“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.
“Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk pengaruhi Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Siri Bicara Agung Panggung Dakwah - sepenuhnya sila baca di (SINI)
Kata Mufti Perlis Dr.Juanda Jaya pula jumlah besar yang selalu diuar-uarkan tidak masuk akal meskipun beliau tidak menolak kemungkinan ada kes murtad berlaku di kalangan masyarakat Islam.
“Tidak logik apabila orang tulis di Internet kononnya lebih 250,000 orang Islam di negara ini sudah murtad.
“Kalau ada, buktikan dan jangan beremosi. Setiap negeri ada enakmen yang mengawal dakyah agama lain daripada disebar kepada orang Islam, kenapa mereka ini tidak didakwa?” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Hmmm… Apa Harussani buat ni??
******************
Mufti Perlis: Tak logik orang dakwa lebih 250,000 Muslim sudah murtad
KUALA LUMPUR, 18 Okt — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertikai dakwaan bahawa kes murtad di negara ini semakin parah dan ramai yang sudah keluar Islam, sebagaimana ditimbulkan oleh sesetengah pihak.
Juanda berkata jumlah besar yang selalu diuar-uarkan tidak masuk akal meskipun beliau tidak menolak kemungkinan ada kes murtad berlaku di kalangan masyarakat Islam.
Jelas beliau (gambar), isu murtad tidak sepatutnya dihebohkan kerana ia menggugat sensitiviti umat Islam selain mencemarkan imej agama seolah-olah ia lemah dan tidak mampu menjaga penganutnya sendiri.
“Tidak logik apabila orang tulis di Internet kononnya lebih 250,000 orang Islam di negara ini sudah murtad.
“Kalau ada, buktikan dan jangan beremosi. Setiap negeri ada enakmen yang mengawal dakyah agama lain daripada disebar kepada orang Islam, kenapa mereka ini tidak didakwa?” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Pandangan itu diketengahkan ketika beberapa pihak menggesa agar kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi mencegah kes murtad.
Pagi tadi, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa Himpunan Sejuta Umat (Himpun), yang akan diadakan Sabtu ini, yang antara lain bermatlamat mahu menyatukan umat Islam bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad, akan mengeluarkan deklarasi menggesa kerajaan menggubal satu undang-undang khusus bagi mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim.
Gesaan ke arah itu merupakan salah satu kandungan dalam deklarasi yang akan diputuskan di akhir perhimpunan, kata Setiausaha Sekretariat Himpun Aminuddin Yahaya kepada The Malaysian Insider.
Kandungan deklarasi mirip pandangan dikemukakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria minggu lalu. Beliau mencadangkan agar pihak berkuasa agama supaya segera mewujudkan akta bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Harussani, ini kerana golongan yang cuba menyesatkan orang Islam tidak pernah berhenti berbuat demikian sejak dari dahulu lagi.
Harussani, yang dijangka akan turut berucap pada perhimpunan, akta murtad perlu diwujudkan segera kerana gejala itu seperti virus terhadap bangsa Melayu Islam.
Meskipun belum ada angka rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai kes murtad, pada tahun 2008 Harussani dilaporkan berkata terdapat 260,000 orang Melayu sudah dikristiankan di negara ini dan bilangan itu dikhuatiri bertambah saban tahun.
Dalam satu kenyataan semalam, Islamic Renaissance Front (IRF) berkata tiada perangkaan tepat mengenai kes murtad dan bimbang Himpunan Sejuta Umat akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam.
The Malaysian Insider
aikhh harussani ckp lebe 230,000 umat islam murtad
ReplyDeletetpi
ahli umno lebe 3,000,000
.
ke kiraan harussani silap kot
.
entah le coz hanya Allah yg tau
.
moga kita tidak tergolong dlm lubok murtad ni da le ye..
mohon Allah tunjukkan kita jalan yg lurus lagi benar
dan
moga Allah bri taufiq dan hidayah kpd kita smua. .
Nyanyuk dah...
ReplyDeletemacam2 mufti sorang ni...
makan duit haram juga ke?
kah...kah...kah...
Undang-undang murtad untuk halang kapir murtadkan orang Islam. Lemah sangat ke orang Islam? Atau orang Islam yang kuat, kaya dan berkuasa sendiri yang sebenarnya GAGAL membela orang Islam yang miskin dan lemah sehingga orang kapir boleh guna duit dan beri bantuan dengan syarat keluar dari agama Islam?
ReplyDeleteSetahu saya, dalam hukum Islam, orang Islam yang murtad tu yang dihukum pancung, bukannya buat undang-undang nak sekat pihak lain pulak dari murtadkan orang Islam!
Yang murtad secara rasmi yg dah hantar borang permohonan mungkin tak ramai sangat. tapi yang dah murtad tak rasmi, yg hidup cara org kristien ada di mana2 sahaja hatta pemimpin2 kita pun. yg sambut birthday di kelab malam dan dengan aturcara seperti kristian memang dah berlaku sejak lama dulu.
ReplyDeleteMereka lebih cenderung kepada kristian kerana tak payah susah2 nak solat 5 waktu, puasa dan bayar zakat. jumaat pun tak payah pegi. sebab mereka memang dah jauh dari surau atau masjid.
ramai yg murtad masih menyembunyikan status mereka. yg berani je yg memohon status agama dlm IC ditukarkan.
pd mufti perlis yg dihormati.jika anda hanya menyanggah apa yg mufti harussani hanya melalui lisan dan ikut akal pemikiran logik tanpa membuat siatan.apa guna anda duduk di atas singgahsana tu.anda mempunyai kuasa dan pengaruh untuk memmulakan siasatan sekurang2nya di negeri jajahan pihak tuan.tuan boleh lakukan.dan saya percaya mufti harussani mengeluarkan penyataan sebanyak 250k lbh dah keluar dari islam berdasarkan apa yg beliau pelajari,kajian dan siasatan yg beliau lakukan.sekurang2nya persatuan ulama atau mufti2 seluruh negeri membuat mesyuarat tergempar untuk membincangkan perkara ini.jika benar atau tidak..lakukan siasatan dahulu sblm mengeluarkan ayat spastik macam tu.apapun ini teguran dari rakyat kebanyakan yg dahagakan islam berberkembang.
ReplyDeleteapapun maaf dihulur jika saya terkasar bahasa.
wassalam
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!