BUKTI! Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah alat BN

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini membawa bukti terhadap dakwaannya bahawa dan Mais Agama Islam Selangor (Mais) adalah alat BN.

Pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini, beliau mendedahkan gambar Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa bersama ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan yang terang-terang memaki baju BN pada satu majlis di perkarangan sebuah masjid ketika pilihan raya parlimen itu.


"Bersama Kamalanathan (gambar bawah), 'Ust Kamal' di perkarangan masjid di felda Hulu Selangor, di mana Ust Kamal pakai baju BN dan Datuk Adzib duduk senang hati dengan dia tak ada masalah.






"Ini gambar beliau (gambar atas) dengan Ust Kamal memberi plak kalimah Allah kepada penduduk felda, ini dalam kawasan masjid ni. Yang dia duk bantai PAS bantai Pakatan Rakyat tentang isu kalimah Allah, dia buat itu dengan P. Kamalanathan dengan pakai baju BN.

"Bagi saya Datuk Adzib memang orang Umno BN. Saya minta dia jawab," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar yang dibawanya.




Pendedahan itu dibuat selepas beliau pada 6 September lalu dipanggil ke pejabat Jais dan dinyatakan pendakwaan kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut menerima tindakan JAIS Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Sementara itu, Mais dalam satu kenyataan hari ini tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.

Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama.

Turut dimaklumkan rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah Mais yang bersidang pada 23 Jun 2011.

"Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor," kata pengerusinya Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa .

Oleh itu, Mais mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa.

Sementara itu, Khalid mendakwa sehingga kini beliau tidak menerima sebarang penjelasan yang dimintanya berhubung sebab tidak diberi tauliah kerana beliau "mempunyai rekod jenayah".

"Pada 30 Oktober 2009, JAIS kata lupakan, (kamu) tak diberi tauliah (sebab) tak layak," katanya sambil mendakwa tindakan Jais itu dipengaruhi sikap Mais dan campurtangan Umno dan BN.


Berita dari Harakahdaily
Gambar dari KhalidSamad.com

17 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mmeberi Paku buah keras yang cukup mantap dari Khalid Samad!! Tiada salahnya kakitangan awam bersama-sama mana-mana ADUN samada dari UMNO atau PR berada di dalam sesebuah majlis untuk tujuan keraian atau sebagainya tetapi mereka harus tahu bahawa tidak boleh mempamerkan sokong mereka secara terangan seperti memakai pakaian parti-parti tertentu.

    Sikap Pengerusi MAIS ini menunjukkan ketidak profesionalnya mereka dalam etika kerja sebagai 'government servant'

    ReplyDelete
  2. bila agama dipolitikkan.................

    Artikel Top10 Yang Pernah Gegarkan Dunia Blog :
    Makcik Hajjah Sitt Alwuzara Hina Islam!!
    Maya Karin **lacur*** Bapa Saudara!!

    ReplyDelete
  3. Awan Fantasia,

    Bila politik diagamakan oleh UMNO....

    ReplyDelete
  4. tak nampak pun lambang BN pada baju datuk adzib . kamala pun tak pakai lambang BN takkanlah dato nak lebih-lebih dari xalon pulak . kaki fitnah rupanya khalid samad ni .

    meh kita tengok apa yang khalid samad ni cakap sebelum ini tentang YDP MAIS ni dan kaitan dengan isu MAIS ni untuk memahami apa yang tersirat disebalik perasaan hasad khalid samad ni .

    Kenyataan terbaru khalid "Apa yang perlu difahami juga ialah bahawa tindakan JAIS dilakukan tanpa pengetahuan Exco Agama dan Pengarah JAIS" dan "Harus ingat, JAIS mengikut arahan MAIS, bukan kerajaan Negeri"

    Kenyataan diatas sebenarnya adalah bercanggah dengan penulisan YB sebelum ini bertajuk Serbuan Gereja Damansara Utama : "Tindakan yang sebegini ini perlu diluluskan oleh pihak atasan samada Pengarah atau Exco-Kerajaan Negeri yang berkaitan setelah mengambil-kira ketepatan maklumat yang diterima serta kewajaran tindakan tersebut."

    Namum kenyataan tersebut tidak diteruskan kerana banyak pihak dalam PAS yang menegur perbuatan khalid yang menegur dan menyerang hassan ali secara terang terangan.

    agenda khalid ialah menuduh seseorang berada di belakang MAIS untuk menggulingkan Khalid Ibrahim.... dengan menyatakan, 'diharapkan tiada sesiapa dari kalangan PAS'... siapa lagi kalau bukan Hassan Ali.

    nasihat aku pada dato adzib dan hassan ali terutamanya , tolonglah lainkali jangan lah sanggah pendapat khalid samad ni dalam hal berkaitan dengan agama . Khalid samad ni pantangnya kalau kalah berdebat atau pendapatnya orang tak terima , jawabnya berdendam sampai matilah ...

    Nilah buktinya dalam orang dok sibuk pasal mat indera dan mempertahankan tim. president dia sibuk melalak hanya kerana tidak diberi permit ceramah . melalak lebih dari pesuruhjaya pulak tu .

    ReplyDelete
  5. undi kali ini kita bagi lebeh lagi majority sama pakatan.

    ReplyDelete
  6. penganutpas,
    lambang BN dan no.1 tu kan sama, pecacai macam hang pun dah lupa nasihat apco! alamat nak mampos lah!
    apa kena mengena pegurusi mais sertai program gotong royong??? aku tak nampak langsung relevan!
    pembahagian wang zakat selangor pun tak terurus sampai orang islam kena minta sedekah kat kristian...tiba2 Setia Mohd. boleh hadiri program GOTONG ROYONG???
    penganutpas kalau nak twist tu pun pada2 lah sekit.
    Devil will always be a devil, I will never ever shake hand or make deal with a devil.

    ReplyDelete
  7. jais tak leh dakwa khalid bagi tazkirah krn dia tahu dia tak de tauliah tp dia boleh dakwa khalid gunakan mesjid utk politik .. tp dpt dijelaskan tindakan khalid itu ckp politik atau tazkirah ?

    ReplyDelete
  8. penganutpas kau sendiri komen kau sendiri yg faham je ..


    apa yg canggahnya .. dua dua ungkapan kata khalid mengatakan baik jais dan mais yg kedua dua pihak berkuasa tsbt didalangi oleh sekumpulan atau seseorg yg berpihak kpd bee end.

    pakai baju bee end ke tidak tp tindakan pengarah sepatutnya tidak berpihak kpd parti atau ahli politik.. krn gambar tsbt lah dia mengatakan pagarah mais mcm tu ..

    terang terang dia hadir majlis bee end mcm dia adalah org politik yg juga tak layak diberi tauliah dan berpolitik dlm mesjid ..

    apakah pakai baju berlambang parti dlm aktiviti mesjid bukan berpolitik ??

    dan datuk adzib kena jwb apa yg bg khalid fikir kan yg dia adalah org umno ..

    ReplyDelete
  9. yg mengatakan org tu hasan ali ialah penganutpas .. khalid tak de ckp pun ..

    mcm tu lah khalid katakan yg mais/dr adzib bila menunjukkan gambar dgn ustad kamal yg bg cek dlm mesjid.. tp diharam kan selapas wakil dap masuk mesjid ..

    ReplyDelete
  10. Nilah buktinya dalam orang dok sibuk pasal mat indera dan mempertahankan tim. president dia sibuk melalak hanya kerana tidak diberi permit ceramah . melalak lebih dari pesuruhjaya pulak tu

    bukti apa nie ?? mat indera .. mat indera la .. apakah krn psl isu mat indera perkara lain di tangguh dulu..

    komen ikut bebal punya ..

    ReplyDelete
  11. penganutpas...

    dr hari ke sehari .. aku tenguk hidung kau makin bertambah panjang ..

    ReplyDelete
  12. apa nak heran dengan penganut pas..siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 jadi menteri..aku bukan confirm masuk syurga tp aku rasa kalau betul la penganut pas ini seorang Islam (bukan Islam ajaran UMNO) dia tak kan menghina mana2 saudara seagama serendah2nya sebagaimana dilakukan pada keluarga DSAI..tp aku tak heran puak2 ni, Najis kan nak berbesan dengan keluarga KOMUNIS..

    ReplyDelete
  13. Ahli parlimen cap ayam kalau agensi dalam negeri yang ditadbiroleh partinya sendiri pun nak dimusuhi.

    lebih baik lah khalid samad ni pegi buat tandas baru kat stesen bas ekspress tu guna duit peruntukan parlimen. ni tak ibu negri selangor tapi stesen bas buat malu jer . nak kencing pun susah.

    hasil MBSA bukan main banyak lagi. kurang-kurang sebagai ahli parlimen tinggalkanlah satu kenangan kepada penduduk shah alam. takkan lah dah 3 tahun lebih berkuasa tak boleh nak buat parking bertingkat kat depan Ole-ole tu . bawah buat food court kasi peniaga melayu berniaga. dapat gak orang shah alam merasa air tangan khalid samad .

    ini tidak suka bermusuhan dengan anggota parti sendiri . cari pasal dengan agensi agama negeri . sepatutnya seorang wakil rakyat gunalah saluran yang betul . berbincanglah . kan sama sama nak menjaga imej dan kesejahteraan umat islam .

    Khalid samad ni tak bawak manafaat pun pada penduduk shah alam , makin bawak mudarat adalah.

    ReplyDelete
  14. Kalau dia tak pakai baju UMNO, kalau dia pakai jubah biasa pun, atau dia berbogel tak pakai apa pun, tapi dia melibatkan diri dengan UMNO, itu sudah cukup bagi mata dan hati manusia untuk tau yang dia itu ayam tambatan siapa kalau bukan UMNO. Deeds speak louder than words kata mat salih Melayu, jadi apa perlu nak tepis2 nak nafikan, rakyat tak perlu tunggu jawapan dari dia kerana dia memang tak ada jawapan selain dari apa yang dia tunjukkan bahawa dia memang alat UMNO. Khalid Samad tak boleh marah dia, kalau dah dia benci Khalid Samad, dia benci PAS, dia benci Pakatan, dia sayang UMNO, itu kerana dia yakin pada UMNO, walau UMNO tak menang Selangor, namun kedudukan dia tetap terjamin, periuk nasi dia tetap terjaga, selagi UMNO masih tetap berkuasa memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Kuasa kerajaan Selangor sahaja tidak mampu mengubah apa2 kerana kerajaan negeri2 Pakatan sama saja macam Negeri2 Melayu Tidak Bersekutu yang berhadapan dengan Negeri2 Melayu Bersekutu yang menguasai kerajaan pusat. Keadaan sudah kembali kepada sejarah cuma dulu British sekarang UMNO.

    ReplyDelete
  15. betol cakap PenganutPAS. . cm ne le depa bole nampak lambang bn kn kn3. . lain la macam PenganutPAS bole nampak virus dalam badan, malah bole nampak alam ghaib, bole nampak neraka. . tu yg PenganutPAS sunggo2 nak ke neraka sbb syokkkkkk macam kat 'sauna'. . o ye, agak2nya le kn brape le RM PenganutPAS dapat statement ni ye. . 5juta kot. . wauuuu !!!

    ada betol juga PenganutPAS cakap khalid x bawa ape2 manafaat. . yg bawa manafaat hanyalah PenganutPAS kerana duit yg PenganutPAS dapat tu digunakan untuk menolong dan membantu rakyat. . cuba tengok berapa juta rakyat yang telah diselamatkan oleh PenganutPAS. . hebatlah PenganutPAS.. kalau kt USA da sah PenganutPAS bole menang jadi Presiden. . tu pun khalid x mau belajar dari PenganutPAS

    ReplyDelete
  16. kalau khalid tak mampu buat apa yg penganutpas ckp spt tandas baru, parking bertingkat .. maka disini lah kesempatan amproconis ambil kesempatan .. buat projek tsbt .. letak gambar jiban besar besar dan tulis besar besar ... SATU LAGI PROJEK BN .. buat mcm ni aku tak marah .. asalkan yg untung rakyat ..

    dan perkara yg patut dibuat oleh khalid bukan saje khlaid tp semua mp yg mewakili kws an mereka ..

    sehingga hr ni apa hebat nya Pekan ? yg org ahu byk kem askar ..

    ReplyDelete
  17. lama lama nak cakap pasal ugama pada anak anak pun kena tauliah dulu. kalau tidak kunci mulut. Tengok la betulkah dia salah cakap pasal ayat ayat Allah ke syarak ke. Baru ambil tindakan. Politik Islam yang kita faham merangkumi kehidupan harian manusia. Jadi Islam tak boleh campur dgn politik. alamt tertindaslah Islam itu sampai bila bila pun.Ini yang Yahudi nak tengok.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post