
Semalam RTM melaporkan Penduduk Orang Asli suku kaum Semai, di Perkampungan Orang Asli Palawan, Sungai Manik di Teluk Intan, Perak yang kesal dengan tindakan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri yang didakwa membawa senjata api dan gari ketika berunding dengan mereka mengenai status tanah di pinggir Hutan Simpan Kekal Chikus pada Isnin lalu.
Yang menariknya dalam isu ini cepat saja seorang Blogger Pro UMNO meletakkan kesalahan kepada DAP Perak, kononnya DAP Perak adalah dalang disebalik kejadian kerana kononnya ketika DAP Perak berkuasa selama 11 bulan selepas PRU12 lalu DAP Perak telah memberikan hak milik ratusan ekar tanah kepada beberapa individu.
Itu kononnya kisah yang telah berlaku hampir empat tahun yang lalu dan kini Perak telah dirampas oleh UMNO/BN malangnya kejadian yang baru berlaku beberapa minggu lalu masih dipersalahkan DAP/PR Perak.. tak ke bodoh namanya itu?
Tanpa memegang kuasa pemerintahan negeri Perak adakah DAP/PR Perak mempunyai kuasa untuk memberikan arahan kepada pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Perak?
Siapa yang berkuasa di Perak sekarang ni kalau bukan UMNO/BN sendiri, jika dikatakan DAP Perak menjadi dalang disebalik kisah diatas, laporkanlah kepada SPRM atau Polis biar tindakan diambil.
Lapor pada SPRM sebagaimana DAP Perak membuat laporan kepada SPRM tentang si Zambry yang dikatakan menjual 60,000 ekar tanah dengan harga RM375 sahaja.. (baca di SINI)
******************
Orang Asli diugut dengan senjata api, gari
Penduduk Orang Asli suku kaum Semai, di Perkampungan Orang Asli Palawan, Sungai Manik di Teluk Intan kesal dengan tindakan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri yang didakwa membawa senjata api dan gari ketika berunding dengan mereka mengenai status tanah berkenaan pada Isnin.
Tok Batin, Apong a/l Bah El, 45, berkata perkara itu berlaku ketika kira-kira 10 anggota jabatan itu berunding dengan penduduk kampung yang meneroka tanah di pinggir Hutan Simpan Kekal Chikus untuk menanam sayur-sayuran dan sawit.
"Mereka tidak membenarkan kami meneroka kawasan itu yang telah diluluskan untuk tanaman herba. Kami pula terpaksa meneroka (hutan ini) kerana tiada lagi kawasan untuk kami bercucuk tanam... kami masih memerlukan hutan rayau untuk mencari rezeki," katanya kepada pemberita di Teluk Intan, semalam.
Beliau berkata anggota Jabatan Perhutanan Negeri melarang masyarakat Orang Asli bercucuk tanam di kawasan itu tetapi pada masa sama mereka "membutakan mata, memekakkan telinga" apabila ada pihak lain mengusahakan tanaman betik, limau, kelapa sawit berskala ladang serta penternakan itik di situ.
Apong turut mempersoalkan tindakan pilih kasih itu.
Halang Orang Asli
Tinjauan Bernama di kawasan hutan seluas 4,000 hektar itu mendapati sebahagian besar hutan telah dibersihkan dan diusahakan dengan tanaman sawit.
Sebahagian jalan di dalam kawasan hutan diletakkan dengan batang kayu, longgokan tanah dan lubang-lubang dipercayai bagi menghalang penduduk Orang Asli melalui kawasan ini.
ADUN Sungai Manik Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan semalam.
"Saya terkejut dengan tindakan kakitangan jabatan terbabit yang membawa senjata api dan gari ketika berunding sedangkan ia tidak perlu," katanya.
Zainol Padzi, yang juga exco kerajaan negeri, berkata masalah penduduk Orang Asli itu telah dibawa kepada Yayasan Bina Upaya dan permohonan telah dikemukakan agar sebahagian hutan simpan itu dibenarkan bagi kegiatan pertanian penduduk Orang Asli di situ.
Katanya walaupun permohonan tanah itu diluluskan semasa mesyuarat exco kerajaan negeri, Jabatan Perhutanan Negeri menghalang kelulusan itu dengan alasan Hutan Simpan Chikus akan dijadikan tapak kajian pelbagai jenis tumbuhan.
"Tetapi apa yang kita lihat hari ini, ia dikuasai sesetengah pihak yang menanam pelbagai jenis tumbuhan untuk mengaut keuntungan," katanya.
- Bernama
Orang bodoh mmg x mengaku yg dia bodoh kan?
ReplyDeleteanon 12.45pm
ReplyDeleteya betul 10 markah aku bg utk ko hari ni.....sbbnya ialah ko tu BODOH
jgn marah aaaaa
Najib pun tak mengaku dia bodoh. Semua orang tak kan mengaku dirinya bodoh tp dari perbuatan dan tingkah laku orang lain boleh nampak.
ReplyDeleteKahkaka....hang PR semua bodoh. Tak nampak ke kita sentiasa buat fitnah supaya hang semua sibuk nafi. Ini bukan bodoh. Ini pandai buat fitnah dan hang semua sibuk cari jawapan. Kita attack, attack, attack. Hang padam api saja...hehehe...Hidup UMNO!
ReplyDeletenon pkr 3.52pM,...hang kutuk parti hang sendiri..!!
ReplyDeletehahahahaaaa...
kalau macam tu...hang boleh terus gunakan nama aku...
heheheheeeee....
BODOH TAHAP GABAN....
ReplyDeleteehhhhhhh. sorry silap..
BODOH TAHAP RAKAB
hehehehehehehehheeee
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!