10 Laporan Polis terhadap Isa Samad oleh Peneroka.



KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis di sini semalam oleh ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan wakil peneroka terhadap Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.


Laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan bahawa Isa telah menyalahgunakan kuasa serta ‘merampas’ jawatan Pengerusi Permodalan Felda Berhad daripada pemegang jawatannya Datuk Dzulkifli Wahab, secara tidak sah semasa Dzulkifli berada di tanah suci Mekah menunaikan Umrah.

Mereka ditemani peguam Suhaimi Said yang juga Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Menurut Suhaimi, semasa ketiadaan Datuk Dzulkifli Wahab yang juga Pengarah Besar Felda, Isa telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 25 Ogos 2011 dan berbekalkan surat daripada Perdana Menteri, Isa telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF.

“Ini bertentangan dengan Undang-Undang di bawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) Akta 502, dan telah menyalahgunakan kuasa kerana mengangkat dirinya sendiri sebagai Pengerusi baru kepada KPF, mengambil alih jawatan yang disandang oleh Datuk Dzulkifli Wahab semasa beliau menunaikan Umrah di Mekah.

“KPF telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 dibawah Ordinan Koperasi 1948 bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda.

“Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni Felda untuk memberi peluang secara adil kepada warga Felda untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat Felda melalui KPF, juga merupakan suatu wawasan dan prihatin Felda untuk kemajuan warga Felda,” tambahnya seperti dilapor Harakahdaily.

Menurut Suhaimi, Isa Samad tidak layak memegang jawatan selaku Pengerusi KPF kerana beliau tidak layak menjadi ahli kepada KPF yang membuka keahliannya hanya kepada Peneroka Felda, anak peneroka atau kakitangan tetap Felda.

Tambahnya, kedudukan Isa hanyalah bertaraf kontrak justeru pelantikan beliau sebagai Pengerusi KPF adalah bertentangan dengan undang-undang koperasi dan menyalahgunakan kuasa dengan membuat perlantikan ke atas dirinya sendiri.

“KPF merupakan salah sebuah daripada 10 koperasi cemerlang yang menjadi contoh koperasi yang berjaya memberikan dividen yang tinggi atas kadar 15% setahun dan ini membuktikan bahawa KPF telah dikelolakan dan diselenggarakan dengan baik oleh Datuk Dzulkifli dan Ahli Lembaga Pengarahnya.

“Pengambilalihan jawatan Pengerusi dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang koperasi ini adalah pengkhianatan kepada KPF dan laporan dibuat supaya Isa disiasat kerana melanggar undang-undang dan menyalahgunakan kuasa,” ujarnya.

Tambah Suhaimi, laporan yang sama telah dibuat serentak di balai-balai polis utama di negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak.


http://www.keadilandaily.com/?p=21701

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Isa Samad peduli apa kalau sejuta saman pun dibuat oleh peneroka. Sebab dia tahu kekebalan yg dia ada dari tindakan undang2 dan mahkamah Malaysia. Kes rasuah dia dulu tu pun takat sabit dalam umNO je dan sekarag dia dah boleh genarate balik kekayaan.

    Kalau rogol budak bawah umur pun boleh lepas, ni kan pula kes Isa Samad ni. Bukan ke selama ini bos2 dalam umNO ada imuniti dari undang2 Malaysia.

    ReplyDelete
  2. tau tak pe pasal kekebalan depa ni ye
    hehehe

    ReplyDelete
  3. Ada yg nak kena 'paw'....
    Terlepas juga Isa nanti.. hiihi

    ReplyDelete
  4. Ini kes tak berkenaan dgn orang kafir. Jadi jangan salahkan orang kafir pulak ok! Bagitahu awal2 supaya orang2 macam rahab dan PenganutPAS tak ambil kesempatan ketuk orang kafir.

    ReplyDelete
  5. BILA BINI ROSMAH (NAJIB)CAKAP :
    "KITA TERIMA BAHAWA HUDUD ADALAH UNDANG UNDANG TUHAN... TETAPI IA MESTI BERPAKSI KEPADA REALITI..."

    CAM ALLAH CIPTAKAN ALAM NIE TAK IKUT REALITI ... CAM ALLAH BUAT HUKUM NIE TAK SESUAI BAGI PELBAGAI KAUM... CAM ALLAH NI KETINGGALAN ZAMAN... NAUZUBILLAHIMINZALIK......
    PAHAM TAK MAKSUD DIA...? KALU TAK PAHAM HANTUKKAN KEPALA TUAN TUAN DAN PUAN PUAN KE PINTU JAMBAN...
    .
    kesimpulan dan maknanya dari apa yg bini rosmah (najib)cakap ni le kan. . . ialah, bawa le ke mahkamah mana pun. . isa akan selamat la. .
    hahaha hihih huhuhu

    ReplyDelete
  6. kalau PUAK2 SETAN ni bleh buat gtu pd muslimin muslimat yg tgh UMRAH, bayangkan ape lagi yg PUAK2 SETAN ni berupaya buat, pd rakyat yg tgk BERIBADAH. silap ari bulan, kne tembak taim tgh SOLAT.

    tapi PUAK2 SETAN DAJAL ni takut ape ngan Hukum Allah.

    semoga ALLAH berikan hidayah, etc. atau dgn bahasa kasar, semoga dioang cpat MAMPOS!

    ReplyDelete
  7. Malaysia ini umno yang buat hampa tau apa klau x ada umno kita semua x boleh hidup mati kebuloq sapa halau British, Potugis, Jepun? Amerika pun minta nasihat Malaysia hampa x baca ka!!!! Habaq mai betoi x kah...kah...kah...kahhhhhhhh uhhhh...uhhhh tersedak pulak dak ni sagi demam balik la aku ni...

    ReplyDelete
  8. gelong...atau gelong jambam
    mulut sah bau longkang.malas nak tanya banyak2..kat macai anjing kurap busuk macam hang ni.tapi aku nak hang jawap satu soalan la .hidup,mati,rejeki,jodoh semua tu sapa yg bagi kat hang selama ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post