Belanjawan 2012: Menghitung hari sebelum PRU13

Sebagaimana yang dijangka, Belanjawan 2012 dengan peruntukan RM232.8 bilion disediakan untuk menyiap-sediakan kerajaan Barisan Nasional menjelang PRU ke-13. Dengan tema "Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara", Belanjawan 2012 menawarkan pemberian tunai secara "one-off", atau sekali sahaja, yang berjumlah RM2.789 bilion. Antaranya,

Pemberian secara "one-off"

RM 500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53% daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada pemberian yang melibatkan peruntukan sejumlah RM1.8 bilion ini.


Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Kira-kira 5.3 juta pelajar dijangka dimanfaatkan daripada peruntukan sejumlah RM530 juta ini.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM260 juta.

Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM3,000 kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang, membawa kepada jumlah RM186 juta.

Bayaran khas RM3,000 kepada 4,300 orang kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), membawa kepada jumlah RM12.9 juta.

Golongan kakitangan kerajaan dan pesara

Tidak cukup dengan itu, kerajaan terus menyasarkan beberapa golongan, misalnya pesara Kerajaan. "Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 bagi penjawat awam dan bantuan RM1,000 bagi pesara Kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618,000 pesara Kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak RM4 bilion."

Tidak berhenti di situ, Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). SBPA ini mempunyai elemen-elemen termasuk "menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang."

Kenaikan gaji antara 7% hingga 13% dijanjikan kepada penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA. Malah dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

Jelas, kerajaan Najib mengambil kesempatan untuk menyiku pembangkang, ketika mengumumkan sumbangan RM3,000 secara "one-off" kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka. "Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mengenang budi. Kita tidak akan membiarkan wirawan dan wirawati tanpa pembelaan yang sewajarnya. Kita tidak sekali-kali seperti setengah pihak yang menafi dan memperlekehkan jasa bakti mereka. Sesungguhnya, keringat dan air mata mereka serta keluarga yang membasahi bumi bertuah ini akan terus malar dan segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia."

Penduduk bandar dan pendalaman

Najib turut menyasarkan golongan penduduk bandar, dengan menambah baik Skim Rumah Pertamaku bagi golongan berpendapatan kurang daripada RM 3,000 ringgit. "Kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000. Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012."

Di kawasan luar bandar, RM29.8 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Malah, RM200 juta diperuntukkan bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

RM90 juta diperuntukkan untuk penyediaan kemudahan asas termasuk memperluaskan projek bekalan air terawat serta program penjanaan pendapatan orang asli, sementara RM20 juta diperuntukkan bagi pemindahan penduduk kawasan Sungai Ruil, Cameron Highlands yang ditimpa tanah runtuh, ke kawasan perumahan baru.

Seperti biasa, FELDA yang diibaratkan sebagai "kubu UMNO" tidak dilupa dalam Belanjawan 2012, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana semakin banyak kes saman oleh peneroka FELDA yang diheret ke mahkamah. Najib, secara terang-terang menjanjikan bahawa "setiap peneroka akan menerima 'durian runtuh' yang mana jumlahnya akan diumumkan nanti", sebelum penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings atau FGVH sebagai sebuah syarikat berstatus konglomerat global sebelum pertengahan tahun 2012.

Apa yang menarik, golongan "pemilik teksi" telah mendapat perhatian daripada kerajaan, dengan menawarkan beberapa bantuan yang dijangka bernilai kira-kira RM7,560 untuk setiap pemilik teksi bajet persendirian. Malah, kerajaan memanjangkan pemberian bantuan kepada pemilik teksi bajet ini kepada pemilik kereta sewa persendirian.

Meniru Belanjawan Pakatan Rakyat?

Sepanjang pembentangan Najib yang merangkap jawatan Menteri Kewangan, beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat menuduh dalam twitter bahawa belanjawan ini meniru "Bajet Alternatif" Pakatan Rakyat, yang dibentangkan oleh Ketua Parlimen Anwar Ibrahim pada 4 Oktober 2011. Golongan pendidik, pemandu teksi yang disentuh dalam Belanjawan 2012, sebelum ini ditawarkan layanan dan pemberian lesen oleh Pakatan Rakyat.

Berbalik kepada Belanjawan 2012, tidak keterlaluan seandainya ia disifatkan sebagai belanjawan BN untuk berdepan dengan persaingan Pakatan Rakyat. Sesungguhnya, "gula" ditaburkan sewenang-wenangnya, atas nama "keperihatinan terhadap rakyat" (meskipun langkah yang sama oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Pakatan Rakyat sebelum ini, iaitu pemberian RM100 kepada warga emas, disifatkan sebagai "populis"), persoalannya, apakah masalah pokok boleh diselesaikan hanya dengan menabur peruntukan?

Misalnya, dalam Fokus Keduanya, Mengungguli Modal Insan Mencerna Kreativiti dan Mencetus Inovasi, RM100 juta diperuntukkan untuk mengatur beberapa inisiatif strategik, sempena tahun 2012 yang diumumkan sebagai Tahun Gerakan Inovasi Nasional. Kerajaan mungkin menganggap, dengan membiayai program tertentu, maka generasi yang kreatif dan inovatif bakal dilahirkan. Namun, peruntukan berbilion-bilion sepanjang tahun ini dalam pendidikan tinggi tidak meletakkan walaupun sebuah universiti tempatan sebagai 400 universiti terbaik di dunia, sebagaimana yang disenarai majalah Times Higher Education (THE), baru-baru ini.

Ia bermakna "inovasi" memerlukan "suasana" untuk bercambah. Dalam suasana politik rakyat boleh ditangkap hanya kerana memakai pakaian "kuning", dan siswa ditutup mulut kerana mengadakan sidang media, ditambah pula budaya dalam kampus yang mencengkam kebebasan, "peruntukan" tidak membawa kita ke matlamat yang disasarkan.

Sebagai pemerintah, kerajaan Najib dengan segala kuasa yang ada semestinya mampu menawarkan sesuatu yang lebih baik berbanding pembangkang, dari segi sumber, kewangan dan kebendaan. Malah Najib menyindir pembangkang yang kononnya "menjanjikan bulan dan bintang" sebermulanya. Penaburan "gula" sesungguhnya menyukarkan kedudukan Pakatan Rakyat di kawasan "miskin-informasi". Di sini kita menghitung hari-hari terakhir sebelum PRU ke-13.

Merdeka Review

22 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. pemberian rm500 mcm mana org kg yg tidak bependidikan nak pergi jumpa lhdn.

    lepas tu tiap2 tahun kena isi borang lhdn. bukankah kerajaan sudah ada senarai org susah dari banci penduduj yg di buat baru2 ini.

    para pesawah dan petani yg mana harga produk dibawah paras kemiskinan tiada sebarng bantuan atau insentif khas.

    pesawah kos pengeluaran semakin meningkat tp hasil mcm tu juga atau menrun, penternak ayam kg yg ayam mati akibat sampar dari tahun 2010 hingga sekarang tiada bantuan.

    sampai penternak ayam minta bantuan dibawah ekasih dipermain-mainkan. yang mai kerumah penternak timbalan pengarah icu dan berpuluh-puluh tukang kipas.

    nak suruh penternak pinjam tp risiko nak membayar mcm mana

    ReplyDelete
  2. nampak gayanya pakatan tlh berjaya mendidik dan mengubah sikap pemerintah dlm segi perbelanjaan.

    selepas ini pakatan akan mengajar cara cara pemerintahan yg adil spt spr, mahkamah, kepolisian dan cara pentadbiran jabatan2 kjaan.

    bila semua asas ni tlh diletakkan dgn betul, kita akan beradu bukan dgn kekuatan spt selami ini yg dilakukan bee end dgn mengunakan jentera kjaan tp dgn kebijaksanaan dan kepimpinan yg tinggi.

    pakatan tlh berjaya menyelamatkan negara dan rakyat.

    ReplyDelete
  3. sejararah pejuang yg sebenarnya pun boleh mereka kelirukan tanpa segan silu, inikan pulak belanjawan negara.

    ReplyDelete
  4. budget kali ni pelik sungguh.
    Tak pernah dalam sejarah negara pembentangan budget hanya menumpu kepada bagi duit..bagi duit..bagi duit..sampai MP pun dpt duit extra.
    TAPI tak ada langsung kaedah KERAjaan najib utk tambah pendapatan negara dan TAK ADA langsung strategi berjimat cermat di bentang.
    kesimpulannya, belanjawan kali ini penuh dgn tipu muslihat.

    ReplyDelete
  5. najib mungkin dah tahu umno akan kalah di pru13 nanti. jadi, sebelum berundur dia nak pastikan kerajaan PR jika menang nanti akan galas bukan saja hutang RM400+billion tapi juga janji2 yg tak mampu ditunaikan, kerana hakikatnya negara tak ada duit sebanyak tu.
    busuk betul hati najib ni.

    ReplyDelete
  6. pelik sungguh bila baca apa Dr. M kata, kemelesetan ekonomi dunia dijangka berpanjangan dan bersedia utk yg lebih buruk. Tapi najib menabur duit dan janji macam duit mak bapak dia. Apa muslihat najib??
    Tak ada satu pun yg dikatakan nya tentang bagaimana kerajaan nak jana duit2 tersebut.
    belanjawan kali langsung tak masuk akal!

    ReplyDelete
  7. Yang tersirat dari belajawan najib ini ialah seandainya BN menag pru13 nanti, maka GST akan dilaksanakan yg akan menjana duit berbillion ringgit supaya najib boleh tunaikan janji2-nya.
    rakyat akan terima padah yg lebih buruk jika umno terus perintah.

    ReplyDelete
  8. Syukur budject yang baik... mengambil kira semua peringkat SES, kerajaan belanja atas kemampuan, ini baru 1malaysia... 1pakatan apa yang ada.. selama kita harap sangat hudud dilaksankan namun... tak kesampaian.. Umno juga yang kena kambing hitam... lebih baik la kerajaan yang ada sekarang...aman, makmur dan dapat menunaikan ibadat tanpa sekatan... esok tak tentu lagi bila LKS dah jadi TPM, DSAI Jadi PM.
    Selamat tinggal teman-teman,

    ReplyDelete
  9. kg sungai deraka, dah amat maju... dulu paya sekarang dah membangunan dengan perumahan.... tahniah... kepada pemerintahnya...apa sumbangan anak sungai deraka....kah kah kah kah kah

    ExSMKTL... said

    ReplyDelete
  10. anon 11:23
    kerajaan belanja atas kemampuan??? kenapa mesti pinjam rm400billion+??
    Tak ada pun aku denganr najib ketengahkan cadangan bagaimana kerajaan nak janakan pendapatan negara. Ini semua "lips service" aje. Only time will tell tembelang najib.

    ReplyDelete
  11. bujet siaran ulangan,rakyat memang suka dibagi duit free namun jangka panjang kerajaan akan menghadapi risiko krisis ekonomi yg memualkan apa yg lebih penting rakyat kebuluran perpanjangan atau kenyang sebulan lpastu mampoi mcm somolia,bujet yg menguntungkan sebelah pihak kerajaan dan tukang kipas,hutang 400b harap2 kerajaan pakatan akan menanggung,serta janji palsu najib,sepatutnya rakyat berterima kasih pada Pakatan Rakyat kalau tidak kerana buku jingga dan Pak Mat Sabu rakyat munkin hanya menerima saguhati dari najib...kerana pembangkanglah kepala tut najib bergegar,syabas Pembangkang..dari dulu lagi waa dah perhati sekmen2 pembangkang amat Proaktif utk mengendalikan masaalah2 rakyat,kalau tidak asakan pembangkang pasti rakyat merana terutama ekonomi dan kehidupan semasa....syabas,syabas PR

    ReplyDelete
  12. Ha,Ha..najib berhutang semata2 nak jaga hati tukang kipas,bodek prof kangkong 400b,tahniah kepada prof2 kangkong kerana mentidak senaraikan IPT dan U SEMALAYSIA....dimata dunia,kerana sekoh membodek najib kerja sendiri tak buat...

    ReplyDelete
  13. Ni buat ExSMKTL tu..

    Sumbangan aku buat negara dan kerajaan??

    Aku bayar cukai jalan, aku bayar cukai pintu, aku juga bayar cukai perkhidmatan dan apa saja cukai yang kerajaan kenakan..

    Dan tak lupa juga.. aku juga bayar income tax! tahun lepas saja RM10K lebih..

    Juga.. aku bayar zakat.. yang menurut ex TKM1 dulu telah diselewengkan oleh beberapa pemimpin UMNO..

    ReplyDelete
  14. aku harap pilihanraya dibuat tahun 2013 .

    ReplyDelete
  15. Bangang punya pecacai pakatan!

    Duit beratus billion yang Najib taburkan kepada segenap lapisan rakyat Malaysia itu, adalah sebagai pelaburan yang bertujuan untuk menjanakan ekonomi negara.

    Bila rakyat ada duit ditangan, maka mereka akan berbelanja untuk makanan dan keperluan asas.

    Aktiviti jual beli berjalan rancak.
    Pekedai, peruncit,pengedar pemborong, mendapat wang modal untuk pusingan berniaga.

    Barangan keperluan yang pelbagai akan terus di pesan dari pihak pengeluar seperti industri kecil dan sederhana serta kilang-kilang.

    Peluang pekerjaan rakyat terus terjamin dan pekerja-pekerja akan dibayar gaji.

    Kerajaan akan dapat mengutip cukai hasil dari keuntungan syarikat perniagaan dan pelbagai cukai lain yang dibayar oleh rakyat.

    Wang pelaburan itu akhirnya kembali semula kepada kerajaan.
    Begitulah kitaran aktiviti ekonomi ini akan terus berjalan....

    ReplyDelete
  16. bodo piang punye rakab.. banyak faktor lg la ko kene nilai...

    ReplyDelete
  17. non 7.21,

    Apa yang aku sebutkan tu adalah yang paling asas untuk pecacai lembab pkr fahami!

    ReplyDelete
  18. wang pelaburan atau cukai?
    bangang sungguh rakab ni.....
    ulasan tahap keldai....
    lembab la pengetahuan ekonomi malaun ni....
    woit makan taik ke?
    woit makan biawak ke?
    woit makan duit haram ke?
    kah...kah...kah....

    ReplyDelete
  19. Dana yang besar di dalam bajet itu adalah pelaburan kerajaan ke dalam negara!

    Hasilnya dikutip semula melalui cukai...bodoh!!


    non 7.55...bangang cam baboon!!

    ReplyDelete
  20. Bajet ni adalah seperti biasa tiap tiap tahun bajet kekaitangan kerajaan. Apa yang rakyat jelata dapat habok.Free tu free ini adalah perkara yang mesti berikan seperti pelajaran percuma tapi PTPTN tiada ooi.. Cara dia adalah tabur duit, beli undi, beli adun , ahli parlimen dan sebagainya. Tapi duit kita dah jatuh nilai dari sehari kesehari.

    ReplyDelete
  21. Selepas pelaburan kutip cukai....
    ulasan sibangang....
    kah...kah...kah...
    lebih baik jadi pelawak...
    lebih jadi sarkas...
    lebih baik jadi keldai...
    bodoh...bodoh...
    selepas pelaburan ambil keuntungan...
    mana ada selepas pelaburan ambil cukai..
    ada ubat ke untuk sirakab bahalul?
    ada....
    makan taik babi...
    kah...kah...kah..

    ReplyDelete
  22. statment rakab yg teramat bodoh untuk seorg yg menumpang dan merempat di kuarters kerajaan atas kelebihan bini...harap diri dia...
    apapun tak bleh...
    muka jenis tempek kulit babi.tak tau malu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post