' Awie sertai UMNO?'.. Nasihat dari seorang Abang buat Blogger Pro PR..



Ini adalah nasihat atau teguran dari seorang 'Orang Lama' yang boleh dianggap sebagai Abang buat kebanyakkan Blogger ataupun Facebooker yang menyokong Pakatan Rakyat dalam isu 'Awie sertai UMNO?' yang kelihatan overkill..


Rockers dan Pakatan Rakyat

Oleh: MSK

Dua minggu sudah aku baca tulisan Zulkifli Yahya dalam Kedahlanie tentang kesilapan yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR. Setuju 100%. Zulkifli bercakap tentang FB, tapi kalau dipantau tulisan-tulisan dalam blog dan komen-komen juga serupa.

Sejujurnya, aku katakan bahawa penyokong Pakatan lebih brutal dari penyokong BN. Penyokong BN memang terkenal dengan porno tapi penyokong PR juga tidak akan melepaskan peluang bila ada. Pantang ada skandal maksiat…terus jadi headline. Tak kira la kalau skandal itu melibatkan Menteri atau JKKK.

Kalau nak katakan penyokong Umno tak tau hukum agama…tu pasai depa capui macam tu..aku boleh setuju. Tapi kalau penyokong PR yang dikatakan beragama, bermaruah juga buat macam penyokong Umno…yang tu aku kata lebih brutal.

Bila aku keluar dari PKR…macam-macam kutukan yang aku dapat. Seolah-olah keluar PKR tu macam keluar Islam. Keluar dari Umno dianggap hero…keluar dari PKR dianggap pengkhianat. Tukar parti dianggap macam tukar ugama.

Bila Bob Lokman masuk Pas, secara tiba-tiba Bob Lokman dianggap hero. Artis masuk Pas seolah-olah utusan dari syurga. Bob Lokman dirai sampai Nizar pun kena ketepi. Bila Amy Search rapat dengan Nik Aziz, fuiyo..ramai yang kata Amy dah dapat hidayah. Bila masuk Pakatan, semua dosa masa lampau seolah-olah dihapuskan. Tapi kalau keluar Pakatan, semuanya jadi tak elok.

Pakatan sudah jadi macam Hotel California. "You can come in anytime you like…but you can never leave".

Jadi, bila Awie masuk Umno..Awie terus dicerca..dikutuk..malah ada yang terus menghukum Awie ke lubang neraka. Ini mentaliti penyokong Pakatan. "Kalau hangpa tak sokong aku, hangpa tergolong dalam golongan musyrik, golongan munafik, golongan sesat," Aku tak dapat bayangkan kalau Pakatan memerintah nanti. Macam mana kalau kuasa ditangan depa.

Ini posting dalam karat e-jau.

Awie..Dari Umno Kamu Datang Kepada Umno Kamu Kembali…

dan bila aku tengok komen-komen dibawahnya,

1. pegi mati lu orang…nak masuk umno ke nak ke neraka peduli apa aku…

2. GENG PARTI PANDI KUTTY SEKUTU APCO !

3. tak mainla awie ke, zed zaidi ke atau adam ke…pergi blah la lu orang…adapun tak menambah, takde pun tak berkurang….kalau nak mengampu dan cari makanpun agak-agak le weh….patutlah orang kata artis ni banyak yang otak udang…

Dan ini pula komen dalam blog Pulakdah.

1. awie bukan PUKIDA ,, tapi 77 laaaa ,,,,,,,,,

Kalau aku nak copy komen-komen tentang Awie ni..banyak lagi tapi cukup la. Kalau Awie masuk Pas…aku rasa dia akan dianggap hero tapi dia memilih Umno. Dan apabila dia memilih umno, maka teruk la dia kena kutuk. Aku tak kisah kalau penyokong Pakatan kutuk dia dari sudut politik, tapi bila kutukan itu bersifat "overkill", ia juga boleh membuatkan aku marah.

Aku rapat dengan Awie. Aku kenal Awie sejak dia dilahirkan kerana kami bersepupu. Bapa Awie adalah adik emak aku.

Aku tak marah kalau Awie masuk umno. Malah kalau member-member rockers yang lain macam Meor Pestajiwa, Nikbinjidan, Rahmat Haron nak masuk Umno pun aku setuju. Sebab selama ini Pakatan menganggap rockers macam binatang terbuang. Rockers dianggap tidak bermaruah. Rockers dianggap pemangkin maksiat. Kecuali kalau rockers tu buang jeans seasoned dan pakai jubah. Ataupun berhenti melalak kat konsert dan kemudian berceramah. Yang tu semua bagus.

Dua kali aku dan Meor Lanterajiwa cuba membantu Pakatan menarik golongan muda kedalam Pakatan Rakyat.

Kali pertama kami merancang konsert "Bangkit" di Perak yang membariskan Pyanhabib, Nikbinjidan, Meor, Airmas..tapi tunggu punya tunggu…duit modal habis..akhirnya konsert dibatalkan.

Kalu kedua kami cuba membuat konsert "Gelora anak Muda" di Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri Pulalau Pinang, Mansor Othman sudah bagi lampu hijau, modal dikeluarkan,tapi akhirnya kena kencing.

Bila aku nak buat di Selangor, Rodziah Ismail setuju tapi Hasan Ali kata "tak mau terlibat dengan dosa". Ceramah maki hamun orang tak apa…yang tu Islamik. tapi menyanyi lagu kemanusiaan, lagi anti-ISA tak Islamik. Butuh la.

So…dimana ruang rockers dalam Pakatan Rakyat? Apakah semua rockers yanag nak masuk Pakatan kena pakai jubah dan menjadi penceramah?

Apakah sudah lupa tentang perjuangan rockers dalam reformasi? Apakah kemenangan Pakatan Rakyat itu hanya dari titik peluh AJK Cabang? Sebelum pilihanraya, rockers ditatang…tapi bila dah menang…depa ni dikatakan pemangkin maksiat? Hipokrit.

Balik kepada kisah Awie.

Bapa Awie adalah pemimpin masyarakat di Dato Keramat. Dia adalah diantara yang meneroka Kg. Bumiputra dalam tahun 1960an., seangkatan dengan Hamid Tuah. Akhirnya dia menjadi Ketua Umno disitu. Tapi pada tahun 99, bapa Awie berubah angin apabila Anwar disingkir.

Sila sambung bacaan anda di SINI

17 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. nie ayat2 nk membela awie la nie...sape yg hina rockers?bg aku,aku layan jgk ngan lagu2 rock...tp x taksub sgtla...bkn ker rock tue dtgnya dari agenda barat zionis bermula dari the beatle?klu stakat nyanyi lagu rock yg berunsur dakwah ok la jgk...klu dari segi pakaian x mencirikan Islam ape perlunya dibela2 sgt?bkn ker artis dijadi ikutan golongan muda?klu kata org suka tgk amy bila jmpe dgn tok guru...ape salahnya?bermakna dia mmg ada minat dgn Islam...tp bila perangai dia x berubah sgt pn n trus dilantik jadi sifu AF yg lepas aku tetap jgk maki n x suka cara dia...mcm tue jgk dgn artis2 rock yg masuk pas..klu xde ape perubahan pn pd diri diaorg skit pn aku x rasa bangga n respect...yg aku tgk btl2 ada perubahan bob lokman ngan bbrapa org artis jer..

    ko nk citer pasal awie...adoiyai mcm org x panah jmpe dia kt dato keramat..tgk cara dia berpakaian bagai..masalah ayah dia perjuangkan hak melayu aku sokong,tp blum tentu akhlak dan perangai seorg ayah leh turun dan diwarisi kpd seorg anak..mcmtue jgk dgn anak Hasan Azahari..bg aku umno mmg paling bangsattt dan celaka!!nk kata brutal??tau knp org jadi telalu benci n brutal...lu pikir la sendiri..dah bertahun dihancingkan mcm org bodoh!!

    klu pkr or pas or dap pn perangai mcm umno jgk lps nie kami ttp akan lawan anda!!

    DALAM ISLAM MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...

    ReplyDelete
  2. konsert yg korg nk buat tue mendidik masyarakat beriman pd Allah ker?klu buat konsert2 mcm yg korg buat sblm2 nie kt negeri2 pembangkang so ape bezanya umno dgn pakatan rakyat??knp penyanyi2 rock yg dah berubah dgn Islam masih blh jer diaorg hiburkan kami dgn lagu2 lagenda rock diaorg?contoh mcm mel wings,ust radzi melissa leh jer diaorg menyanyi lg...tp dlm masa yg sama mereka blh berdakwah remaja2 dgn cara konsert dan mendidik akhlak remaja spaya ingat Allah...cube tgk konsert lagenda2 rock sblm nie di taiping perak,dlm diaorg menyanyikan lagu2 rock diaorg dulu..diselang selikan dgn unsur2 dakwah...rmai jer anak2 muda yg turun,rmai jer bdk2 yg gilakan diaorg satu ketika dlu turun...tp last2 bila ust radzi baca doa dlm doa tue dia blh berikan nasihat scara x lgsung...anak2 muda yg tonton konsert yg x pkai tudung jd malu2 alah..di Indonesia bape rmai penyanyi2 rock yg dlm seni kata diaorg mendidik masyarakat,menceritakan tntg kezaliman penguasa,kerakusan membolot harta,artis rock malaysia ada??xde kan..kcuali penyanyi jalanan..

    dlm Islam xde pn nk menyekat hiburan,xde pn nk halang2 hiburan tp ada batasannya!!klu dibiarkan jgk same mcm umno perintah ape bezanya???akhlak remaja yg tlalu rosak skrg blh dibela ker?blh diperbaiki ker? mcm aku ckp kt atas td MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..nk kata brutal is up to u all la..

    org bagi pendapat ade asasnye jgk..bkn main tibai buta tuli x sokong knp,org lain pn layan jgk rock tp xde la taksub smpai benda yg salah pn kata betul....layan lagu suda..

    ReplyDelete
  3. MC_Shahrul. Lu pehal?. Tu pendapat dia. Masa Amy wat konsert kat Kota Baru dpan TGNA lu tak bising pun. Sham Kamikaze layan gitar kat pentas2 PAS lu tak bising pun. Bro MSK ni cuma tegur supaya jgn jadi mcm pencacai umno. Biasalah, bila artis join PR, org PR bkn main seronok, puji melangit. Jadi bila artis join umno, maka umno pun buat benda yg sama dgn PR. Hahaha...lu lorat la.

    ReplyDelete
  4. laaa..lu lak aphal...nie pn pendapat aku...ish2...kesian2..ko baca komen aku bg abis dlu la pencacai...ade aku kata konsert n hiburan salah??baca bg abis dlu la pencacai...

    ReplyDelete
  5. aku nk tnya lu la sama ker konsert yg diaorg bt dlm pentas pr ngan pentas umno?same ker konsert yg diaorg bt di Kelantan dgn konsert yg dibuat di dataran merdeka?

    ReplyDelete
  6. Bagi Yong, kot nyanyi melalak macam orang kena rasuk tu, kat pentas mana pun (BN atau PR) Yong tetap tak sokong. Yong anggap itu semua noise pollution.

    ReplyDelete
  7. MC Shahrul... yang tulis tu MSK bukan aku.. kalau tak puas hati pi komen kat blog dia..

    Aku letak link pasal aku nak divert readers masuk blog dia..

    ReplyDelete
  8. tau sungai derhaka...sy x mrh kt tuan,serius skit pn x mrh kt tuan punya blog..sy cuma bg pendapat kt sini sbb sy baca kt blog tuan,sy nmpk link blog MSK kt atas..sory klu xleh komen kt sini...bkn per mmber2 kt fb rmai komen pasal artis2 msuk umno tue,ada jgk mmber2 umno yg perli kata artis pn ska umno..so klu kami yg post n jwb pasal artis masuk umno x bg kesan pape pn pd pr sbb dh mmg diaorg duk dlm pkara yg x btl pastue msuk lak pd benda yg x btl...x kn pn xleh kn...bkn nk mrh2..sory klu bahasa kasar..

    ReplyDelete
  9. kita yg seangkatan dgn awie dan amy pasti tahu krn pd ketika itu aku pun termasuk dlm kumpulan rokers.. ada konsert mrk tentu tentu aku dan geng bujang akan pegi.. jd kehidupan sosial kami hidup pd waktu malam... faham fahamlah.

    jd setuju sgt dgn MC_Shaharul punya komen. makna nya kalau aku ikut pas tp perangai tak berubah pun tak ada menafaatnya.

    tp secara jujur, pandangan aku awie ini degil krn dia berpendirian. buat masa ini bg dia pakatan tak betul dan umnot lg tak betul. tu sbb dia bendal semua org. dlm keadaan ini lah awie kena pilih diantara dua itu sape yg kurang tak betul.

    mungkin sudah tiba masa nya awie dan amy menyanyi lagu lagu ketuhanan ... bermula lah dgn satu lagu.

    mereka yg masuk pakatan kurang di cerca dikutuk ttp senang kata tenguk lah nasib bob lokman dan tenguk pulak mrk yg masuk umno.

    tp kita tak leh buat mcm dia org buat pd bob lokman dll. spt di banned.

    MSK kalau mula mula dulu kita belum betul betul org. Mungkin pd masa itu kalau kita guna cara rockers, silap silap lg teruk kita. skg ini pun kita masih cari kaedah yg paling sesuai spy rockers yg ingin menyumbang cara mrk di handle dgn cara yg betul.

    kalau tak umnot akan kata ramai keluar PAS sb PAS sudah lari dr perjuangan asal. Dulu tak boleh skg boleh.

    ReplyDelete
  10. Rockers pun dah benci dengan kerenah penyokong pakatan.

    Apa yang nak di hairankan...
    Kalau sesiapa yang menyokong parti mereka pasti akan di junjung dan di julang!...walau pun kafir harbi mahu pun orang gila!!

    Tetapi cuba jika di sanggah kenyataan atau perbuatan mereka,..tentu akan dimaki, dikutuk dan di hina.

    Mufti Harusani bertukar jadi haramsani pulak!!....begitulah jumud dan jijiknya pemikiran puak pakatan ni!

    ReplyDelete
  11. rakab oh rakab

    kau mcm mana nak sanjung pemimpin mca dan gerakan yg kau kata kafir harbi. tak sorg pun yg boleh di angkat sbg org yg patut di sanjung.

    kutuk maki ini dua dua sama. tu sbb MSK kata di tak terkejut jika umno yg buat tp yg dia terkejut penykg pakatan yg buat. sb perjuangan pakatan ini suci jd kena buat cara bijak dan betul.

    sape yg jumud.. perak haram kan poco poco ..

    ReplyDelete
  12. non 7.30,

    Mca dan gerakan tu, kafir zimmi bukan kafir harbi !

    msk pulak selama ini tertipu dengan topeng pakatan !...sekarang baru dia sedar..

    Mufti Perak mengharamkan poco-poco setelah mengambil kira unsur agama kristian yang terdapat dalam beberapa gerak tarinya...

    kalau gerakan itu di ubah, maka tiada masalah lagi..

    ReplyDelete
  13. Saya malu jadi ahli UMNO Pulau Pinang, Mari semua orang UMNO Pulau Pinang kita pakat masuk Pakatan Rakyat dengan TIDAK memangkah UMNO dalam PRU ke 13 akan datang.

    ReplyDelete
  14. Nak jadi ahli syurga ada jalannya.Nak jadi ahli neraka ada jalannya.Pilihlah jalan ikut selera kamu suka.Nak PAS ka UMNO. Lu sendiri tau mana yang lebih baik.kalau lu kata yang pergi ke masjid tu pun masuk neraka.Yang ceramah menghentam orang tapi bukan lembu dan babi tu masuk neraka.Maka....bagaimana pula rokers yang gila semacam boleh masuk surga ka??????? Tepuk dada dan tanya siapa anda.....

    ReplyDelete
  15. rakab oh rakab

    maaf psl kafir harbi.. tp sape dlm MCA dan Gerakan yg dpt sanjungan org melayu mcm LGE?

    yg dia sedar dr dulu ialah kalau umngok suka maki dan hamun org.. dia dah bukan dlm pakatan pun dia sedar dan terima perkara yg sama.. pakatan tak sepatutnya jd mcm umngok yg suka maki dan hamun org..

    Negeri lain tak haramkan poco poco.. fatwa pun kata dibolehkan.. sehingga skg masih ada poco poco... kalau dah diharamkan mcmana nak di ubahkan??

    ReplyDelete
  16. Hmmmm.... tak mau trpengaruh. Apa pun PR is the Best party in M'sia. Cukup senang dgn PR drpd Umno yg bnyk adu-domba, dengki khianat, fitnah dan mcm2 penyakit hati.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post