anak haram kpg terakhir
    kurab rakab

    Mana teloq hang taruh kat juboq,cuba buka mata dan minda betol2 dan nilai diantara kerajaan dan parti lu asik hantam membabi buta,menampakan idea lu mcm budak spm aliran bahasa jgn buat lawak porno & babi lah

    ReplyDelete
  26. rakab
    redah jangan tak redah!.sebelum semua adun umno pencen...kalau lambat soru miss! lepas pru 13 nanti pecacai umno di penang macam hang kena pi kerja kat Mc Donal.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post