
Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.
Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.
Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.
Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.
Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.
Nafi bawa konco
Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai baju merah dikenali sebagai Jaamat Jantan yang merupakan Ketua Umno cawangan Masjid Pakistan dan juga penjaga kawasan.
Zulkeflie menafikan bahawa beliau membawa konco-konco untuk membuat kacau serta meminta wang perlindungan seperti yang didakwa ahli perniagaan tersebut.
“Saya berjumpa dengan salah seorang rakan kongsi peniaga terbabit. Saya bertindak kerana menerima aduan daripada penjaja lain. Mereka buat ubahsuai adakah mengikut saluran yang betul? Mereka boleh tuduh..tapi saya tegaskan saya menjaga hal-ehwal penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan ini,” katanya ketika ditemui pemberita.
Dalam sidang media sebelum itu, salah seorang rakan kongsi yang dikenali sebagai Lee Kok Leong, 43, mendapat tahu bahawa seorang pekerjanya warga Bangladesh dipukul oleh sekumpulan lelaki.
Tidak cukup dipukul, para pekerja mereka diugut agar pihak majikan mereka segera menghentikan kerja pengubahsuaian di bangunan itu.
Menurut Lee, beliau didatangi oleh dua lelaki, iaitu Zulkeflie dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai AD.
Minta bayaran RM800
“Mereka datang bertemu kami dengan wajah yang garang dan meminta bayaran sebanyak RM800,” katanya.
Katanya ekoran tindakan kumpulan itu tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu dan semalam.
Seorang lagi rakan kongsi Cheng Chin Heng, 36, kesal dengan polis yang enggan menyiasat walaupun laporan polis sudah dibuat.
“Sehingga sekarang saya mendapati penama dikenali sebagai AD dan Zulkeflie masih berada di kawasan kedai kami. Meraka melarang
saya dan pekerja balik ke sana jika tidak kami akan dipukul. Mereka juga membawa masuk barang-barang mereka seolah-olah ia tempat mereka.
“Ekoran saya enggan membayar wang perlindungan kepada dua penama itu, dan saya diberitahu mereka dari Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, mereka kata tempat itu dijaga oleh Umno,” katanya yang turut ditemani peguam.
Menurut Cheng satu laporan polis akan dibuat hari ini kerana semua peralatan untuk pengubahsuaian turut hilang.
Seorang lagi rakan kongsi mereka adalah wanita tetapi namanya enggan didedahkan.
kerja ugut ni kerja murni umnogok,kenapa tak ugut yg kaya2 mcm anakda krisnan,vincent...kerja yg berani pd org lemah je..cubalah kat thailand kah,singapore...bodo taik
ReplyDeleteini abg long kawasan, kl dia punya so kena ikut cakap dia,dbkl pun dia punya so pegawai dbkl tak payah kerja
ReplyDeletehal ehwal penjaja semua kat sini dia jaga, dia dbkl punya datuk bandar
ReplyDeleteSaya bukan untuk memihak sesiapa dalam isu ini.. Jika terdapat peraturan tertentu perlu dilakukan maka itu adalah sewajarnya.. sebenarnya kaum cina (bukan semua tapi kebanyakkannya)apabila melakukan sesuatu melibatkan keuntungan kepada mereka maka akan berusaha untuk membelakangkan peraturan. Baik DAP, Gerakan mahupun MCA..
ReplyDeleteApabila diprotes, mereka mula akan menuduh yang mereka ditindas dan dianiaya.. Ini adalah hakikat.
Macam biasa laa..
ReplyDeleteBila ada satu perkara yang buruk berlaku,..tentu Umno yang di persalahkan..
Rosmah lah puncanya,,,
heheheheeeee.....tak gitu, ASD ?
Pembangkang kat Malaysia ni dah tak rasional lagi....
rakab
ReplyDeletebetul, betul, betul....rosmah lah punca nya.
pemuda umno ni bila jualan video lucah tak laku, maka depa buat lah kerja genster macm ni.
ReplyDeleteAi.. kalau peniaga tu langgar peraturan pegi la report kat majlis bandaraya, kenapa lak nak guna samseng.
ReplyDeleteApa kena mengena Majlis Bandaraya dengan UMNO?
ReplyDeletekenapa kerja-kerja memantau peniaga diserahkan bulat2 kepada parti politik tahi mcm UMNO.
Ni la org2 majlis semua makan rasuah, makan gaji buta. dengan bangga mereka beritahu mereka dilantik oleh majlis bandaraya. betul-betul haru-biru.
Ni la jadinya kalau dah berkuasa lama sangat sampai tanah dan bangunan milik persendirian pun buat macam hak dia.
Memang celaka betul UMNO ni. patut betul la parlimen Titiwangsa jatuh ke tangan PR. baru padan muka diorang.
memang jenis komunis puak2 ni
dia org lg hebat dr dbkl. dbkl boleh meruntuhkan je keje keje ubah suai. dia org siap boleh pukul.
ReplyDeletekatalah mrk buat ubahsuai tak ikut saluran tak betul.. dbkl pun tak ambil tindakan lepas aduan dibuat.. tak kan lah tak leh buat demo kecik kecik.. panggil tv3..
inilah bila tak buat lapuran polis, pencacai cabar kita buat lapuran polis. buat .lapuran polis dgn brg dan perkakas kasi hilang
Najib kering peluh buat baik dgn kaum cina.. sb nak kan undi tp pengikutnya buat keje tak senonoh.
dan percaya lah perkara ini akan diselesaikan oleh MCA.. yg pasti MCA akan gertak amngok .. itu lah pandai nya cina menjaga kaum mrk..
tak baik ckp yg bukan2 kt amno-apco tau. .
ReplyDeleteamno-apco pun nk hidup jugak
amno-apco pun nk cari rezki jugak
kan rezki Allah yg bagi so sape pandai dan sape brani dpt le cari rezki
ni le antara cara amno-apco buat duit so nape PR nk cemburu iri hati pulak le rakab / penganutpas kan kan3. . ta ape2 la PR ni ye. .
rakab pun punye cara tersendiri nk majukan kedai dia. .
tpi rakab tiru idea p. ramlee le, alaaa crite p. ramlee yg dok jual brus gigi tu le. . crite bujang lapok kot hehehe. .
paksa org dtg bli kt kedai dia. . kedai rakab kan jual mcm2. . tu yg mat indon dn mat bangla suka tu hehehe
mcm ni pun boleh dilntik sbg ketua caw ka?? tuuiiiii!!!!!!!!!!
ReplyDeleterakab aku sokong ayat lu asd dah tak rasional hahaha
ReplyDeletemenda macam ni pun dia kaitkan umno hahaha
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!