Gambar : Siswa berdemo desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari



Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.


Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid di UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan dipelihara.

Mereka yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.




Sewaktu hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka daripada menuju ke pejabat rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Sebelum itu, sejak tengahari tadi, pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Pagi tadi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan itu.

Mereka menuntut penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani".

Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik".

"Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum.

Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)- Malaysiakini.
















13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Pening kepala Najib macam ni. Mlm ni kompem tak bleh tidor, nak pulak tidor sebelah sebelah naga. Bak kata pepatah keluar mulut harimau, masuk mulut naga.

    ReplyDelete
  2. Syabas...ini dia anak2 muda yang bakal memimpin negara...bangkit untuk menegak kebenaran menolak kebatilan.
    Sebenarnya inilah prinsip yang diterap oleh guru mereka, tak perlu takut demi sesuatu kebenaran. Teruskan, wahai anak2 muda...

    ReplyDelete
  3. Bravo anak muda...
    mereka berdemo menegak kebenaran..
    nampak mereka sudah matang....
    nampak mereka benar dewasa....
    harapan mengunung utk mereka....
    kerana mereka berada dijalan yang diredhai..

    ReplyDelete
  4. teruskan perjuangan kamu wahai anak muda jangan mengalah bangunlah melawan umnogok laknatullah

    ReplyDelete
  5. Sblm ni aku sgt pandang tinggi pada UIAM kerana kakitangan akademik mereka betul2 mempraktikkan antara cabang budaya ilmu iatu hak berfikiran kritis dan hak berbeza pendapat. Di IPTA lain terutama sekali UiTM jgn harap ada kebebasan mcm gitu. Sbb tu kot UiTM tak dpt apa2 ranking dlm bidang pengajian tinggi ni.

    Tapi bila isu Aziz bari ni timbul, rupa2nya UIAM sama juga mcm UiTM.. Suka menjumudkan idealisme golongan akademik baik pensyarah ataupun pelajar.

    Kalau mcm gini lah keadaan nya, jgn kita bermimpi satu hari nanti ada IPTA Malaysia dapat mengatasi University Haravd, Oxford dsbnya...mutu graduan dari IPTA hanya setaraf graduan lepasan TABIKA KEMAS sahaja.

    ReplyDelete
  6. Saya berasa banga melihat anak muda seperti ini yang bakal menjadi ketua ketua di Malaysia , yang mempunyai harga diri, yang bakal mewarisi kami yang bakal pergi.

    ReplyDelete
  7. mejar zainal tak payah uitm, uum, ukm, um semua sama saja...semua rektum n taik canselor adlh anjing umno..ada uni kat perlis rektum dia siap panggil staf menjelang pru12 dan mintak undi umno!!

    ReplyDelete
  8. selagi BN tak di tumbangkan selagi itu lah perkara mcm ini akan terus berlarutan, bila umno/BN buat laporan polis secepat kilat mrk ambil tindakan tp kalau PR buat laporan cari lah dlm bakul sampah, syabas anak muda takut krn salah berani krn benar...yg penting tentukan PRU 13 BN menjadi pembangkang...InsyaAllah Allah berada di pihak yg benar.

    ReplyDelete
  9. BAKAL2 PEMIMPIN2 MASA DEPAN,JANGAN KITA TUNDUK LAGI KEPADA KERAJAAN KERANA KUASA SEBENARNYA ADA DITANGAN RAKYAT

    ReplyDelete
  10. AMK jer yang ramai nampaknya kat situ!...
    hahahahaaaaa...

    berdemo untuk Aziz babi ker atau berdemo menyokong hudud Pas yang boleh liwat bini !!

    heheheheeee....

    ReplyDelete
  11. Tiada kain2 rentang dan kertas2 protes tertulis perkataan "UMNO" atau kerajaan BN yg lakukan pergantungan tersebut...puak2 PR dah salahkan UMNO.."UMNO punya kerja la tu.." pendapat2 penganut PR..Shansul Doremon datang join nak ambil kredit..

    P/S: Inilah sifat manusia2 yg ada tertulis dalam Al Quran..betapa ruginya penganut2 PR ni..

    ReplyDelete
  12. lawak la.. puak2 haramjadah je yg bnyak..student UIAM x ramai yg join.. tolongla jgn nk malukan kami warga UIAM..

    ReplyDelete
  13. aku agak la ni cik puan rakab dok syok sebut 'liwat pasal dia yg suka liwat bini dia

    sebab
    kan cik puan rakab dok jual bini diri kpd mat indon dan mat bangla untuk tamba pendapatan

    so kesimpulannya ialah
    bhg depan bini cik puan rakab bgi kt mat indon dan mat bangla
    bhg blakang bini cik puan rakab kira satu2 le lubang yg tinggal untuk cik puan rakab le ka kan3

    hehehe sukanya penganutpas hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post