Kita di Jajah, Gani Othman menyanggah pendapat Dua Profesor.

Dalam hal samada Tanah Melayu pernah dijajah atau tidak, dua orang Profesor (Kangkung atau Kongkang.. entahlah) telah bertegas mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Jadi.. Apa kejadahnya kita sambut Hari Kemerdekaan itu entahlah sedangkan kita tak pernah dijajah menurut dua Profesor itu..

Kata Sejarahwan Profesor Datuk Dr Ramlah Adam “PKM yang berasal dari luar negara mahu menakluk negara ini walhal dari segi perundangan Tanah Melayu tidak ditakluk oleh British.”


Ini kerana British tidak mengambil alih kuasa Sultan dan negeri-negeri Melayu ialah negeri naungan. Hanya Pulau Pinang dan Melaka ialah negeri jajahan takluk mahkota – sepenuhnya sila baca di SINI

Menjawab soalan mengenai kenyataan Mohamad Sabu bahawa Allaharham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan pejuang kemerdekaan sebenar kerana mereka pegawai British, Profesor Khoo pula berkata: “Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja.”

Katanya, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja – sepenuhnya sila baca di SINI

Tapi kata MB Johor pula.. Tanah Melayu telah dijajah..

Dalam berita muka depan Berita Harian hari ini, yang bersandarkan pada rencana khas Ghani sendiri, Menteri Besar juga mendakwa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong.

Sebahagian dari tulisan Gani mengenai sejarah Mat Indera versi UMNO.

Perlu diingatkan dalam prakata buku "Pengukir Nama Johor", MB Johor ini menamakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang. tapi hari ini beliau berkata Mat Indera seorang yang kejam, zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

“Perjuangan melalui parti dan gerakan Umno yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pascamerdeka di negara ini.

Prof diatas kata Tanah Melayu tak pernah dijajah tapi Gani kata Tanah Melayu telah dijajah.. siapa yang berbohong ni?

Dua Profesor diatas atau Gani MB Johor atau kesemua mereka.. ha..ha..ha.. semakin haru biru sejarah Tanah Melayu jadinya.. semua pasal Mat Sabu sorang..


MB Johor dakwa Mat Indera komunis, rancang serangan Bukit Kepong

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan Ahmad Indera atau lebih dikenali sebagai “Mat Indera” telah merancang serangan ke atas Bukit Kepong pada 1950 selain mendakwa beliau berusaha keras mempengaruhi orang Melayu menyertai “kegiatan haramnya” dalam Parti Komunis Malaya (PKM).

Dalam berita muka depan Berita Harian hari ini, yang bersandarkan pada rencana khas Ghani sendiri, Menteri Besar juga mendakwa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen Ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Semalam, keluarga Mat Indera mempertahankan beliau bukan merupakan komunis dan mahu kerajaan membersihkan namanya.

“Dia bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun,” kata Ghani lagi.

Ghani menulis, apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan darurat pada 19 Jun 1948 semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan PKM diharamkan dan ramai ahlinya mengambil tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Umno.

“Perjuangan melalui parti dan gerakan Umno yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pascamerdeka di negara ini.

“Bagaimanapun, Mat Indera memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British,” kata Ghani dalam rencananya.

Tulisan ini diterbitkan sehari selepas Ghani berkata, Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Semalam, Ghani menegaskan, berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah ahli PKM dengan pangkat sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

Dalam tulisan hari ini, Ghani menambah, tindakan Mat Indera terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

“Ini berlainan daripada pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub tidak memilih untuk bertindak secara militan.

“Kemuncak pembabitan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu ialah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950. Fakta yang diperoleh daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas itu terhadap pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong,” katanya lagi.

Ghani menulis, sebagai seorang daripada pemimpin Rejimen Ke-10 PKM, Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

“Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air.

“Sedangkan, ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara,” katanya.

Malah kata beliau, Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk daripada Malayan Union British sebelum itu.

Tambah beliau, komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan People’s Democratic Republic of Malaya yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

“Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

“Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan,” katanya.

Mat Indera ditangkap dua tahun selepas tragedi Bukit Kepong.

Sehubungan itu kata beliau, akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan pengganas yang diharamkan sehingga ke hari ini.

“Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

“Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan Umno yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan,” katanya lagi,

The Malaysian Insider

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. waduhhhhhhhh bisa peca kepala PenganutPas nak sokong kenyataan prof kangkong & kongkang ATAU mb johor pasal samada malaysia dijajah atau tidak dijajah

    silap sokong akan membuat poket PenganutPAS kosong tak de duit bulanan dari umno-apco (maka tak dapat le nak bagi makan anak bini dan mak bapak)

    moga tiada umno-apco lain akan buat kenyataan mengenai malaysia dijajah / tidak dijajah kerana ini akan membuat fikiran PenganutPAS bertambah kusut masai macam usus babi tonyok berlendiaq

    ReplyDelete
  2. "Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan Ahmad Indera atau lebih dikenali sebagai “Mat Indera” telah merancang serangan ke atas Bukit Kepong pada 1950...."

    Jangan sedap ikut mulut buat fitnah kata "Mat Indera telah merancang serangan...". Berdosa kalau tak ada bukti. Tau ke yg Mat Indera telah merancang serangan itu?

    Fitnah dgn yg masih hidup, masih bley minta maaf. Tapi fitnah org yg dah mati, dgn siapa kau nak mintak maaf?

    ReplyDelete
  3. Orang2 macam inilah yang akan menulis sejarah Malaysia mengikut kata hati dan sedap mulut mereka dan siapa mereka2 itu kalau bukan orang2 pro-UMNO. Bermula dari Mat Indera dan Kominis Malaya, mereka menafikan sejarah dan untuk menghalalkan kata2 mereka maka sekarang mereka sanggup melawan sejarah sampai fakta negara ini dijajah sudah jadi tidak pernah dijajah. Hairan sungguh kenapa orang2 yang bijak pandai ni sanggup jadi badut tongong untuk UMNO padahal bangsa2 asing yang pernah menjajah kita tercatat dalam sejarah sejak dari orang Belanda dan Portugis sehingga British dan Jepun. Tak payah banyaklah, cukup kalau aku tanya tu yang kita hidup dibawah Jepun selama 3 tahun 8 bulan tu bukan dijajah ke? Marangkerapu parangkepundeng punya profesor!

    ReplyDelete
  4. Klau tk di jajah mkna ny ngara ni memang mrdeka le,dh tu yg ke london utk mnuntut kmerdekaan apahal.saja sronok2 ke?MB Johor kata di jajah.tp aku tk heran smua tu,sbab di mlaysia ni memang smua dua set.satu utk umno satu utk PR.cuma yg pelik ny dlm hal ni,ke dua2 set dia org tibai

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Mohon tukar link, blog tuan saya dah link. TK
    http://utusanm.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Professor kangkong ke, kingkong ke , kengkang ke memang mereka ni baghal, saja nak padamkan fakta sejarah, tu hari merdeka tu ape ke jadahnye, merdeka dari siapa kita ni, kenapa tak panggil hari persekutuan saja. bodoh punye oreng, jangan bayar gaji mereka berdua ni buat habih boreh je

    ReplyDelete
  7. jadi, maknanya tiada siapa yg boleh mendakwa sebagai penuntut kemerdekaan jadi selama ini kita rakyat malaysia telah ditipu oleh umno bahawa tengku abdulrahman sebagai bapak kemerdekaan.

    ReplyDelete
  8. Ghani ni cerdik........boleh baca maksud tersirat kedua-dua prof tu, i.i. kalau Tanah Melayu tidak dijajah, jadi sejarah Umno sebagai pejuang kemerdekaan pun tak betul. Tp apa hujjah Ghani yg mngatakan Tanah Melayu dijajah? Kedua-dua prof tu pastinya bersandar kpd Pangkor Treaty 1874.. asas kpd penjadian negeri-negeri di Tanah Melayu sebagai negeri-negeri di bawah perlindungan British...protectorates bukan colonies. Klu protectorates tidaklah dijajah. Sultan-Sultan dan pembesar-pembesar Melayu masih memerintah negeri-negeri mrk kecuali dlm aspek hal-hal luar negara d pertahanan. Jadi nampaknya Umno telah berbohong. Saya ada hujah-hujahnya bagi menyatakan Tanah Melayu telah dijajah oleh British...1874 - 1957.......tapi saya tidak akan memberikannya kepada Ghani atau mana-mana org Umno Baru.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post