Anda mahu dikenakan GST? Undilah Barisan Nasional..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang meninjau kemungkinan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis makan malam Persidangan CEO Global Forbes Ke-11 di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri telah diminta untuk memastikan segala sistem sudah bersiap-sedia. Katanya, isu sekarang ialah masa yang sesuai bagi pelaksanaan berkenaan.


"Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini.

"Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST," kata Najib.

Beliau berkata adalah penting untuk bersedia memandangkan akan terdapat gangguan dan penilaian semula apabila tiba masa pelaksanaannya.

"Saya percaya apabila sesuatu sistem diperkenalkan, tidak kira betapa rapi persediaan dilakukan, tetap akan ada kesilapan dan kelemahan dalam pelaksanaan nanti," katanya.

Najib yang juga menteri kewangan juga mendakwa penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan GST semakin meningkat.

Daripada 12 juta rakyat, hanya 1.2 juta yang membayar cukai, katanya.

"Rancangan kami ialah untuk mengurangkan defisit fiskal kami daripada 5.6 peratus kepada 5.4 peratus tahun ini dan turun kepada kira-kira tiga peratus dalam masa beberapa tahun akan datang. Jadi, apabila kami mngurangkan defisit fiskal kami, akan terdapat lebih keyakinan dalam ekonomi serta kami akan dapat menyaksikan asas yang lebih kukuh di Malaysia," kata Najib.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada dialog selama 45 minit itu yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarang dan Pengerusi Forbes Asia, Steve Forbes, Najib juga berkata tindakan afirmatif untuk membantu Bumiputera, yang diperkenal di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dikekalkan.

Bagaimanapun menurut perdana menteri, DEB akan berubah menjadi lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit.

Najib, yang juga menteri kewangan, berkata strategi kerajaan sekarang yang mewujudkan lebih banyak peluang bagi Bumiputera, tanpa mengenakan kuota ke atas kaum lain, juga menarik bukan Bumiputera.

"Apa yang kita dapati ialah cara ini (tindakan afirmatif di bawah DEB), pertamanya, ia tidak popular dengan pasaran; dan keduanya, tidak benar-benar membantu bumiputera.

"Apa yang cuba kita lakukan sekarang ialah mengubahnya; tindakan afirmatif kekal, tetapi ia harus lebih mesra pasaran dan harus lebih berdasarkan merit," katanya.

Mengenai sama ada telah tiba masanya bagi Asean mengkaji untuk memperkenal mata wang baharu, Najib berkata negara-negara Asean akan tetap terbuka kepada idea dalam jangka panjang tetapi pendekatan mestilah terkawal bagi mengelak daripada gangguan dalam pasaran kewangan dan mata wang.

"Saya menerima hakikat bahawa dalam jangka pendek dan sederhana, dolar AS akan terus menjadi mata wang utama antarabangsa dan euro juga akan menjadi mata wang penting. Saya tidak melihat gambaran berubah dalam jangka pendek dan sederhana.

"Tetapi dalam jangka panjang, ia (idea mata wang baharu bagi Asean) masih terbuka. Tetapi biarlah pelaksanaan terkawal supaya kami tidak mengganggu pasaran kewangan dan mata wang," kata Najib.

Beliau berkata Malaysia merupakan negara pertama menggunakan mata wang tempatan untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan dengan China.


Malaysiakini

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Najib kata hanya 1.2 juta rakyat yang bayar cukai dari 12 juta bukan 28 juta rakyat Malaysia. Aku boleh agak yang dia maksudkan 12 juta itu ialah rakyat yang ada sumber pendapatan yang boleh dicukai. Tapi macamana boleh jadi dari 12 juta itu hanya 1.2 juta saja yang bayar cukar, maknanya 10.8 juta itu adalah yang lari dari cukai? Apa yang LHDN buat selama ni sampai boleh terlepas macam tu punya ramai?

    Dan kalau kita kira 1.2 juta rakyat itu bukan semuanya ahli UMNO, jadi aku kira sebahagian besar ahli UMNO yang seramai 3.0 juta adalah tergolong dalam rakyat yang lari dari cukai atau 1.2 juta pembayar cukai itu tidak ada sekor pun ahli UMNO kerana LHDN tidak kutip cukai dari siap2 ahli UMNO? Termasuk cukai dari bakar kedai runcit?

    Ni aku bukan pandai ekonomi tapi apakah kita perlu seorang genius untuk hurai apa punya statemnet yang dibuat oleh PM yang tongong ni?

    Sebelum Najib nak jalankan GST, ada lebih baik Najib suruh LHDN selesaikan dulu macamana nak dapatkan cukai dari rakyat yang sentiasa berjaya lari dari cukai, termasuk ahli2 UMNO.

    Kita nak tunggu apa dengan kerajaan yang hanya pandai mengadakan macam2 cukai tapi tak pandai menguruskan pungutan? Itu sebab peniaga2 suka kerajaan UMNO ni sebab asal kerajaan kenakan mereka cukai, mereka pindahkan beban cukai kepada rakyat sebab mereka tau merekalah sebenarnya "rakyat yang didahulukan" oleh kerajaan 1Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Fuc_Zam,

    Kalau kau betul prihatin,..kau pergi cari duit berbilion ringgit yang anwar bawa lari ke luar negara tuh !

    Nak maklumat lanjut ??....pergi tanya Gobalakrisnan...

    Sekurang-kurangnya aku bayar jugak pelbagai cukai!....kau?..apa sumbangan kau pada negara?

    Setakat menjadi pecacai haram, tali barut komunis, ejen yahudi dan barua Dap yang menghina peniaga-peniaga runcit melayu !!.

    ReplyDelete
  3. rakab mara ye??? rakab jangan le mara ye.. jangan mara tau. . rakabkan pandai tulis so rakab tulis blasa le power2 n kaw2 pasal anwar pkr pr coz nnti bole dapat habuan banyak tau so tak ya le family rakab tanggang tonggeng jual bodi sana sini ye

    isu GST ni pun rakab bole tulis sokong amno-apco dan bangkang abis2 yg kutok / x stuju dgn GST tau...
    lain banyak rakab sokong, lagi banyak rakab dapat duit tau... lagi banyak rakab hentam anwar prk pr maka lagi banyak rakab dapat duit tau so tak de le keturunan rekab merempat nnti. . kan cara hidup rakab dgn cara membodek kan kan3 hahaha hihihi huhuhu

    ReplyDelete
  4. yang aku tau setakat ni yg suka GST ni...rakab kedai todi, AKP, PPas,Kluangman baru nak belajaq apa tu GST.

    ReplyDelete
  5. rakab
    apa ni emosi sgt. relaks la.
    najib idola hang tu memang tak pandai math tapi gila microphone sampai dr M pun tak menyampah kat dia.

    ReplyDelete
  6. dapa tak boleh kutip cukai dengan sempurna maka GST le jawabnya. Siap tax awal awai lagi .mula la blackmarket timboi dan smuggle bercambah. Orang tak nak beli barang ada tax sebab mahai.

    ReplyDelete
  7. Anon 4.45 dan triple P,

    Dak aiih!!..aku tak marah,..aku sayang kau orang semua intan, payung ..menyampah!

    Aku pasti perangai kau orang elok, manja cam baboon !!

    Kau baca komen aku dengan nada marah,..memang bunyinya marah!.

    Cuba kau baca dengan nada ala-ala chinadoll kena kongkek,...tentu romantik bunyinya...

    ReplyDelete
  8. ahahhh sah confirm si rakap ni kaki ampoo bodek punye kaki hahaha hihihi huhuhu

    ya rakab, kao mesti pastikan kao dpt share dalam GST ni tau. . tak kalu abish le kao anak branak kena berak kencing tipu helah amno-apco hahaha hihihi huhuhu

    ReplyDelete
  9. Triple P,

    Laa ni hang dah bertukaq jadi langsuwei kaa... ?.
    Asyik dok mengilai jer..!

    haaahaahaaa hiiihiiihii huuuhuuhuuu

    Adoyaii!..nak kena hantar tong gas pulak !.hujan laei..

    ReplyDelete
  10. Daripada 12 juta rakyat, hanya 1.2 juta yang membayar cukai,

    fakta ni membuktikan pendapatan rakyat terlalu rendah..

    ttp dr naik kan pendapatan rakyat lebih baik kjaan umno .. 'ini aku setuju kjaan umno'.. lebih utamakan GST..

    kalau nak org baca dgn nada tak marah akan ayat tu biar betul.. buat ayat perkataan marah suruh baca dgn nada tak marah ..

    tlg baca komen aku dgn nada marah.. tak bolehkan???

    ReplyDelete
  11. Cik non 7.00,

    Kau ni serius sangat laa...

    ReplyDelete
  12. Chedet dulu dah sebut yang bayar cukai majoritinya Cina. Anggapannya ramai Cina berpendapatan tinggi and yang lain berpendapatan rendah.

    Tapi ngan GST ni yang berpendapatan rendah pun kena cukai. Bagusnya kerajaan Najis. Betul betul utamakan rakyat.

    Apa macam Rakab? Tak setuju. Bangang sungguh pencacai UMNO.

    ReplyDelete
  13. Bagusla Kerajaan dah stat nak tambah pendapatan negara. Beerti pendapatan yang ada kini tidak mampu untuk menampung kos perbelanjaan dan mengurus negara.
    Bagus, mintak-mintak cukai ini dikenakan ke atas semua orang rakyat terutama yang tinggal kat kampung dan felda biar mereka sedar semua orang membayar cukai dan berhak menentukan siapa pemimpin yang betul2 pandai mengurus perbelanjaan negara

    ReplyDelete
  14. rakab...cenge(garang) sungguh hang...elok gak tambah pendapatan negara..leh bik mama hg nak usha cincin besaq skit....

    yg pelik tu awat nak naikkan lepas pilihanraya?..mcm dah kompon depa menang ja...sbb klu naikkan skrng nie...depa takut rakyat marah..punah harapan bik mama nnti..kan..kan...

    aku rasa hg pun bukan senang mana..haha...takat selesa dengan apa yg ada....x terjamin pun lagi.dan satu lagi sikap Umeno...depa pk diri depa ja..janji depa dan keluarga depa selesa...cukup..org len?? lantak p lah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post