Undi India: Ada pemimpin Pakatan akan Tumbang...

Mungkin ada penyokong Pakatan Rakyat tidak akan berpuas hati dengan pendapat Penganalisa Politik ini.

Bagi aku ianya adalah benar dan aku memang yakin ianya pasti berlaku tetapi analisa itu aku yakin belum lengkap dan menyeluruh..

Kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang masih tak sedar-sedar lagi tu teruskan mimpi ke Putrajaya anda!!

Jangan dengar kritikan dari akar umbi.. teruskanlah dengan anggapan bahawa mereka yang mengkritik itu hanyalah untuk menjahanamkan Parti bukannya membawa kebaikkan untuk Parti.


Anggaplah juga mereka yang mengkritik itu telah dibayar oleh UMNO untuk mengkritik demi kebaikkan Parti.

Dengarlah hanya dari pembodek-pembodek yang mencari makan dalam Parti kerana mereka tiada kepentingan peribadi kononnya...

Juga jangan dengar pendapat akar umbi tapi dengarlah dari pihak atasan dalam meletakkan calon tapi letaklah calon pilihan korang...


Undi India: Ada pemimpin Pakatan akan tumbang...

Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka tumbang sekiranya undi masyarakat India kembali memihak BN pada pilihan raya umum akan datang.

Mangsa hayunan politik pengundi India itu mungkin termasuk ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Dzulkefly Ahmad dari PAS yang memegang kerusi Kuala Selangor.

Turut dikatakan akan terjejas termasuk kerusi dewan undangan negeri yang dipegang oleh Menteri Besar selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ijok dan kerusi pengarah penerangan PKR Nik Nazmi Nik Ahmad di Seri Setia.

"BN mampu menang sehingga sembilan kerusi parlimen tambahan jika 30 peratus undi (masyarakat India) kembali kepada parti pemerintah," kata penganalisis politik, Ong Kian Ming di sebuah forum di Petaling Jaya hari ini.

Forum anjuran Persatuan Peniaga India Malaysia (MIBA) ini mengumpulkan ahli politik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, ahli akademik, masyarakat sivil dan ahli perniagaan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai 'pertempuran memenangi hati dan undi masyarakat India'.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri pula, menurut Ong (kanan), jika hayunan itu berlaku, tidak kurang 14 akan berjaya diramapas semula oleh BN.

Malaysiakini

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. India di kg buah pala mendapat pampasan rumah teres RM600 sebuah bagi satu keluarga bila tapak rumah mereka di ambil pemaju.. itu pun riuh satu dunia. BN kah fight utk depa? MIC boleh takat bising saja...tapi apa DAP buat dilupa dgn sekejap. Orang melayu kena halau dari kg dgn pampasan nak beli reban ayam pun tak lepas.
    Kalau di takdirkan PR kalah pasal orang india tak undi...so be it!

    ReplyDelete
  2. Asd,

    Itulah yang terjadi kepada PakLah dulu.
    Walaupun Tun Daim dah bagi amaran empat negeri akan jatuh ke tangan pakatan tapi respon dari PakLah pasif !

    Sekarang situasi yang sama berlaku kepada pakatan pulak.

    ReplyDelete
  3. rakab
    wow hebatnya Tun Daim. Boleh dia predict apa nak jadi kat hang tahun depan. kalau dia kata hang nak mapos... terpaksa lah hang percaya...sebab connection dia kaw punya.

    ReplyDelete
  4. Aku tak peduli pun samada BN memerintah balik atau PR yang kekal perintah Selangor. Yang pastinya kalau pun BN perintah Selangor balik bukan dari undi aku. Jangan harap UMNO/BN nak dapat undi dari aku.

    ReplyDelete
  5. ASD,
    aku setuju komen hang pasal sesetengah pemimpin PR terutama pkr dah jadi macam umno, buat pekak kat sentimen akar umbi, bakal terima padah.
    Tapi pasal undi kaum india ni, jawaban kenapa mereka beralih arah sekarang, berbalik kpd kenapa mereka tidak undi BN dulu. Masa tu mereka di hina oleh melayu, disisih dan di diskriminasi. Lantas mereka melihat kpd PR utk pembelaan. Malangnya permintaan mereka bukan setakat pembelaaan tapi jauh dari itu sehingga menghakis kedalam hak kaum lain... too much.On the other hand....
    Sekarang ni pun umno masih lihat kaum india sebagai hina, apa yg utuseks tak perli india? Tapi pasal kaum india ni unik,senang dicucuk hidung, di kawal oleh sekumpulan opportinist macam p kamalnathan yg digemukan oleh umno, maka mereka ikut semua kata dia.
    Namun pemuda2 india yg berpelajaran di bandar kebanyakannya anti BN.

    ReplyDelete
  6. Anon 2.13,

    Ramalan Tun Daim tu memang telah dibuat beliau sebelum PRU12.

    Akhbar pun ada siarkan statement tersebut.
    Malangnya kau tak cukup peka ....

    ....atau munkin kau masih budak lagi....!

    ReplyDelete
  7. Buat Anon 2:13pm.. ramalan Daim itu berdasarkan feedback dari akar umbi dan juga masyarakat..

    Itu dulu pada ketika hanya ada dua pihak yang menjalankan risikan buat UMNO..

    Itu dulu.. hanya dua pihak tapi kini sudah ada tiga pihak..

    Perkara ini.. ramai Ahli UMNO sendiri yang tak tahu..

    ReplyDelete
  8. Perkara ini.. ramai Ahli UMNO sendiri yang tak tahu..

    -----------------------------------
    Asd,

    Statement kau nih menarik laa...

    i like...

    ReplyDelete
  9. ramai ahli2 umno yg tak tahu tu termasuklah pecacai murahan macam rakab tu.

    ReplyDelete
  10. risikan terkini mengikut biometrik le tu. . india dari india, bangladesh, pakistan, nepal punya undi la tu smua BUKANNYA india dari malaysia la. . tu yg depa kata PR kalah x dpt undi "india". hehehe

    menanti tulisan PenganutPAS yang peno semangat le ni pulak. . iskhh mana le pegi pulak budak sekor ni. . dia pegi tukar nama kot, guna nama india le pulak. . PenganutINDIA. . silap ari bulan nama PenganutHINDU le pulak (ye la nk dpt elaun lebe banyak kot) hahaha hihihi huhuhu

    ReplyDelete
  11. anon 2:01 PM
    Kalau di takdirkan PR kalah pasal orang india tak undi...so be it! Aku setuju dgn statement ini ..

    mereka akan terus berada di tempat mrk semula ...

    kali terakhir masuk estate ..
    apa u mau kasi ???

    akhir nya setelah pry kecil jiran india aku kata dia org dapat periok nasi letrik atau tv beras dan beberapa imbuhan lagi ..


    maaf bukan semua india .. sb india yg ikut aku pun naik angin..

    ReplyDelete
  12. Terimalah hakikatnya...ooh PR!!

    Nak complain org buat keja lebih senang dari buat kerja...bila sendiri kena buat keja baru tahu susahnya nak buat keja..hi..hi..hebat lagi ada pasang impian nak pi putrajaya pulak...ingat filem hindi ke!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post