Ananda Krishnan dituduh Rasuah di India?

NEW DELHI, 10 Okt — Pihak berkuasa India memfailkan kes terhadap tokoh perniagaan Malaysia T Ananda Krishnan dan ketua eksekutif kepercayaannya Ralph Marshall bersama seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu dan adiknya berhubung tuduhan konspirasi jenayah membabitkan urusan telekomunikasi Maxis dan Aircel.

Agensi berita Press Trust of India berkata tiga tiga syarikat termasuk Maxis telah disenaraikan dalam kes itu.

Dua syarikat lain ialah Aspro dan Sun TV dari India.


Bekas menteri India itu ialah Dayanidhi Maran dan adiknya bernama Kalanidhi.

Press Trust of India berkata Biro Siasatan Pusat (CBI) mengadakan serbuan ke atas premis kedua-dua beradik di Delhi dan Chennai.

“CBI telah memfaikan kes ke atas adik-beradik Maran, Ralph Marshall dan T Ananda Krishnan dan tiga syarikat di bawah Seksyen 120b Kanun Keseksaan India yang dibaca bersama Seksyen 13(2) dan Seksyen 13 (1)(d) dan juga Seksyen 7 dan 12 Akta Pencegahan Rasuah.

“Kes ini didaftarkan pada 9 Oktober. Serbuan diadakan di New Delhi dan Chennai,” kata jurucakap CBI Dharini Mishra hari ini.

Bekas ketua Aircel C Sivasankaran mendakwa bahawa Dayanidhi Maran ketika menjadi menteri telah bertindak memihak kepada Kumpulan Maxis dalam pengambilalihan syarikat itu dan sebagai ganjaran pelaburan dibuat oleh syarikat itu menerusi rangkaian Astro di Sun TV dimiliki oleh keluarga Maran.

CBI berkata selepas Aircel dijual kepada Maxis pelaburan dibuat oleh firma Malaysia ke dalam bisnes keluarga Maran.

Dalam pada itu jurucakap Maxis ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya sedar tentang perkembangan tersebut.

“Kami sedar mengenainya dan kami akan menghubungi anda kemudian,” kata pegawai komunikasi itu lagi.

Kumpulan Aircel merupakan rakan kongsi antara Maxis Communications Berhad dan Sindya Securities & Investments Private Limited dari India, yang mempunyai liputan perkhidmatan terbesar di negeri selatan Tamil Nadu.


The Malaysian Insider

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Rasuah2 nie tak elok..kang yang kaya jadi muflis...

    [Klik Sini] Soalan Yang Perlu Perempuan Jawab
    [Klik Sini] Seni Bayang Kreatif

    ReplyDelete
  2. Peduli ler apa nak jadi pada Ananda tu..

    Dia pun dah lama kayaraya...

    ReplyDelete
  3. rakab oh rakab

    ini lah tahap pikiran ko..

    tahu tak lepas ni lawatan resmi (30 org), ekonomi dua hala, projek it (konsultan dr India) dan pekerja asing dr india... ini semua ingat duit ananda ke..

    bekas ketua MIC pulak tu yg jaga politik Msia - India....

    ReplyDelete
  4. rakab - Ko kena tahu macam mana dia kaya raya dengan cepat. Ok aku tak nafikan sebahagiannya adalah usaha gigih dia tp ko tahu tak berkenaan menara kembar petronas dan bgn maxis sebelahnya? Sebahagian besar kekayaan dia adalah daripada pemilikan tanah bekas track lumba kuda di situ. Dia dengan PM mamak kawtim baik, komplot tukar milik tanah disitu kemudian dijual kepada petronas dgn harga melampau. Dgn moto matlamat menghalalkan cara, petronas (dgn PM mamak sbg penasihat hingga sekarang)beli dan buat menara kembar terhebat masa tu. Sebelahnya menara maxis syarikat kepunyaan ananda. Dan jgn lupa Astro juga milik ananda, dan tak hairan kah anda kenapa tiada satu pun syarikat lain dapat bersaing dgn Astro? Itulah monopoli dan sbb tu sewenang-wenangnya harga dinaikan dan siap ada tax lagi tanpa boleh buat sebarang bantahan atau cadangan melainkan cancel astro. Tp nak layan tv3 suku dan rtm mahu termuntah darah aku.

    ReplyDelete
  5. Non 9.45,

    Apa kena-mengena dengan masalah Ananda kat India dengan kita di sini ??
    Dia jual beli saham syarikat yang melibatkan maxis dengan syarikat telekomunikasi di India....tak ada kena-mengena dengan kepentingan negara pun!
    Itu kes rasuah dia di sana..jadi dia punya pasal ler..

    ReplyDelete
  6. maksud anon 9:45 am cara dia dpt kan tanah tu sama lah dgn cara dia buat kat india..

    tu pun susah nak faham...

    ko kata tak de kena mengena kepentingan negara.. tu sb lepas ni konsultan it dr india akan melambak kat msia.. projek kat sini pun akan kita berkongsi dgn kjaan india..

    ReplyDelete
  7. anon 9:45 am

    menurut berita hr ini.. kjaan india mtk rakyat mrk dibayar gaji rm 800.

    mungkin tak dpt rm800 ... tp naik rm 100-150 pun dah kira cukup.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post