MP BN dapat dana khas hingga RM2.5 juta dari Kerajaan Pusat?

Wakil rakyat Barisan Nasional dilaporkan telah disediakan dana wang tunai khas berjumlah sehingga RM2.5Juta oleh kerajaan pusat untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan prasarana secara langsung di bahagian Parlimen masing-masing.

Ini baru dana untuk aktiviti membeli jiwa rakyat... belum lagi duit poket untuk calon bagi menghadapi pilihanraya..

Itulah antara sebab utama ahli-ahli UMNO yang mempunyai jawatan berebut-rebut untuk menjadi calon bagi setiap pilihanraya, selain dana bagi membeli jiwa rakyat, duit poket yang disediakan untuk mereka menjadikan mereka jutawan segera..


Dulu.. masa PRK Permatang Pauh jumlah yang aku lihat tertera pada salinan cek yang di photostat yang dibayar oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri kepada calon menentang DSAI memang boleh membuatkan calon itu tidak perlu risau samada menang atau kalah.. pasal dah jadi jutawan..

Itu duit poket ya.. bukan dana untuk menggerakkan jentera pilihanraya, pencacai UMNO jangan kata duit poket itu adalah dana untuk menggerakkan jentera pilihanraya pula.. pasal aku tahu ramai pencacai UMNO tak tahu duit poket dan dana peruntukan pilihanyara ini dua perkara berbeza.

Kalau nak lebih jelas tentang perkara ini pencacai-pencacai UMNO boleh berjumpa dengan Ariff Shah YB Seberang Jaya, tanya dia sendiri berapa dia dapat masa PRK Permatang Pauh dulu.

Lagi satu... Dana RM2.5Juta yang disediakan oleh kerajaan pusat itu mengapa yang diperuntukkan kepada Ahli Parlimen dari BN sahaja, sedangkan Ahli Parlimen dari PR juga adalah sebahagian dari Kerajaan?

Jika untuk Ahli Parlimen BN saja, seharusnya yang digunakan ialah sumber dari BN sendiri bukannya sumber dari Kerajaan Pusat..


MP BN dapat dana khas hingga RM2.5 juta hadapi PRU-13
Oleh G Manimaran dan Boo Su-Lyn
September 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Sept ─ Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) disediakan dana wang tunai khas oleh kerajaan pusat untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan prasarana secara langsung di bahagian Parlimen masing-masing ─ ketika pilihan raya umum ke-13 semakin dekat sudah hangat diperkatakan.

BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008.

Akhbar harian Sin Chew Daily melaporkan bahawa peruntukan yang disediakan boleh mencecah sehingga RM2.5 juta bagi sesetengah bahagian.

Bagaimanapun tiada dana bagi kawasan yang dikategorikan sebagai “hitam”, di mana BN hilang kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.

Beberapa ahli Parlimen yang dihubungi mengesahkan mereka telah disediakan peruntukan khas, yang dibayar antara RM500,000 dan RM2.5 juta ─ bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi terbabit dimenangi BN ataupun sebaliknya.

Seorang wakil rakyat berkata, pembayaran sudah mula dikeluarkan sejak sebelum sambutan Aidilfitri dan akan terus dibayar secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

Mengambil kira perkembangan itu, The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya umum ke-13 dijangka akan berlangsung akhir suku pertama ataupun awal suku kedua tahun depan.

“Peruntukan ini membolehkan wakil rakyat mengadakan aktiviti mengikut keperluan kawasan dan pengundi masing-masing,” kata wakil rakyat itu sambil menambah, “malah ia memudahkan kami menjalankan aktiviti dengan cepat dan segera, yang menggembirakan pengundi.”

“Itu kelebihan. Pengundi dapat melihat permintaan mereka ditunaikan dengan segera. Mereka dapat respons positif,” kata sumber itu.

The Malaysian Insider difahamkan, jika seorang ahli Parlimen diperuntukkan RM2 juta, mereka sudah pun menerima peringkat pertama peruntukan sebanyak RM400,000 sebelum Aidilfitri. Difahamkan, mereka yang diperuntukan RM1 juta telah disalurkan RM250,000.

“Kawasan yang BN kalah pada pilihan raya umum lalu hanya disalurkan RM500,000. Kepimpinan BN telah mengadakan satu taklimat khas mengenai peruntukan ini pertengahan bulan lalu,” kata seorang lagi wakil rakyat.

Katanya, pada taklimat itu tujuan dan kaedah penyaluran dana telah diperjelaskan kepada ahli-ahli Parlimen BN.

“Bagaimanapun jika kawasan BN yang pengundinya melebihi 60,000 orang, misalnya, wakil rakyat akan dibayar lebih RM2 juta. Ini yang dijanjikan, mungkin RM2.5 juta dan sebagainya,” kata pemimpin itu lagi.

Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN Datuk Bung Mohtar Radin menafikan adanya peruntukan sedemikian.

“Tidak ada, tidak. Kami tidak menerima apa-apa peruntukan seperti ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dalam laporannya malam tadi, Sin Chew Daily menyebut BN mengklasifikasikan sesuatu bahagian seperti “hitam”, “kelabu” dan “putih” - di mana BN dan Pakatan Rakyat menguasai kerusi atau BN menang dengan majoriti kecil - akan menerima antara RM1 juta dan RM2 juta.

Peruntukan akan diagihkan mengikut kawasan “putih” di mana BN memegang kedua-dua kerusi persekutuan dan negeri.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa wakil-wakil BN di Selangor menerima peruntukan bulan lalu.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Adun Janauri lalu tetapi tidak kepada wakil rakyat BN.

The Malaysian Insider membawa laporan Julai lalu bahawa Putrajaya telah meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di PWTC.

Laporan itu menyebut dana itu dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir Ogos.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan ‘kubu’ pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar.

Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing.


The Malaysian Insider

26 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jahanam negaraku kian hampir andai
    puakx ini terus diberi mandat.

    ReplyDelete
  2. pas adakan solat hajat dan munajat untuk berdepan penipuan umno dalam pru 13.

    dana khas ini adalah senajata umno untuk berdepan solat hajat dan munajat pas.

    dana inilah, insya' Allah, penyebab kemusnahan umno pada pru 13 nanti.

    ReplyDelete
  3. Mana anak haram jadah penganutPas dan AKP?tak mahu berhujah dalam isu ini ke? isu tak boleh maka, senyap je. Celaka.

    ReplyDelete
  4. Rakyat membayar cukai untuk pembangunan dan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan. Jika hanya kerana kalah dalam pilihan raya rakyat di kawasan itu dinafikan pembangunan dan sebagainya, maka rakyat juga berhak untuk tidak membayar cukai pendapatan.

    Ini kah yang dilaung-laungkan "Pukimak 1malaysia"?

    ReplyDelete
  5. dana PRU13 10 bilion RM beb....

    ReplyDelete
  6. ramai jugak yang dok percaya cerita buatan ni yer . peruntukan pilihanraya untuk parlimen rm500k kalau pengundi 100k , baru rm5 sekepala . belanja catering pun tak lepas lagi tu . dah duit BN . suka hati BN lah nak bagi peruntukan berapa pun . tanya gak lah berapa PKR belanja untuk DUN IJOK dengan parlimen lembah pantai untuk PRU akan datang. Kalau dakwa tu duit kerajaan pusat , suruhlah Malaysian Insider tu buat laporan SPRM . kalau malaysia insider ada bukti dedahkan lah untuk pengetahuan antarabangsa , bawaklah keperingkat suruhanjaya hak asasi PBB . benda macam ni nenek sebelah rumah aku pun boleh dakwa . tapi seorang habuk pun cucu dia tak percaya !!!!! hahhahhahh

    ReplyDelete
  7. Bersuara juga anak haram jadah ni, Apa tak benarnya.. setiap PRK dilaksanakan sudah pasti ada projek pembangunan oleh kerajaan BN yang mendakwa duit mak bapak mereka. Berapa sangat ahli UMNO bayar yuran tahunan? RM100? RM1000? setakat RM100 setahun yuran ahli BN belum cukup untuk mendakwa projek pembangunan mak bapak kerajaan UMPORNO punya!

    kepala bapak penganutPas.. memang tak mahu mampus sejak kecik.. sapa kata boleh sesuka hati belanja duit rakyat?! mak bapak UMPORNO punya duit apa?!!

    Kepala bapak penganutpas! kao ingat SPRM nak siasat isu macam ni!! Berpuluh pendedahan kes salah guna kuasa didedahkan termasuk kes cincin rosmah, sampai sekarang tiada tindakan diambil oleh SPRM, nak lapor isu duit rasuah dan salah guna wang rakyat?! Kepala bapak engkau penganutPas!!

    anon 9.12am.

    ReplyDelete
  8. Bagi le berapa juta pun dok tak cukup
    bertahun.Tiada yang berubah lingkup lagi ada dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  9. nilah masalah pembangkang .... suka sangat salahkan orang lain . tak uat aduan kepada SPRM dengan alasan SPRM tak berani siasat. SPRM takut dengan PM . SPRM dkawal oleh orang UMNO . Tapi masalah pokoknya lupa . sengaja lupa . atau memang taktik untuk perbodohkan orang lain termasuk pengikut mereka sendiri. BUKTI . cakap jer tapi tak ada bukti lepas tu salah kan orang lain , macam tu ker nak memimpin negara adalah kasi lingkup .

    ReplyDelete
  10. Jahanam negaraku kian hampir andai
    puakx ini diberi mandat lagi!!

    ReplyDelete
  11. Jenis pkr memang suka memperbodohkan orang dengan mwmbawa cerita yang tak benar dan bohong. Lepas tu puak puak pas pula ambil berita tu sebagai benar jaja seluruh kampung, orang kampung kena tipu idup idup. Dripada mana sumber berita tu, kalau wakil rakyat bn pun nafi kan ada dana macam tu. Pas berubahlah kalau betul parti islam jangan jadi tali barut dap dan pkr.

    ReplyDelete
  12. Ini adalah jawapan pada rakyat semua bahawa setiap program2/bantuan pada rakyat dari UMNO/BN ada dana disalur dari BN pusat..tiada disembunyikan..yg musykilnye dari mana dana PR dapat untuk hadapi PRU13? atau PRU sebelum nie..sila jelaskan pada rakyat?jangan sembunyikan..rakyat nak tahu juga..

    ReplyDelete
  13. Hujah bangang dari Penganut PAS.. mana kao nak tahu yang laporan telah dibuat.. utusan meloya dan TV3 tak pernah keluarkan berita mengenai laporan dan aduan dari pembangkang kepada SPRM dan polis..
    bangang.. nak berhujah tak survey point.. Kao survey mana-mana blog dan laman web mengenai laporan kepada SPRM. telah lama wujud. siap dengan bukti sekali.. puak UMGOK dan macai macam hang mana nak kisah.. utusex dan TV3 suku hang punya 'kitab'

    Bangang point takdak nak berhujah!!

    ReplyDelete
  14. Pencacai UMPORNO hanya berani berhujah dalam isu kabur lagu ni.. lain-lain isu yang terkena muka sendiri, tidak berani berhujah.. malang.. setiap kali berhujah makin bodoh alasan dan kenyataan diberikan.

    ReplyDelete
  15. Anon 11.53

    Sila jelas, dari mana datang dana utk PR utk hadapi PRU/PRK akan datang atau yg lepas2? kalau hanya derma2 dari penyokong2..tak cukup bang ooii..

    ReplyDelete
  16. Akp bangang! AKP bangang! AKP bangang!

    ReplyDelete
  17. AKP
    hang ni kalau dah buta, maka buta segalanya, mata, hati dan buta perut.
    Sejak bila kempen PR sehebat UMporNO? UMporNO kempen buat kemah siap dengan blower lagi...malangnya kerusi kosong tak ada orang pi. PR buat kempen di tanah lapang, duduk atas tanah, walau hujan pun beribu orang hadir.
    UMporNO buat kempen bagi nasi free...tu pun orang tak mai....PR kempen, orang yg pi dengar kena beli nasi sendiri...tu pun ramai pi.
    Jadi apa yg hang dok merepek ni syaitan.

    ReplyDelete
  18. hujah aku tak der point ker ?? dia tak leh jawab kata aku tak der point . aku ulang balikN

    1. peruntukan tu duit BN . suka hati dialah nak bagi 1 juta ker 2 juta ker . kalau ada bukti BN ambik duit tu dari perbendaharaan ( kerajaan pusat ) sila lah lapor . paling kurang dedahkan lah kat media antarabangsa . biar seluruh dunia tahu .

    2. Berapa peruntukan pilihanraya DUN IJOK dan parlimen Lembah Pantai plak ??

    aku pun suka politik jugak tapi tak suka kena bohong dan diperbodohkan

    ReplyDelete
  19. hujah MEMANG tak der point sebab kau tak search laporan-laporan rasuah yang dibuat oleh PR.

    1. Peruntukan tu duit BN?. Banyak duit member UMNO? berapa sebulan diorang bayar yuran bulanan ya? Kenyataan nampak tak matang. Duit BN atau duit kerajaan (rakyat) yang digunakan? Dalam isu berat sebelah dan peyelewengan ini tak payah buat laporan polis/SPRM. Kenyataan dari Blog ASD ni dah boleh dijadikan 'bukti' untuk siasatan. Dalam Isu altantuya contohnya, pihak polis boleh menyiasat Raja Petra hanya kerana Statute of Declaration yang didedahkan oleh Blog UMNO, mengapa kes pembongkaran peyelewengan kerajaan oleh blog PR tidak dijadikan tindakan oleh Polis untuk lakukan siasatan?

    3.Tak didedahkan pada media antarabangsa penduduk seluruh dunia pun dah tahu . Apa tindakan polis dan SPRM boleh lakukan. Isu kapal selam yang kini diperingkat SIASAT oleh kerajaan Perancis, pihak polis dan SPRM buat bodoh aje. Tak dak tindakan susulan. Apa ke jadahnya nak buat hingga 10 kali laporan yang sama. Mana tindakan kerajaan. Buktikan dulu.

    2. Berapa peruntukan pilihanraya DUN IJOK dan parlimen Lembah Pantai?? Buat apa ditanya, kau buat laporan polis. Sudah pasti polis akan ambil tindakan paling segera terutama melibatkan pembangkang. :-)

    kau memang suka politik tapi tak beberapa cerdik bila nak berhujah.

    bawah aku bagi satu contoh laporan dan aduan dibuat kepada SPRM. tapi utusan malaysia dan TV3 tak keluarkan berita (itu sebab kau tak tahu):

    http://milosuam.blogspot.com/2011/08/cincin-rosmah-utusan-kantoi-bodohkan.html

    Jangan kau tak buka link ni.. Baca dulu sebelum berhujah bodoh.

    ReplyDelete
  20. AKP..

    kau nak tahu kau buat laporan polis.. bukan payah polis nak siasat. Cepat diaorang ambil tindakan sebab yang disiasat puak pembangkang. paling bagus kau edarkan laporan polis yang kau buat kepada semua blog pro kerajaan. Aku nak nengok juga..

    ReplyDelete
  21. laaa rupanya anon 9.41 obeses dengan isu cincin rosmah . mengaku cerdik tapi masih boleh percaya kepada snap shot sistem online kastam yang dibuat oleh kerani fowarding upahan kerabat raja petra kamarudin . mudah sangat rupanya penyokong pembangkang ni kena tipu . cicncin harga rm76 juta ahhahhah .sah anon ni penyokong kuat PKR sebab cara pemikiran sama dengan anuar shaari , bekas setpol anuar ibrahim

    ReplyDelete
  22. Penganutpas
    pasal apa hang ni buta perut sgt? dah berguni2 kertas lapurang dah PR dan juga rakyat awam lapurkan kat sprm dan polis tentang salah guna guit rakyat oleh pemimpin2 haramjadah umno...tapi tak ada tindakan sebab pemimpin umno ni suka pegang teloq depa. Jadi tolong jangan jadi BODOH dengan tanya solan macam ni.
    Satu lagi, hang ni jenis tak baca surat khabar antarabangsa...imej malaysia dah jatuh tahap africa pasal bab rasuah....kan hang baru dok belajar guna google...pi lah browse wall street journal.

    ReplyDelete
  23. lapurn sprm psl cincin tlh dibuat di pp.. sehingga skg sprm senyap je.. kalau tak de snap shot ke ..

    sehingga skg adakah sprm tlh memanggil pengadu utk mendpt maklumat?

    katak katak lompat di perak di tangkap dgn beg duit... apa jd?

    ReplyDelete
  24. baca lapuran duit tu bukan bn yg bg tp dr kjaan pusat.. duit dr daftar bio pati seramai 2 juta org..

    kau fikirlah sendiri mana harga kemerdekaan kau.. apa kalau duit bn maka kau biar dia org buat sesuka hati..

    kau kena pasti kan duit tu dibelanja utk pembangunan kws dan kpd rakyat.. patut lah anutpas ni kena kelentung je..

    2 juta tu bukan suruh bg pd individu dan bukan utk byr catering.. cara hujah kau ni pun dah menunjukkan kebaganggan kau.. kena buat projek utk dimenafaatkan oleh org ramai..

    oleh krn dah jd biasa tu sbb kau bg contoh ini .. pilihanraya untuk parlimen rm500k kalau pengundi 100k , baru rm5 sekepala . belanja catering pun tak lepas lagi tu

    ReplyDelete
  25. dan inilah satu sbb mengapa mp mp bee end tidak menyokong supaya sprm diletak dibawah parlimen..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post