"Miss Bikini ": MB, Mufti Perak digesa perjelas bukannya Parpukari..

Zambry dan Harussani yang sepatutnya memberikan penjelasan bukannya Parpukari.

IPOH, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak menuntut penjelasan Menteri Besar Perak Zambry Kadir, dan Mufti berhubung penganjuran Pertandingan Full Moon Beach Party (FMBP) yang bakal diadakan di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti.

Program itu juga difahamkan turut akan mempertandingkan Miss Bikini Malaysia.

Setiausahanya, Salman Saleh berkata pihaknya terkejut apabila penganjuran itu turut diiklankan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan juga dipromosikan melalui laman sosial Facebook.


"Jesteru itu, kami menuntut penjelasan berikutan sudah tersebarnya hebahan pertandingan tersebut yang jelas amat memalukan.

"Kami juga amat kecewa kerana ianya diadakan di kawasan (Menteri Besar) Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang kini sebagai orang nombor satu negeri Perak dan memegang portfolio agama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya lagi, program pelancongan ini yang di bawah kendalian Datuk Hamidah Osman perlu peka dan sensitif terhadap perkara ini.

"Kami juga memohon Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri (Dr) Haji Harussani Zakaria agar memberikan nasihat kepada Kerajaan Negeri Perak di dalam isu ini," desaknya.

Beliau juga mahu program tidak bermoral tersebut dibatalkan dengan kadar segera.

Harakahdaily

Penjelasan atau fitnah oleh Parpukari sila baca di SINI

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hahahah..
    Jom kita ke Pangkor..
    From Perak with love...

    Zambry al-bikini mmg suka program2 mcm ni.. Harus sana-sini pun cempak kopiah la lepas nih.. Nak kritik tak boleh, recha je laa.. Istidraj namanya tu..

    ReplyDelete
  2. Zambry dah serbasalah nak perjelas macamana kerana tulisan si Parpukiri itu betul2 menyusahkan dia. Kalau dia menafikan tuduhan Parpukiri, blogger belaan Zambry tu, akan tamatlah riwayat Parpukiri tak boleh cari makan lagi dengan UMNO. Kalau dia pertahankan Parpukiri, pesta tu mesti dibatalkan dan penganjur kroni dia akan makan taik. Kalau dia berdiam, Mufti Perak akan berak atas kepala Zambry dan UMNO Perak. Apa pun Zambry buat atau tak buat, Nga-Ngeh dah boleh berura2 berapa juta nak saman malu.

    Pundek kata, inilah yang dikatakan The Mamak Dilemma yang mamak Zambry sekarang hadapi, semuanya kerana si mamak Parpukiri, blogger mamak upahan UMNO bergaji tinggi yang satu sen pun tak guna kepada UMNO lagi.

    Jangan main2 dengan qada dan kadar Allah SWT ye AKP!

    ReplyDelete
  3. jom pi ramai2 tal payah pi pantai patpong

    ReplyDelete
  4. Jom ramai-ramai kita 'serbu kesana'...

    ReplyDelete
  5. Dengar desas desus kak Hamidah pun nak join serta pakai bikini kategori Veteran.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post