Mat Sabu fail saman hari ini

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Senator Ezam Mohd Nor menyertai pemimpin-pemimpin Umno menggesa agar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dikenakan tindakan tegas - kali ini digesa agar diusir keluar dan dilucutkan kerakyatan ekoran kenyataan berkenaan tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu (gambar) akan memfailkan kes saman ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.


Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan Mohamad akan memfailkan kes saman beliau.

Sebelum ini kerajaan berkata Mohamad tidak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebab tindakannya tidak mengancam keselamatan negara.

“Saya dimaklumkan beliau (Mohamad) akan memfailkan kes hari ini, setakat ini satu pihak sahaja... Utusan, beliau akan mengadakan sidang media selepas itu,” kata beliau lagi.

Penghujung minggu lalu, Mohamad berkata akan memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia berhubung satu berita berkenaan ceramahnya yang menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Tempoh 24 jam yang diberikan oleh Mohamad kepada akhbar milik Umno itu agar memohon maaf berakhir Jumaat lalu.

“Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekali gus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal,” kata beliau Sabtu lalu.

Katanya, masa telah diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan ‘Mat Sabu hina pejuang’ sudah berakhir dan saman akan bermula 12 September.

Serangan bertubi-tubi ke atas Mohamad masuk minggu ketiga sekarang.

Dalam kenyataannya, Ezam, bekas ketua sayap muda PKR mendakwa tiada tempat bagi orang yang menghina pengasas negara di mana-mana negara bertamadun.

“(Mohamad) Mat Sabu jelas melanggar garisan bagi seorang rakyat yang beradab dan bertamadun apabila menghina (Bapa Kemerdekaan) Tunku Abdul Rahman... tidak ada negara bertamadun akan kompromi dengan kebiadapan dan sifat tidak bertamadun ini.

“Rakyat Malaysia mesti diajar hidup secara bermaruah dan bertamadun. Justeru Mat Sabu mesti dihukum dan diusir keluar dari negara ini. Banyak negara komunis lain boleh jadi pilihannya,” katanya lagi.

Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Mohamad berhubung kenyataannya mendakwa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Beliau berkata kes Mohamad banyak berkisar kepada undang-undang dan oleh itu hanya Peguam Negara yang dapat menentukan bentuk tindakan terhadap beliau.

Hishammuddin bagaimanapun berkata kenyataan Mohamad tidak mengancam keselamatan negara dan oleh itu bukan satu opsyen untuk menyiasat beliau di bawah ISA.

The Malaysian Insider

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. cepat cepat le PenganutPAS tulis ayat2 power supaya mat sabu kena buang kerakyatan ke, kena isa ke, kena ape2 tindakan le ye. .

    lagi cepat lagi bagus coz bole cepat kao (PenganutPAS) dapat elaun, tak kalu anak bini kao (PenganutPAS) makan makanan babi tonyok air lioq basi je la

    ReplyDelete
  2. "Sedap bang?"
    "sedap ..mah'

    "bau burit mah melekat kat muka abang,..melekit macam sabun!"

    kehkehkeh!

    Shahibul Samaah Al fadhil Al ustaz as sheikh Muhammad Sabol Al khalwati.

    Pemimpin akhir zaman !!
    Petanda dunia nak kiamat !!

    ReplyDelete
  3. Aku setuju bila Ezam kata, "Rakyat Malaysia mesti diajar hidup secara bermaruah dan bertamadun." Lagi setuju bila Ezam sebut "... mesti dihukum dan diusir keluar dari negara ini."

    Orang yg tak bermaruah & tak bertamadun ialah orang yang makan harta rakyat, beri dan terima rasuah. Amalkan rogol, bunuh, samseng dan pelbagai jenayah, serta mereka2 yg bersekongkol, berkomplot & melepaskan penjenayah. Ini manusia yg tak bermaruah.

    Kita mesti ajar mereka yg haram jadah ini dan usir mereka dari bumi Malaysia.

    ReplyDelete
  4. samrisik,

    Macam Anwar dan Mat Sabu !

    ReplyDelete
  5. rakab,
    Kedai runcit kau ada jual burit ke?
    Jual sekeping atau timbang kilo?
    kah...kah...kah

    ReplyDelete
  6. Anon 7.57,

    Mana pulak kedai runcit ada jual burit....Kau nih minum kopi pun mabuk!!

    ishk,ishk,ishk

    good joke bro...

    ReplyDelete
  7. anon 7.57 tanya kau rakab bangang sebab kau gila burit!! heeee orang jual kopi dan kedai runcit tak memburit macam kau rakab..

    heeeee.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post