Dakwaan 'Undilah' bawa mesej tersirat 'mengarut'

Penerbit video siaran pengumuman khidmat awam, 'Undilah' - Pete Teo - menyifatkan dakwaan klip video itu mempunyai mesej tersirat yang yang memihak kepada pembangkang sebagai "mengarut dan tidak masuk akal".

Rosnah Abd Rashid Shirlin in Undilah videoSemalam, ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam tweeter menulis video yang diarahkan tidak disiarkan di stesen televisyen di seluruh negara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, minggu lalu kerana "penuh dengan mesej separa sedar.”


"Ia mengandungi nada anti kerajaan tanpa disedari oleh penonton."

Abdul Rahman juga menulis bahawa perkara pokok yang dibincangkan boleh diterima tetapi video itu condong kepada mesej-mesej yang cuba dibawa oleh pembangkang.

pete teo storyKetika dihubungi, Teo memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak tahu bahawa Abdul Rahman, dalam laporan berita, mendakwa video itu turut memaparkan akhbar organ rasmi PAS, Harakah sehingga perkara itu dibangkitkan.

Katanya, pihak penerbitan telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan bahawa video berkenaan memaparkan kedua-dua pihak kerajaan dan pemimpin pembangkang secara adil.

Bagaimanapun, menurut Teo, jika Abdul Rahman mahu menjadikan babak yang membabitkan Harakah sebagai isu, terdapat juga babak dalam video itu di mana seorang lelaki membaca akhbar Malaysia Nanban, milik milik MIC.

Soalnya, dengan babak sedemikian, adakah ini bermakna video berkenaan juga mempunyai mesej pro-BN.

Wee Ka Siong in undilah video"Betapa mengarut dan tidak masuk akal perkara ini? Jadi adakah ini bermakna kita menyokong MIC? Babak membabitkan Nanban jauh lebih lama daripada babak Harakah," katanya.

Teo berkata terdapat juga beberapa adegan di mana Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berdiri di hadapan patung Tunku Abdul Rahman.

"Jadi adakah ini bermakna kita pro-BN? Sudah tentu, kita tidak, kita adalah pro-rakyat," katanya.

Ulanginya, video siaran pengumuman khidmat awam itu diterbitkan tanpa memihak dan pasukan penerbitannya tidak mempunyai niat menjadikan ia kontroversi.

undilah video tengku razaleigh"Kami merakamkan banyak adegan di jalanan (untuk video itu). Kebetulan ada seorang yang membaca Harakah dan seorang lagi pula yang membaca Nanban.

"Jika anda ingin menjadikan (isu), apa-apa perkara sekalipun boleh dijadikan,” katanya.

Jumaat lalu, dalam satu kenyataannya, SKMM berkata arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana ia masih belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.


Malaysiakini

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. MP belut ni memang bercita2 besar mahu jadi menteri...pembodek najib no. 1...komen dia mendahului menteri.

    ReplyDelete
  2. hanya sedikit ruang utk PR dlm video ni umno dah bukan main panik lagi. terus diharamkan video ni. Byangkan kalau malaysia benar2 demokrasi, hak sama rata kepada semua akhbar...maka bungkus lah Bend!

    ReplyDelete
  3. memtaliti AP itu yg mngarut.kta org tua,klau dh tkut tunggul kayu pun di kta kn hantu.apa yg trsirat,biasa je mlah mnghibur kn.AP dr Sabah ni blajar lh utk mnggunakn akal bkn prasaan.Malaysia ni bkn bapak lu yg punya.

    ReplyDelete
  4. aku nak tanya sama geng otak lembu umno. Apa masalah umno dengan video klip ni? kalau slot beberap saat orang PR + Ku Li dlm klip ni pun korang dah panik nak mampos,memang confirm la umno tak ada *****.

    ReplyDelete
  5. alasan yg paling bodoh dari seorang AP. Mcmmana leh jadi AP nih. Lu ingat malaysia ni bapak lu punya ke

    ReplyDelete
  6. Negara ni pun bukan bapak ko yg punyer!

    ReplyDelete
  7. Kahkahkah UMNGOK, UMNGOK sawan ke apa semua bende depa takut lanie...kahkahkah TV3rtmakhbar semua jd backup lu tak kan masih takut kutttttt. Kata rakyat dah semakin meningkat menyokong Be End??? xkan takut lagi... Tu bukan VIDEO PR lah kahkahkahkah...confirm kencing malam puak puak ni... :P

    ReplyDelete
  8. kalau ada video klip yg menayangkan adegan public membaca UTUSAN terus SKMM lulus siaran ni kot!!!!

    ReplyDelete
  9. video ni belum dilulus sebab ada muka khalid samad dengan aksi miangnya .

    jugak wajah nik nazmi yang mencacatkan keseluruhan video ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post