Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno

Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.


"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno.

Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut.

Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.

"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.

"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.

"Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah.

"Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya.

Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya.

"Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya.

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Silap tu hassan ali!! Pas la ni bukan di bawah kepimpinan ulama!! Ulama yg ada dlm Pas sebenarnya bukan ulama' tapi politikus bermazhab pasirisma. Pas la ni tak ada lagi cita-cita negara Islam sebab Islam bukan ajaran Pas.

    ReplyDelete
  2. Soal masuk UMNO atau tidak, sewajarnya Hassan Ali serahkan pada Nik atau Hadi untuk menjawab bagi pihaknya.

    ReplyDelete
  3. virus dalaman......
    matikan virus ini...

    ReplyDelete
  4. ada orang nak pecahkan keharmonian dalam PAS. Mereka sedang berperang dgn pakatan untok tarik pengundi, tapi majoriti rakyat negara ini tak sokong BN. contoh pru 2008.

    ReplyDelete
  5. Hasan Ali asalnya adlah seorang penceramah dan pakar motivasi yang hebat . Penyertaan beliau dalam PAS mendapat pujian melangit . Bila Dr.Mahathir cakap PHD hasan ali dibeli , berkaitan dengan satu isu dulu , pemimpin PAS melenting?? Sekarang apa dah jadi ??

    Apa salah hasan Ali dalam PAS sehingga blogger PAS menimbulkan isu ini . Seolah olah hasan ali lebih baik ditendang dari PAS . Salah beliau ialah jawatan yang dipegang sebagai exco diidamkan . Kemuncak kesalahan beliau adalah tidak menjaga hati DAP dalam kes DUMC . Hasan Ali celupar pasal hudud dan undang-undang islam . Hassan Ali tidak sesuai dengan pakatan syaitan kerana beliau bukan muslim yang liberal. Beliau menolak idea pluralisma dan akidah John Hicks.

    Hasan Ali TIDAK PERLU masuk UMNO pun . Kalau PAS nak tendang , Hasan Ali boleh jadi ahli DUN Bebas .

    Bebas bagi beliau untuk menentang liberalisasi islam dan pluralisma dalam pakatan syaitan . Dan yang penting beliau bebas untuk memukul gendang harapan umat islam bagi yang ingin melihat agama islam dihormati sebagai agama rasmi malaysia .

    Hasan Ali adalah salah satu watak penting mewakili ahli politik yang boleh memelihara maruah islam.

    ReplyDelete
  6. PenganutPAS,
    Bila ko tulis mengharapkan Hassan Ali jadi ADUN bebas dan "memukul gendang harapan umat islam bagi yang ingin melihat agama islam dihormati sebagai agama rasmi malaysia", menunjukkan selama ini UMNO/BN gagal menaikkan imej Islam di negara kita. Apa UMNO/BN dh buat? Yg UMNO/BN adalah buat yang Islam suruh tapi dalam masa yang sama amalkan juga apa yang Islam larang kan..

    ReplyDelete
  7. Kita berdoa begitulah, Datuk Dr Hasan Ali tidak akan masuk UMNO. Malah kita harap dia tak pernah terniat utk bersama perjuangan UMNO dlm bentuk yg ada ini . Saya tak pasti apakah perjuangan mereka, yg saya lihat, dulu, kini & sekarang, ramai yg masuk UMNO sebab poket, projek & perlindungan. Pun begitu, ianya boleh makan tuan, seperti yg sedang berlaku kpd En. Khir Toyo. Datuk Hasan, marilah kita belajar dr apa yg telah berlaku keatas DSAI, mereka jemput kita kerana kepentingan mereka, selepas itu kita mungkin dijentik & dijerat oleh mereka. Melainkan Datuk Hasan mahu berubah sebiji mcm mereka? Jangan hilang fokus, UMNO/BN akan cuba alih isu, teruskan tekanan rakyat & PR dgn isu-isu negara!

    ReplyDelete
  8. kepada anonnymous pertama,

    kalau nak cakap camtu jumpa sendirilah beliau...

    jangan pandai saja putar belit disini..

    ReplyDelete
  9. Dr hasan ali perlu bersikap adil dgn kaum2 lain,tidak ketegasan pemimpin kerajaan dulu2 diselangor telah membuat kerja senang jd susah,kalau zaman mamakdir undang2 kukubesi digunakan namun skrang masih lagi 50% yg tidak mengindahkan undang2 buatan manusia patahlagi undang2 agama,selangor perlu dibersih sebersih2nya antara Pakatan atau BN jika mentadbir...aku dgr ada rumah urut disaman sehingga 12kali,namun beroperasi juga sebab ada dalang kuasa politik masuk campur...kankah itu pukimak punya kerja..kalau nak ubah kerajaan ikut berlandaskan agama yg benar2 memudahkan rakyat diselangor

    ReplyDelete
  10. biasa la syaitan2 yang menyokong UMNO nak pecah belah kan PAS...para pendokung PAS jgn ikut sgt rentak syaitan2 ini...

    ReplyDelete
  11. geng2 otal lembu umno dah frust menonging. harap nak meneguk di air keruh tak menjadi. Tapi kalau dah syaitan tu tetap syaitan.

    ReplyDelete
  12. Kepada pemimpin2 PAS banyak2 bersabar akan Fitnah, cuba laga2kan antara pemimpin & mcm2 lagi, itu semua kerja org sebelah sana. Sifat SABAR & TIDAK MELATAH menjadi contoh pd semua yg memerhati anda. TAKBIR !!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post