Antara profesor 'Kangkung' dan 'Kongkang'

Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim diselar lagi, kali ini oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sendiri apabila sejarahwan terkenal itu membangkitkan soal asal usul tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera.

Mohamad berkata, dalam membincangkan soal sejarah kemerdekaan, tidak perlu membangkitkan asal usul seseorang seperti kerana perkara itu “tidak elok”.


“Asal usul ini tak payah sebutlah. Yang bercakap itu (Khoo) pun asal mana? Tak eloklah.

"Bila duduk sini kita anggap semua rakyat Malaysialah,” kata Mohamad.

Semalam, PAS Johor juga mempersoalkan kenyataan Khoo, antaranya yang didakwa menolak kajian ahli akademik lain berkenaan peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera tanpa menghasilkan kajian sendiri, dengan menganggap lelaki itu pengganas.

Khoo sebelum ini dilaporkan mendakwa Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan, menyokong gerakan komunis yang cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman itu dan bukan anak tempatan.

Sebaliknya, menurut Khoo, Mat Indera berasal dari Indonesia dan bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu. Adik Mat Indera – Baharum Shah – bagaimanapun semalam tampil dalam sidang media Pemuda PAS Johor menafikan dakwaan itu.

Membahaskan isu yang sedang hangat itu, Khoo berpendapat bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik dari "kedua-dua belah gabungan politik" dan mereka sebenarnya tidak memahami sejarah.

Sementara itu, aktivis gerakan mahasiswa sekitar 1970-an Hishamudin Rais berkata, pendirian Khoo yang “tidak sana dan tidak sini” dilihatnya sejak tahun 1974 apabila menuntut jurusan sejarah di fakulti tempat Khoo mengajar di Universiti Malaya (UM).

Katanya, ketika beliau menganjurkan forum membincangkan gerakan rakyat Vietnam melawan Amerika Syarikat, dua lagi pemforum dikenakan tindakan keras – termasuk seorang profesor Amerika Syarikat dihantar pulang – Khoo tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Sejak dulu lagi dia tidak sana, tidak sini. Tarik balik gelaran profesornya. Kalau di luar Malaysia sudah sudah lama dipecat.

“Tetapi di Malaysia profesor kangkung dan 'kongkang' terus memperbodohkan rakyat,” katanya sambil menyifatkan kesalahan sebegitu sebagai “jenayah” dalam akademik.


Malaysiakini

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. harap maklom kpd smua rakyat jelata bahawa sesunggohnya PenganutPAS bukanlah dari golongan / kategori profesor 'kangkung' dan 'kongkang'

    ini adalah kerna tahap PenganutPAS tak sampai tahap profesor, ijazah pun tak, spm pun tak, upsr pun tak, peperiksaan penilaian darjah 5 pun tak, hatta tahap peperiksaan penilaian darjah 3 pun tak. . .

    PenganutPAS hanya tahap babi tonyok klas pria pundek je la, tu yg umno-apco bgi "RM" sikit je kt PenganutPAS

    ReplyDelete
  2. yarhamkalAllah

    ReplyDelete
  3. kahkahkahkah marah benor ko dekat penganutpas...kata pengikut tapi bekkeng kahkahkahkah...

    penganut ugama umno

    ReplyDelete
  4. kahkahkah..

    PenganutPas, sy cadang gali kubur sendiri je laa..

    ReplyDelete
  5. penganut agama umno,
    sesat lagi menyesatkan.

    ReplyDelete
  6. Pengikut ugama umno ???
    Sejak bila umno menjadi agama??

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post