Malaysia tak dijajah.. Tun salahkan Raja-raja Melayu?

Adakah Tun menyalahkan pihak Raja-raja Melayu pula dalam hal ini kerana mereka telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini, dimana akhirnya penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat?

Mahathir: Malaysia tak dijajah, tapi penasihat British pemerintah sebenar

SERDANG, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.


Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.

“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata Dr Mahathir (gambar).

“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.

Perdana menteri keempat ini bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Universiti Perdana di sini hari ini.

Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru.

Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” kata beliau.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

“Dinaungi tidak sama dengan kolonial... hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah,” kata beliau sambil berkata, “jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun.”

“Itu adalah kesalahan yang amat besar,” katanya.

Majlis Profesor Negara dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan “penjajahan British” sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

The Malaysian Insider

32 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. mengundang british? mengundang untuk perlawanan bola kot?

    ReplyDelete
  2. Mulai tahun depan batalkan sambutan Hari Kemerdekaan.

    Tok Janggut kat kelantan tu digantung terbalik, diarak keliling bandar dan ditembak bertubi-tubi sampai badan putus dua... sia-sia je la maknanya, sebab rupa-rupanya kita tak pernah dijajah! Sama jugak Dato Maharajalela, Mat Kilau, Tok Gajah, Rosli Dhobi, Dato Sagor dan ramai lagi.... nak diajar, masing-masing dah bergelar Prof... senyum je laa....

    ReplyDelete
  3. kita tak pernah dijajah???? mainan apa plk ni,siapa yg mengigau,siapa plk yg mereng,siapa plk yg nyanyuk,siapa plk yg gila ni,agaknya penulis buku2 sejarah yang aku belajar kat sekolah tu dah mereng......,antara yg buat kenyataan skrg dan penulis buku sejarah mesti ada yang kena belah otak sbb otak dia org tak boleh pakai,kasi anjing mkn...

    ReplyDelete
  4. pemimpin2 umno bukan setakan duit ringgit negara depa buat macam duit maka bapak depa punya, malah sejarah pun nak di olah macam sejarah mak bapak depa.

    ReplyDelete
  5. Betui kata nenek atuk aku dulu aku selalu bangkang tentang sejarah dlm buku sekolah, atuk aku kata dlm buku tu tak betui sebab aku bela yg dlm buku nukiran prof2 kangkong utk kita belajar tentang sejarah,sekarang baru aku tahu rupanya arwah nenek atuk aku yg betul baru terbongkar,rupanya nenek atuk aku yg lebih cerdik dari prof2 kangkong ni,nasiblah ada mat sabu buka rahsia kebodoan prof2ni kalau tak 7keturunan kita kena perbodo

    ReplyDelete
  6. Mahathir mendakwa : 'Malaysia tak dijajah, tapi penasihat British pemerintah sebenar'.. kenyataan ini benar-benar mengkonfiuskan aku.. mana mungkin negara yang tidak dijajah. negara tersebut tidak boleh memerintah dan membenarkan orang lain memerintah.. itu dijajah namanya.. Negara yang berdaulat tidak akan membenarkan sesiapa sahaja memerintah bagi diri mereka.

    Kenyataan yang kelam kabut.

    ReplyDelete
  7. Firaun raja kelentong....
    kah..kah...kah

    ReplyDelete
  8. jadi memang benar apa yang dilakukan oleh para pejuang dahulu. Mereka berjuang untuk menghalau 'penasihat' yang bertindak seolah-olah menjajah. Jika aku menjadi pejuang, so dengan sultan (ketika itu) pun aku tentang sebab buat bodoh dan buat tak tahu saja yang tanah air dan rakyat mereka ditekan oleh 'penasihat' yang bersikap seperti penjajah itu. bak kata pepatah macam Belanda dapat tanah.

    ReplyDelete
  9. Kalau tak dijajah mcm mana ada 31 ogos diistihar hari kemerdekaan. Merdeka dari apa? Tunku nak digelar apa? Atau ada nak dicadangkan 31 Ogos sebagai 'hidup melayu' dan Tunku akan diistiharkan semula sebagai Bapa Melayu, nak disesuaikan dengan slogan pejuang UMNO ketika seblm 31Ogos 1957.

    ReplyDelete
  10. Hebat Mat Sabu....sentuhan sejarah beliau dah kucar kacirkan para ilmuan negara. Dari profesor sehingga ke PM dan mantan PM pun dok mengigau tak habis lagi.
    Mat Sabu....my hero.

    ReplyDelete
  11. Kisah akan datang..
    1. 31hb. Ogos akan diistiharkan sebagai Hari Kebangkitan Melayu menggantikan hari Merdeka sesuai dgn slogan asal UMNO. Slogan MERDEKA datang dari golongan kiri termasuk Mat Indra.
    2. Malaysia tarik diri dari sukan Komanwell sbb komanwell hanya untuk negara jajahan British shj.

    ReplyDelete
  12. Betullah prof,Zainal tu cakap.

    Dari segi perundangan negeri2 melayu di bawah sultan tidak dijajah oleh British !.

    Raja-raja melayu membuat perjanjian dgn pihak British.

    Sultan masih mempunyai kuasa autonomi tetapi British diberikan tanggungjawab sebagai penasihat dan menjalankan pentadbiran negeri.

    Akhirnya raja-raja melayu terpaksa tunduk kepada arahan dan kehendak British.

    Dan sememangnya tanah melayu telah dijajah oleh British.

    Prof.Zainal menyebut dari segi undang-undang tetapi dari segi semangat dan zahirnya , tanah melayu telah dijajah oleh British .

    ReplyDelete
  13. PUKI MAK PUNYA PARTI MELAYU UMNO....KETURUNAN HARAM JADAH PUKI MAK DEPA

    ReplyDelete
  14. Anon 6.04,

    Berilah komen apa saja pun tapi tak perlulah mencarut !!

    Setakat mencarut ,..sesiapa pun boleh.

    ReplyDelete
  15. Tazkirah pulak...
    kah...kah...kah..
    suka hati dia la nak mencarut....

    ReplyDelete
  16. bakar,

    Kau boleh ke mencarut? Aku nak dengar macamana tuan kedai runcit mencarut sebab kau kata sesiapa pun boleh.

    ReplyDelete
  17. Kita jangan hairan kenapa orang pandai boleh membuat kenyataan bodoh kerana kita tau orang tu dah tua dan otak dia semakin mengecut. Orang yang otak dah kecut macam Madey tu dipanggil orang nyanyuk. Tapi yang kita hairan ialah manusia yang sokong cakap orang nyanyuk tu, sekali tengok macam beruk, dua kali tengok rupa memang macam beruk tapi perangai macam babi....beruk babi rupanya.

    ReplyDelete
  18. memang aku tak suka org mencarut disini tp org dah kena tipu berpuluh tahun ..

    apa apa definasi pun nasihat ke .. jemput ke .. kita tetap dijajah ..

    kalau awal awal dulu di terangkan mcm ni aku rasa kawan ni tak mencarut ..

    kita lupa yg jajah kita selain british ialah jepun dan portugis .. belanda pun nak masuk tanah melayu..

    yg menipu kita selepas merdeka .. sape ???

    mohon rais siarkan semula semua siri/dokumenteri 'Hari ini dalam sejarah'

    bila kita mempermainkan sejarah maka inilah jd nya melayu hilang jati diri ..

    ReplyDelete
  19. Anon 7.48,

    Pandai pulak sebut perkataan 'tazkirah'....tapi menghalalkan mencarut !!

    Sah kau nih lembu Pas !.

    ReplyDelete
  20. FmZam,

    Aku tak pandai mencarut !

    Sebagai peniaga ,..biasanya aku ramah dgn orang ramai.

    Tapi dalam blog,..sikit2 maki orang adalah....sebagai mempertahankan diri.

    ReplyDelete
  21. Anon 9.19,

    Sebenarnya tiada siapa pun yang kena tipu !

    Cuma tidak diperincikan dari awal.

    Semua peristiwa yang telah berlaku adalah fakta. Dan fakta tidak boleh diubah.

    Sejarah di negara ini lebih tertumpu kepada soal politik sahaja.

    Walhal sejarah sebenarnya meliputi seluruh aspek kehidupan.

    ReplyDelete
  22. bakar,

    fahamlah kau sokong sangat UMNO pasal kedai kau atas pertolongan UMNO. aku nak tanya adakah kau naikkan harga barangan dengan harga baru tapi stok lama, toksah banyak lah walau sekali aje? kalau ada aku harap kau pulangkan balik duit tipu tu pada orangnya, kalau kau sedekahkan pun itu tetap duit haram, jadi jaga nawaitu kau dulu, jangan hanya beribadah pada Allah tapi nawaitu berniaga menipu pelanggan, sebab itu nawaitu menulis pun kau buat kami ni macam pelanggan2 kau yang kau tipu.

    ReplyDelete
  23. Takan dia nak kata dijajah nanti sealiran Mat Sabu pulak. Walaupun betui mat sabu dia mesti berlawanan punya. walaupun betui anwar pun dia mesti kata yang berlawanan punya.

    ReplyDelete
  24. British juga pernah berkerjasama dengan Komunis membentuk MPAJA army untok halao Jepun . Jadi british ni semua dia masok janji dia selamat saja.

    ReplyDelete
  25. sejarah yg kita katakan ini membicara kan sejarah negara khusus mengenai tanah melayu ke sebuah negara yg merdeka iaitu msia. jd kita membicarakan sejarah yg mempersoalkan alur jalur politik parti iaitu fahaman dan ideologi msg msg. krn pendapat ini lah ramai beranggapan parti umno parti warisan pusaka penjajah ..

    wbgmanapun ia memberi kesan kpd bangsa dan kehidupan masy.

    oleh itu sy sgt yakin kita telah ditipu walaupun kita tidak ada di zaman tsbt krn mrk tlh memburuk buruk kan mrk yg ingin kan kebebasan dr penjajah dlm apa jua urusan pentadbiran negeri. dan cara ini sedang berlaku di mahkamah dgn fitnah liwat.

    kalau lah tidak diperinci kan dr awal mengapa kenyataan mat sabu disambut dgn lapuran polis dan kenyataan kenyataan prof ngangkung.. bukan kah ini masa terbaik utk memperbetulkan dan memperincikan kisah dan sejarah kita ?

    sanggup kah melayu umno menguhah sejarah iaitu abdullah cd, rasyid, ahmand bustaman dll sbg pejuang.

    semua peristiwa berlaku dgn fakta. fakta . yg ada skg dah terbalik iaitu msia tidak dijajah ! kalau asal usul msia pun jd caca merba susah lah kita nak terus melangkah kehadapan .. kita iaitu msia tlh bermula dgn langkah yg tempang.

    asal usul dan sejarah adalah sgt penting. ia adalah pengenalan ttg siapa kah kita ? sukar utk saya menjelaskan kpd mrk yg kata hal lepas jgn di ungkit tp dlm apa hal yg kita lakuan semalam adalah sape kita hr ini.

    ReplyDelete
  26. "...Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu."

    Raja2 melayu dulu berebut kuasa.. (sama mcm skg, org2 melayu bergaduh merebut kuasa). Maka ada yg menjemput British (kuasa asing) sebagai penasihat (pada mulanya). Akhirnya, British bukan bagi nasihat, tapi memberi arahan. Orang melayu hilang kuasa disebabkan kebodohan sendiri bergaduh antara satu sama lain. Pikir2kan lah, jangan sampai sejarah berulang lagi. Itu yg Dr. M maksudkan.

    ReplyDelete
  27. anon 12:56 pm yg berebut kuasa sape? senang parti mana? kalau pas dan umno mmg lah mereka berebut sb tu 2 parti. senang betul det keliru kan kau.

    kalau berebut semau kaum berebut.. sejarah lombong bijih kumpulan cina berebut..

    ok lah mereka berebut lah tp adakah pihak yg benar dn kuat yg menjemput ingg atau pihak yg lemah? jd pihak yg manakah yg berkuasa skg?

    tak salah hj hadi berebut dgn anwar Dan tak salah muhyuddin berebut dgn jiban. tak salah mca/mic sokong umno dan tak salah dap sokong pas/umno.

    ReplyDelete
  28. FMZam,

    Hang tak habis-habis dengan perangai buruk sangka !

    ReplyDelete
  29. bakar,

    jangan kata aku buruk sangka, otak aku jenis critical thinking. kau sepatutnya jangan jadi tak habis2 dengan putar belit kau, jangan salahkan aku buruk sangka kalau kau tu cakap zahir tak seiring batin.

    ReplyDelete
  30. sejarah tggl sejarah.sambutan hari kebangsaan ke malaysia ke sebab nk timbulkan semangat cinta n syg negara.kite org melayu ni dh tentu xde tmpt nk g..tu yg kaum2 lain.hrp2 syg negare ni.sebab tu ade subjek sejarah.itu niat sebenar pendidikan.ade ke yg cite elok dlm buku teks tu.dh kite pon xde mase tu.bukti2 peninggalan pon kurang.okla prof2 kite yg selidik.itu bidang die.klo org alim pas komen ape2 btul je sume wlau bukan bidang die.klo umno nk komen hukum islam....dh tentu pembangkang ckp umono ni xtau islamla...xcukup agamala.tp dieorg duk putar belit bukan bidang sejarah die ...pas ckp btul jgk.mat sabu...mintak maaf bukan susah klo btul silap cam LGE psl johor.ni asyik melenting je...sebab diri rase hebat.pengikut2 ni...ape lg..bos yg btul..ikutla..

    ReplyDelete
  31. Bagus juga pendapat yang diberikan. Tapi yang penting sekarang kita kena cari siapa yang mula bawa British jadi penasehat, bendera Union Jack atau bendera Tanah Melayu yang digunakan semasa British jadi penasehat, bolehkan penentang Briish dianggap penentang Raja-Raja Melayu juga, bolehkan British dinaggap bersekongkol dengan Kominis semasa Jepun menjajah Tanah Melayu. Siapakah punya idea untuk mendapat Kemerdekaan dari British, sedangkan British bukan penjajah kita. Betulkah tindakan mereka mendapatkan Kemerdekaan Tanah Melayu yang tidak pernah dijajah oleh British. Apakah kita masih menerima perayaan hari Kemerdekaan yang diadakan setiap tahun ? Adakah kita mempunyai Bapa Kemerdekaan yang sebenar. Para Sejarawan patut membuat penilaan sedalam-dalamnya, supaya anak-anak cucu dapat membaca sejarah yang paling betul dan tidak boleh dipertikaian. Biar pahit manapun sejarah yang betul perlu diterima.

    ReplyDelete
  32. Buat apa buang duit tiap2 tahun menyambut hari merdeka.Betui2 Ameno ini da 54 tahun kerjanya asyik menipu dan mentedarah duit rakyat. Tinggalkan Ameno di PRU13. Enough is enough.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post