Asalkan bukan UMNO....

Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadiri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir.

Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu.


Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah.

Ramai dari rakan-rakan yang saya temui beberapa hari sebelum perhimpunan itu diadakan meramalkan yang kedatangan dan sambutan terhadap perhimpunan itu adalah rendah. Masing-masing memberi sebab masing-masing dengan andaian masing-masing.

Tetapi yang pasti himpunan 1 juta umat itu adalah perhimpunan yang dipengaruhi oleh politik dan di sabitkan pula dengan penglibatan parti-parti dalam BN walaupun penganjurnya adalah di atas nama NGO. PAS dan parti-parti lain memang tidak terlibat dengan perhimpunan itu. Yang mampu membawa keluar ramai umat ialah parti-parti dari PR dan tidak ada mana-mana perhimpunan anjuran BN atau kumpulan yang bersimpati dengan BN itu berjaya mengumpulkan umat yang ramai.

Isu tuduhan BN terhadapa kristian yang berusaha memurtadkan orang Islam itu (jika benar pun) tidak mungkin boleh di selesaikan dengan perhimpunan seperti itu. Jika kita sayangkan agama kita orang Islam mesti di hormati dan untuk mendapatkan penghormatan itu hanyalah dengan menunjukan kita sebagai seorang Islam yang baik lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin yang beragama Islam.

Menjadi pemimpin bukannya satu kerja mudah. Pemimpin mesti menunjukan kewibawaan yang tinggi dan jika di pandang dari sudut keagamaan pemimpin-pemimpin kita harus menunjukan yang mereka betul-betul menghormati dan menjunjung agama kita dengan tahap yang sewajarnya.

Kita terlalu obses bercakap pasal Islam tetapi rakyat nampak jelas pemimpin kerajaan sendiri melanggar Islam dengan tidak merasa malu dan silu. Melakukan rasuah adalah bertentangan dengan Islam dan Islam menyamakan perasuah itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Bagaimana sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai modal politik sedangkan apa-apa yang dilakukan itu semuanya bertentangan dengan kehendak Islam.

Dalam lapuran Ketua Audit negara yang baru dikeluarkan itu nampak jelas tidak ada Islamnya lagi. Barang yang berharga RM 400 dibeli oleh jabatan-jabatan yang terlibat dengan harga lebih dari seribu ringgit.

Pembelian alat keperluan angkatan tentera yang Def Tech boleh bekalkan dengan harga RM450 juta dibekalkan dengan harga lebih dari RM5 billion. Dimana Islamnya dan dimana amanahnya sebagai pemimpin yang beragama Islam. Apa semuanya ini?

Apabila rakyat yang terdesak pergi meminta bantuan dari pihak gereja walaupun tidak ada bukti mereka dimurtadkan maka semua mereka (kerajaan) mempolitikannya dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pula.

Rakyat ramai yang terdesak kehidupannya tetapi mereka mendengar pemimpin-pemimpin melakukan kerja yang menyakitkan hati mereka. Mereka mendengar isteri-isteri pemimpin melalui TV memakai emas berlian berkarat-karat beratnya. Tas tangan kepunyaan setengah isteri- isteri pemimpin kita berharga ratusan ribu ringgit bagi satu beg tangan itu.

Kalau dikaji latar belakangnya bukannya datang dari keluarga yang kaya-raya pun. Mereka semuanya datang dari taraf sosial yang tidak jauh bezanya dengan kita semua ini. Sikap menunjuk-nunjuk ini selalunya dilakukan oleh mereka yang berlatar belakangkan mereka yang baru jumpa ‘dunia’. Mereka tidak senang hidup jika orang ramai tidak tahu yang mereka sekarang adalah isteri pemimpin yang kaya raya.

Orang tua-tua dahulu ada berkata, ‘kalau orang berdarah raja itu jika menjadi tukang sapu sampah atau jadi tukang cat sekali pun, ia tetap raja, tetapi jika si sengkek diletakan mahkota di kepala mereka sekali pun, mereka tetap sengkek’.

Rakyat yang terdesak kehidupan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan ‘one-off payment’ sebanyak RM 500 yang diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kalau pemimpin kita tidak cukup dengan gaji yang besar sehingga melakukan rasuah bagaimana rakyat hendak hidup dengan bantuan RM500 itu? RM500 itu sebenarnya tidak cukup pun untuk membiayai makanan kucing orang-orang kaya dalam kerajaan pada hari ini.

Rungutan ini memang sudah lama tetapi keadaan masih tidak nampak akan berubah. Jika rakyat mengambil keputusan untuk mencari penyelesaian dengan mencuba memberikan mandate kepada parti-parti lain untuk mentadbir negara itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh disalahkan. Ini negara demokrasi bukan?

Lagi pun tidak ada dosa atau kesalahan untuk sesiapa memberikan sokongan kepada pihak lain jika mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan yang telah diberikan mandat selama lebih dari 5 dekad ini. Kuasa itu adalah kuasa rakyat bukannya kuasa mereka yang sedang memerintah itu.

Ibrahim Ali semasa ucapan penutup perwakilan Perkasa baru-baru ini telah bertanya, dimanakah perginya orang-orang Melayu dan Islam kerana tidak memberikan sambutan kepada himpunan 1 juta umat itu walaupun tujuannya ialah untuk perjuangan Islam dalam mempertahankan orang Islam dari dipengaruhi oleh kristian dengan tujuan memurtadkan orang-orang yang beragama Islam.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI

22 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kamu PR jangan harap dpt duduk putrajaya. kami sudah sedia dgn pengundi2 bangla dan indon. pasti kali ini selangor, kelantan, kedah & p.pinang tumpas oleh umno! x percaya? kakaka...

    ReplyDelete
  2. Bila kita nak bercakap dan berazam untuk mempertahankan akidah umat islam disifatkan sebagai rasis .

    Bila nak berkumpul dan berdemo dijalanraya yang mengganggu orang ramai berurusan dikuala lumpur dianggap sebagai hak asasi dan demokrasi. Walaupun diketahui pemimpin demo tu seorang Hindu yang menyokong tindakan murtad. Waaupun diketahui sumber kewangan untuk menggerakkan demo tu datangnya dari Yayasan Kristian Antarabangsa . Inilah politik alaf baru , Islam Liberal.

    Meh nak cerita pasal Laporan Audit 2010 Penang . Akaun Amanah Pengurusan Sokongan Keluarga Kehakiman Syariah Pada tahun 2010, baki akaun ini adalah sejumlah RM0.10 juta dengan terimaan dan bayaran yang masing-masing berjumlah RM0.20 juta dan RM0.10 juta. muka surat 24 terimaan sama banyak dengan duit rasuah tutup mulut rm200,000. .........hhoooohoooohoooo

    Pada mukasurat 37 : Sebanyak 74 projek atau 0.8% lagi masih belum dimulakan atau ditangguhkan. Projek-projek tersebut ialah :
    6 PROJEK PEMBESARAN MASJID DAN
    SEKOLAH AGAMA,
    3 PROJEK TAPAK PERKUBURAN ISLAM,
    6 PROJEK PERUMAHAN MURAH,
    3 projek Penyiasatan untuk
    Pembangunan Ekonomi Pulau Pinang 2 projek MEMBINA MAHKAMAH SYARIAH, 1 projek Pembangunan Sukan,
    1 projek Pembangunan K-ICT dan
    1 projek Bekalan Air .

    Kalau aku kata DAP ni anti-islam nanti keldai-keldai Pakatan Haram melenting . Tapi tengoklah laporan audit diatas dan nilailah sendiri.

    Tu belum cerita bab Kumpulanwang Amanah Kebajikan Negeri !!!!

    ReplyDelete
  3. pr ni hanya pandai berkata2 jer, bagi 2 negeri perintah, hancur. kalu dapat malaysia, alamat kena jual lah negara ini, mintak jauh, jgn lah diperintah oleh puak2 pr ni.

    ReplyDelete
  4. PP berhujah pandang lebarnyaaa.. tapi isi macam taik.. heeee..

    Pasal demo untuk keadilan dikatakan menyokong ambiga.. berbuih2 orang dok explain pasal tujuan BERSIH diadakan, tetapi dok spin pasal hindu dan yang menyokong murtad.. Jika bukan ambiga.. BERSIH tetap diadakan juga..

    Pasal Projek, sebelum menasihati PR.. tengok bontot pemimpin hang dulu yang berlumur dengan 'najis' kronisme, rasuah dan nepotism.. lagi hancur dari PR tetapi orang melayu bangang macam hang dok juga menyokong..

    heeee. apa2 ajelah PP and rakab.. semua tahu hangpa berdua berhujah memang bangang..!

    ReplyDelete
  5. Anon 11.04

    Aku berhujah berdasarkan kepada Laporan Audit Penang 2010 pada mukasurat 37 .

    Aku cerita pasal 3 PROJEK TANAH PERKUBURAN ISLAM yang belum dimulakan. Ko ingat berapa kos nak buat tanah kubur Islam ni ??? Tak sampai pun RM500 . Cukup sekadar satu papan tanda Warta Kubur dan sekeping surat gazetkan tanah kubur!!!

    Kau patut tanya kenapa DAP masih tak nak gazetkan kubur Islam tu . Walhal lot tanah dan sedia . Cuma nak tunggu tandatangan jer . Pasal DAP ni Anti-Islam . Orang Islam jer terhegeh hegeh dok puja DAP ni. Cina tu sikit pun tak heran pasal kebajikan orang Islam Penang.

    Aku bimbang nanti bila time muslim dan muslimat Penang termasuk ASD dan sahabat sekutu DAP nya meninggal , terpaksa menumpang diatas kubur orang lain !!!!!

    ReplyDelete
  6. anon pkr 8.40PM menyamar nama aku lagi!.....nama dia sendiri dah tak laku.....heheheheeeee

    tak laku macam parti pkr jugak...

    ReplyDelete
  7. PPas
    Projek tanah perkuburan islam tu cerita lama..hang pun tahu sebabnya tapi buat2 tak tahu...orang munafiq memang macam ni.
    Sebelum umno hancur pada 2008, selama 50 tahun kononnya berkuasa kenapa umnooo tak settle masalah tu...sebab complicated kan? kalau selidik lagi...hanga kan dapati ini semua berpunca daripada sikap tamak haloba pemimpin umnooo haramjadah.

    ReplyDelete
  8. pPas
    hang dapat cari hanya 74 projek tertangguh!! is that all you can find??
    Tolong hitung pula berapa projek persekutuan yg tertangguh dalam 800 mukasurat tu??? takut??
    Kenapa hanya pilih projek2 berkaitan orang islam saja...sedangkan banyak lagi projek2 komuniti yg juga tertangguh...nak cetus masalah antara kaum lagi??? jahat sungguh si munafiq ni!
    sesetengah projek tu di cadangkan sejak BN lagi, tapi oleh kerana hutang BN bertimbun, terpaksalah disemak semula ikut kemampuan, najib bini rosmah pun buat macam tu, tapi hang tak pulak menyalak macam anjing gila.
    Pasal apa tak baca sekali, tentang kerajaan PR kurangkan beban hutang, baru lah hang tahu mana pi duit tu. Setelah pemimpin2 gelojo umno perabis duit rakyat semasa depa berkuasa, hutang bertimbun.

    ReplyDelete
  9. perompak lawan penyamun...elok lah tu..

    ReplyDelete
  10. anon 7.34 dan anon 7.42 ini adalah laporan audit 2010 . Faham tak pasal laporan audit . Bagi tahun diaudit 2010 . Kau cakap pasal 5 6 puluh tahun yang lepas tu , kau sekolah kat mana ????

    Sekali lagi aku ulang . Ini laporan audit lah lembam !!!!!. Ni bukan Belanjawan atau Pelan Pembangunan . Ni soal perlaksanaan dengan duit dalam tangan . Nak buat ker tak nak buat . Nak belanja ker tak nak belanja , berapa banyak nak belanja . Memang keldai sungguh lah kalau benda macam ni pun tak tahu.

    Lot tanah dah ada , peruntukkan dah ada tahun 2010. Tapi masalahnya Ketua Menteri tak nak buat. Exco pendek tu pun tak nak desak . Ni lah ciri-ciri sikap Anti-Islam . Tanah kubur soal masa depan generasi muslim Penang. Korang seronok dok sokong cina komunis tu sebab benci kepada pihak lain , anak cucu korang tak der tempat nak dikebumikan.!!!!!

    ReplyDelete
  11. Korang bacalah sendiri Laporan Audit Penang 2010 ni.

    Keldai keldai Pakatan Haram ni memang hebat . Pasal dalam dunia , puak puak ni jer yang tahu menulis tapi tak tahu membaca.

    Cuba korang carik jadual 4.42 . Konon bayar hutang . BOHONG DAN DUSTA . Hutang RM680 juta . Makin bertambah . Baki tunai dibank RM1.5juta . Pelaburan WangAmanah Kebajikan Negeri dah tinggal KOSONG ( RM0 juta ). Belakang mengaku Penang hebat ditadbir cina komunis .

    Elehhh berhujah konon kerajaan Pakatan Haram ni hebat bab settle hutang . Bacalah sendiri laporan tu sebelum berhujah . Ko tu kena tipu bulat bulat dengan media pakatan jer.

    Doktrin Pakatan Haram , MEDIA ITU BEBAS sekiranya selalu menghentam , mengkritik dan mengutuk kerajaan. Soal sumber maklumat TAK PENTING.

    ReplyDelete
  12. Kalau BERSIH kita blh pegi, HIMPUN pn jugak patut disokong..x kira la sape yg anjur..yg penting objektif die utk selamat aqidah umat Islam..agenda Islam..BERSIH pulak ape agendanya???siapa disebaliknye???anda fikir sdri...sekadar pandangan yg x seberapa

    ReplyDelete
  13. ..


    dah org tak nak sokong himpun .. kenapa nak salahkan org yg tak datang.. ni lah kerja org melayu haprak... letak kan kegagalan pada bahu sendiri laa .. mesti ada sbb org tak nak datang.. salah satu je sb ada berbau minyak busuk umngok ! yg lain lain kena lah cari apa sbb nya..

    kalau dah org tak datang kenapa tak ckp atau mengesahkan aqidah org islam dah lemah ??

    ReplyDelete
  14. ..

    aku tak heran kalau negeri negeri pakatan ini berhutang..

    sb nya ialah kjaan pakatan tak dapat bantuan dan peruntukan penuh dr pusat.

    yg hairan ialah kjaan bee end dpt peruntukan lebih pun masih berhutang.

    Sekali lagi media bebas bukan surat kabar saje tp media TV ngok!

    ReplyDelete
  15. ..


    kalau lot tanah kubur dah ada tp hutang semasa bee end/gerakan bukan sikit sikit.. nak buat dgn apa? dgn air liur??

    duit kena bayar hutang yg dibuat oleh bee end dulu..

    diantara org yg dah mati dgn org yg masih hidup dan semakin bertambah... yg mana perlu difikirkan kepentingannya? kalau di fikirkan lot tanah di jdkan flat utk org melayu bagaimana? perkara ini perlu difikirkan betul betul.. tak leh nak terburu buru...

    lain lah umngok.. pelan pembangunan tak fikir jangka panjang..

    ReplyDelete
  16. hahahahh ... dalam lembam pun ada pick up jugak .

    itulah tujuan dia lot Tanah Perkuburan Islam tu tidak dilaksanakan dan ditegur dalam laporan audit . Sebabnya dah ada orang booking . Nak rembat lot tanah kubur tu untuk projek perumahan .

    Kalau Kampung Buah Pala tu tanah penduduk India yang dirampas kerajaan negeri khabarnya telah dikurniakan kepada kroni DAP dan PKR, M. Santha, ialah pembantu khas yb adun Batu Uban PKR, S. Raveen Tharan, dan seorang lagi yang dapat R. Karunakaran, 65, iaiah pembantu khas kepada Adun Batu Lanchang DAP Danny Law Heng Kiang.

    Penduduk asal dapat rumah teres 2 tingkat kecoh bagai nak tenggelam Penang . Yang 2 ekor proksi ni apahal dapat tanah plak ??? Lumayan ooo tak taulah seekor proksi ni dapat berapa pintu rumah teres 2 tingkat dan berapa pintu plak apartment dapat .

    Melayu PKR dan PAS yang dok jadi keldai kerajaan Pakatan Haram Penang dapat apa ???? melayu PKR dapat coli jer kot . yang melayu PAS dapat habuk jer ...

    ReplyDelete
  17. PP hang tak payah buat cerita la pasai kerajaan PR ni beruk PP oiii.PULAU PINANG tu bepuluh tahun dok dalam tangan HANGPA apa yang hangpa buat,tot,tot boleh jatuh ketangan PARTI yang hangpa dok kutuk,maknanya dah paling teruk la tuuu.lebih2 lagi puak kera beruk AMNOPORNO Tu lagi tak laku,lepaih ni hang menyalak la puaih2,melayu PKR DAN PAS takkan tolong hang dah.

    ReplyDelete
  18. Salam Tuan ASD, saya ingin mengesyorkan agar tuan dapat meletakkan foto kepunyaan Rakab, PenganutPas dan seangkatan dengannya yang selalu memberi komen di sini supaya rakyat Malaysia boleh mengenali mereka tidak kira di mana mereka berada. Terima kasih

    ReplyDelete
  19. non 4.51,

    Aaiii,..terdesak nampak !!

    strategi orang sesak nafas nih..

    heheheheeee...

    non 4.51 BANGANG !!

    ReplyDelete
  20. Tolong! tolong! tolong ler ASD!..jangan letak foto aku kat blog engkau ni...

    nanti ramai pulak puteri Umno yang datang cari aku kat rumah !!

    maklum ler, orang handsome...

    kehkehkehkeHkEHKEH....

    ReplyDelete
  21. pPas lani dah gila pasal blog asd ni dapat sambutan hangat. mana ada orang baca fitnah umnoo lani, dok buat kertas jamban ada lah.
    umno ni memang sesuai bagi munafiq macam pPas ni.

    ReplyDelete
  22. komen kau pPAS 2:29 pm komen kepala kartun

    kalau lah betul kg buah pala di kurniakna pd kroni DAP, apa yg umngok PP buat? Kalau duit rm100 boleh pulak sampai berdemo knape yg tanah ni umngok sorok kan.

    Tender Bendera rm2 ribu sampai panggil SPRM ... boleh.

    Tom.. Tom.. dah lah dgn tikus pun kau kena bodoh bodoh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post