Benarkah yuran sekolah 2012 percuma?

Pengalaman ibu bapa apabila hari persekolahan bermula mereka terpaksa membayar wang tambahan mencecah hampir RM100 dengan dinamakan pakej tambahan.

“Apakah maksud yuran percuma?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat lalu.


Katanya, yang memeningkan kepala nanti ialah guru-guru yang bertugas kerana dimarah oleh ibu bapa kerana Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak tahu apa yang akan berlaku di sekolah nanti.

“Sebab itu Najib mesti mengeluarkan kenyataan hitam putih perkara ini supaya guru-guru di sekolah senang menjawab kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau menambah, jangan dimangsakan guru-guru kerana hendak meraih undi, sehingga guru-guru bermasam muka dengan ibu bapa.

Contohnya, kata beliau ketika Tun Abdullah Badawi mengumumkan belanjawan 2008 pada 7 September 2007, mengatakan yuran percuma.

Namun begitu, katanya ketika sesi persekolahan baru bermula kerajaan telah mengumumkan tiga pakej bayaran tambahan (PBT) bagi menggantikan yuran sekolah.




Ini, katanya belum lagi yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tidak kurang RM20 malahan ada yang mencecah RM100.

“Yuran PIBG terpaksa dipungut ,kerana hendak menampung beberapa kegiatan sekolah, ini semuanya gara-gara sekolah tidak cukup wang,” ujarnya lagi.

Katanya, kalau benar kerajaan prihatin, PIBG tidak perlu memungut wang daripada pelajar lagi kerana ia menambahkan bebanan ibu bapa.

Najib juga, ujarnya tidak bercakap benar kerana memaklumkan bahawa inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia diberikan pendidikan percuma.

Pada hal, katanya Tun Abdullah Badawi sewaktu membentang perbelanjaan untuk tahun 2008 pengumumkan yuran percuma.

Malahan mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya. Tambahnya, tentu Abdullah tersenyum apabila Najib mengatakan inilah pertama kali dalam sejarah pendidikan Malaysia.

Sebab itu, katanya ibu bapa yang cerdik sudah mengatakan ini semua hanya coklat getah untuk modal pilihan raya sahaja.

“Ibu bapa mesti hentikan pembohongan ini, jika kerajaan BN masih menipu ibu bapa dengan menolak BN di dalam PRU akan datang,” ujarnya.


Harakahdaily

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jadi apa lagi cikgu-cikgu, sebelum Najib dan konco-konconya memeningkan kepala cikgu-cikgu sekalian. Apa kata cikgu-cikgu peningkan kepala Najib dan konco-konconya di tempat duduk pembangkang dalam PRU13. Kemudian kita peningkan kepala PPD dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang sering membuli cikgu-cikgu dengan bebanan tugas-tugas dan rancangan-rancangan tahunan yang remeh temeh sehingga menjejaskan kepentingan peribadi cikgu-cikgu sendiri.

    Tiba masanya cikgu-cikgu gesa kerajaan yang baru menukar konsep lilin yang membakar diri untuk menyenangkan pemerintah BN, kepada menjadi lampu yang menerangi diri, keluarga, masyarakat dan negara tanpa perlu mengorbankan diri.

    Kalau takut pada perubahan, maknanya cikgu-cikgu gagal menjadi guru yang baik. Kerana anak murid cikgu-cikgu lebih rela menerima perubahan dari tidak mengenal huruf sehingga dapat menyelesaikan pemasalahan teori dan praktik.

    ReplyDelete
  2. ape le korang nk pening2 p-k pasal duit. .
    ikut je mcm rakab, buat fitna sna sini dan senang2 je dapat duit haram, ribu2 tau. . ooop juta2 kot

    ReplyDelete
  3. byq skit2 tu kira ok lah...skang ni blajaq tinggi2 x kemana pn, profesor pn tukang angguk jer, bkn bleh buat ape2 pn...takot periuk nasi tumpah...
    ni la sistem pembelajaran yang kita agungkan sgt, walhal ilmu agama lebih pnting tp diringankan..
    fikirkan apa yg lbh pnting skang ni...hehehe

    ReplyDelete
  4. ape le kao ckp ni "x nak p skolah" oiii. . to sa pening kan palo, tiru ikut je cara hidup rakab: tak ya g skola, x ya gi keje, buat fitna dan bodek umno-apco, senang2 je dpt duit haram tau. . mudah dan simple je kan kan3

    ReplyDelete
  5. Dollah Badawi dulu mansuhkan yuran sekolah saja...laa ni, Najib mansuhkan pulak segala yuran tambahan.....tapi kalau lepas nih pihak PIBG nak kutip duit untuk tampung aktiviti tambahan pihak sekolah,..itu terpulanglah kepada muafakat ibubapa dan guru..

    takkan nak salahkan Rosmah jugak.....

    ReplyDelete
  6. pengikut penganut pasOctober 12, 2011 at 1:57 PM

    oooohhhh,..begitu,...kalu cam tu tak pe lah,......aku setuju.

    ReplyDelete
  7. Selagi tak dilaksnakan betul, jangan percaya pada yg Najib janjikan. Dalam Budget zaman Pak Lah dulu pun, kata yuran sekolah dah dimansuhkan, walaupun betul last2 yuran hapus, tapi yuran entah apa2 dikenalan.

    ReplyDelete
  8. pibg TAK ADA KENA MENGENA DGN YURAN SEKOLAH....
    BANGANG NYE..

    ReplyDelete
  9. Kira ok la tu jika boleh bayr ansur. Mahal skit pn tak pe asalkn sistm pembelajarn brkualiti & displin pelajar meningkt mcm SJKC.

    ReplyDelete
  10. Rakab ....hang tau tak apa itu bayaran tambahan.....istilah yuran tambahan tiada....!!!!!!!!!!!!!!!!!! digunapakai. Ianya bercanggah dlm pengutipan yuran sekolah. Bayaran tambahan macamana nak hapus....memang tak boleh hapus pun....ianya melibatkan buku tulis, buku aktiviti , baju sukan dll lagi. Takkan itu pun kerajaan nak tanggung....nak tak dak pihak ibu bapa kena bersedia peruntukkan wang yg banyak....barang dah mahal...kos hidup dah tinggi...jgn terpadayalah.....kesian org2 kg yg tak faham.....penggunaan istilah niiiii termasuk rakab

    ReplyDelete
  11. Dalam budget cakap pendidikan percuma untuk peringkat rendah dan menengah . PENDIDIKAN PERCUMA!!. Tapi SEKOLAH yang kenakan yuran seperti PIBG , sukan , ko-k dll. Korang pegi katok lah gurubesar dan pengetua tu .

    Puak puak PAS dan idris ahmad ni nampak sangat dari spesis manusia busuk hati . dok dakwa macam macam pasal sekolah tapi hakikatnya puak puak ni tak galakkan pun anak anak pengikutnya pegi ke sekolah kerajaan tu .

    Diorang buat sekolah rendah agama khusus untuk anak2 penyokong . Yuran BULANAN Rm150 . Ada orang lain bising pasal kemudahan , kaedah pembelajaran , kualiti guru mereka??? . bila kerajaan nak ambil tindakan cth: pasal CF mula lah nak buat rusuhan.NI puak puak munafik ni .


    cara yang paling bagus pakatan haram nak spin dan racun fikiran penyokong adalah keluarkan isu yang sama 2 3 kali . kalau kerajaan bagi jawapan yang betul pun kali ke 2 dan 3 boleh spin lagi , dgn jawapan kerajaan pun boleh dispin . orang yang kena racun fikiran ni boleh pulak panggil orang lain bodoh !!!

    ReplyDelete
  12. Penganut PAS lagi bodoh...dia ni bukan cikgu ....tau apa dia...

    ReplyDelete
  13. penganut pas ni x sesuai dgn nama la.

    ReplyDelete
  14. salam...

    tu baru yuran sekolah kebangsaan, belum lagi yuran sekolah rendah agama (sra). Yuran sra sgt mahal. saya ada dua org anak yg bersekolah sra, yuran sekali dgn buku dah rm700++. giler btul la.... adus malaysia tanahairku. :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post