Guan Eng mohon Maaf... Ahmad Maslan sakit hati..

Ahmad Maslan telah mendesak Guan Eng membuktikan keikhlasannya meminta maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan menghadap baginda, bukannya sekadar melafazkan melalui media massa.

Tak puas hati lagilah tu.. mungkin perkara yang Guan Eng lakukan itu iaitu meminta maaf secara terbuka adalah satu dosa buat pemimpin UMNO/BN ..


Seorang bekas Pegawai Tentera telah menulis “Lim Guan Eng telah membuktikan dirinya menjadi seorang lelaki yang benar-benar Gentleman, dan dengan permohonan maaf secara terbuka disiarkan di video dalam media baru, membuat dia seorang ahli politik yang dihormati dan dipandang mulia.

Jika perkara yang sama akan terjadi kepada ahli politik BN, saya tidak fikir ahli politik BN akan mahu melakukan apa yang Lim Guan Eng telah lakukan.

Saya juga berfikir bahawa ia adalah menjijikkan bagi sesetengah ahli politik untuk membuat komen yang tidak sepatutnya walaupun setelah Lim Guan Eng telah dikemukakan permohonan maaf kepada Sultan Johor...

Sepenuhnya korang sila baca di (SINI)

Berita berkaitan..

Buktikan ikhlas minta maaf

BUKIT MERTAJAM 2 Okt. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak membuktikan keikhlasannya meminta maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan menghadap baginda, bukannya sekadar melafazkan melalui media massa.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, Setiausaha Agung DAP itu perlu datang sendiri ke Johor bertemu empat mata dengan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan seluruh rakyat negeri itu.

"Sebagai rakyat Johor, saya cabar Guan Eng datang sendiri menghadap Sultan, bukannya membuat permohonan maaf melalui surat khabar sahaja.

"Beliau kena buktikan keikhlasan ucapan maaf itu dan tunjukkan yang beliau benar-benar insaf menyatakan sedemikian," katanya pada sidang akhbar selepas Program Penerangan Perdana anjuran Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Beliau mengulas permohonan maaf Guan Eng kepada Sultan Johor dan rakyatnya yang dibuat kelmarin setelah memburuk-burukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini.

Tambah Ahmad, Guan Eng juga tidak sepatutnya mendabik dada dengan kejayaan penurunan indeks jenayah di Pulau Pinang kerana ia hasil usaha keras pihak polis serta agensi keselamatan yang lain.

Selain itu, ujarnya, kejayaan pelaburan ke Pulau Pinang juga adalah hasil usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lembaga Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Perbadanan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Sementara itu Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, Guan Eng sering menggunakan media untuk menyatakan pendiriannya dan mula menyalahkan media sekiranya ia tidak menepati apa yang dihajati.

Namun, ujarnya, apa yang terbukti adalah sikap berpura-pura pemimpin itu yang sering menyalahkan media sekiranya dihentam sedangkan perkara tersebut adalah benar.

Lidah Rasmi UMNO

25 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. suatu ketika dulu di negeri darul khusus tlh di titah oleh baginda sultan tp lebih tepat pihak istana, akan seorg pemimpin umno yg kini almarhum tetapi arwah telah bercuti sakit dirumah rehat nya di melaka.

    apakah sultan menitah lge mengadap? bukan kah lebih sukar memohon maaf secara terbuka dr hny mengadap sultan se org saja. apakah salah seorg ketua menteri dan menteri besar mengatakan negeri dia lebih aman dan lebih maju dr negeri org lain. Mana mungkin MB NS mengatakan negeri johor atau melaka lebih aman dan lebih maju dari NS.

    ReplyDelete
  2. Sejak pakatan memerintah penang, indeks jenayah turun(bukan aku ckp, maslan yg ckp).
    pelabur meningkat(ni pun bukan aku ckp).
    Maslan ni nak ckp masa BN perintah dulu polis, matrade, MIDA ni xbuat keja ke? apsal lepas pakatan merintah penang baru depa nak buat keja?
    Haha, betul la laporan utusan 28 sept lepas.'Org Anwar resapi badan kerajaan?'

    ReplyDelete
  3. Anon 4:33,
    Btul tu, selama ni depa dok kutuk negeri kelantan xpernah plak depa pegi mohon maaf kat sultan kelantan..

    ReplyDelete
  4. Waa kalau tengok muka kat atas tu nak muntah pun ada...waa meluat sipendek ni sehingga nak cari idea pun boring,dia hanya gahh dlm umno kalau dia merangkak pun waa tendang,manusia mcm ni tak boleh simpan dlm PR sebab dia ada buntat siall...biar kan dia tersadai membodek umno....org umno pun naik fedup,betui lah muka dia pembawa siall kat umno

    ReplyDelete
  5. Alahhhhhh maslan niiii kaki bodek...takkan tak tau....PRU13 dah dekat....biasanya...

    ReplyDelete
  6. Sultan johor dah kata, takyah orang nak melibatkan baginda dalam kancah politik sebab baginda pun boleh berfikir sendiri tak perlu sapa2 nak bercakap bagi pihak baginda. Si jawa maslan ni betul lah tak reti bahasa selain bahasa jawa kot? sultan dah takda cakap apa pun lagi lepas LGE siarkan minta maaf, apahal dia ni nak jolok lagi? Orang minang kata LANCIK induk kau lah maslan!

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya Guan Eng kena minta maaf dengan kerajaan dan rakyat negeridotscre Johor!

    ReplyDelete
  8. non 4.33,

    Indeks jenayah turun di seluruh negara, bukan di Penang aje!!

    PDRM tu duduk bawah kerajaan pusat!

    ReplyDelete
  9. Aku tengah marah ini kerana bangsa
    aku sendiri dulu telah merendahkan
    taraf rajax melayu tapi tak ada
    seekor pun puakx umno yang berani
    bersuara mendesak pemimpin itu
    memohon maaf.Semua takut untuk
    bersuara.Kini setelah seorang bangsa
    cina yang berani memohon maaf kepada
    sultan,celaka melayu ini pulak yang
    lebih sudu dari kuah.Memang dasar
    puakx umngok haram jadah ini kuat
    perkaumannya!Semak kembali senaraix
    haram jadah puakx ini yang menghina
    rajax melayu kita dulu!Aku melayu dan aku sanggup memaki bangsa aku sendiri yang telah menghina rajax
    melayu!Sah umno parti melayu yang
    sanggup menghina raja sendiri tapi
    berlagak pembela raja pulak!!
    Dasar keturunan haram jadah!!!!

    ReplyDelete
  10. hok panggil raja menatang tu da mintak maaf belum?

    ReplyDelete
  11. rakyat negeridotscre Johor tu mana punya rakyat, kat mana negeridotscre ni? dah mamai dah si ra ni sebab kena badi membohong!

    ReplyDelete
  12. Jangan gaduh gaduh.

    ReplyDelete
  13. Memang betul kata Maslan..LGE boleh main2 pulak minta maaf dok jauh2..pakai media dan htr surat kt istana aje...yg terasa ada Sultan bukan tokwan dia..rasa2 LGE tiada masa nak pergi ke istana sebab kena jaga siang dan malam seluruh jalanraya2, bandar2, taman2 perumahan, kampung2 dan kelab2 seluruh Pulau Pinang sebab nak turun indeks jenayah di Pulau Pinang...sungguh le kata LGE...lembu punya sapi..sapi dapat nama..kah..kah

    Ini salah satu idea terbaik dr pemimpin2 PR dgn memburuk2kan negeri2 di dalam Malaysia supaya pelabur2 industri/pelancong2 supaya datang melabur/visit ke Pulau Pinang dgn itu dapat la LGE nak naik indeks pelabur2 industri/pelancong2 bila di bentangkan di dewan rakyat...lepas tu kata ini usaha kerajaan DAP/PR utk rakyat Pulau Pinang....sepatutnya bawa pelabur2 industri dan pelancong2 luar negara supaya datang melabur/visit di Malaysia...inilah wajah Pakatan Rakyat yg dibanggakan oleh org OK..(org keliru.

    P/S: BN tak main le macam LGE buat..hangpa saksikan apa yg ada di Pulau Pinang..

    Anon 4.37pm

    Pernah dengar ke Sultan Kelantan kata kecil hati bila UMNO/BN kata kat Kelantan? Yg benar kena kata le..

    ReplyDelete
  14. AKP tulis panjang2 tapi bodohnya pun panjang. Kalau UMNO jujur tak perlu tunggu Sultan Kelantan kata kecil hati ke tidak. Cuba mak kau tu kau maki dia bangang, bodoh, pastu kau tak minta ampun pasal dia tak sebut dia kecil hati, boleh? Beluncas macam kau ni AKP memang otak penuh taik!

    ReplyDelete
  15. oi rakap pdrm bukan duduk bawah kerajaan pusat..apicelah kangkang rosmah kahkahkahkah

    ReplyDelete
  16. aku suka dengan ayat anda FMZam..
    "AKP tulis panjang2 tapi bodohnya pun panjang." ini adalah yang paling layak untuk pencacai2 UMNO bukan setakat AKP tapi PenganutPas, Rakab dan bla..bla..bla.. depa semua ni jenis melalut berjela2 tapi point nampak tolol!!

    ReplyDelete
  17. Yang pelik UMNO tidak pernah meminta maaf kepada raja dan sultan diatas tindakan mantan PM mereka yang bersikap kurang ajar sewaktu proses pengurangan kuasa raja. Lebih malang sepanjang perhimpunan UMNO tahun 1993, Raja melayu dan sultan 'ditelanjangkan'. Dah lah pengurangan kuasa dan mahkamah khas ditubuhkan untuk mereka. Itu kira ok lagi lah tapi siap dibuka isu dalam kain raja dan sultan.. Memang malang. Sehingga kini tiada pengakuan maaf dari puak2 UMNO ini. Layak kah depa memaksa LGE memohon maaf kepada sultan?

    ReplyDelete
  18. Watak 'batu api' amat sesuai kpd pemimpin Umno. Inilah ilmu keturunan yg d warisi pemimpin petualang & pengkhianat kpd negara. Zaman dah berubah krn maklumat yg smpai trlalu pantas cthny spt isu cincin Rosmah & rasuah Najib. Mustahil raja2 melayu tak tahu prkara ni.

    ReplyDelete
  19. rakab oh rakab..

    indeks jenayah turun di seluruh negara sb pdrm bawah kjaan pusat.

    kemalangan jraya pun semua negeri sama jumlah nya sb pdrm bawah kjaan pusat. kalau turun.. turun lah.. kalau naik.. naik lah..

    penjenayah akan buat kerja jahat bukan kat pulau yg kawasan nya sangat terhad.. nak lari pun situ ke situ jugak .. banyak kerja nya dari buat kerja jahat kat tanah besar...

    ReplyDelete
  20. perkasa tak marah ke.. perkasa tak merajuk ke nanti ..

    ambiga gi mengadap Agung pun dah rasa malu-malu..

    ReplyDelete
  21. aku rasa lah sultan johor tu pun tak nak buang masa dia dlm hal ini ..

    Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, Setiausaha Agung DAP itu perlu datang sendiri ke Johor bertemu empat mata dengan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan seluruh rakyat negeri itu....

    ... kalau seluruh rakyat bukan empat mata lagi lah ...

    nak mengadap sultan ni bukan ikut suka kita.. bila ? kul brape ? dan mintak pulak sultan yg conf kan tarikh dan masa...

    yg melekeh kan sultan sebenarnya Maslan.. bila sultan dah titah tp lge tak datang , masa tu lah baru boleh belasah..

    ReplyDelete
  22. anon 11:33 am... selanjutnya komen aku ialah sepatutnya sudah ada rundingan raja raja dgn pakatan secara sulit.

    jd bila pakatan menang tak lah pihak istana dan rakyat jd huru hara.

    raja raja ada kuasa menegur dan menasihati pm dan bukan pm saje yg berkuasa menasihati raja raja.. sedangkan ada raja raja yg lebih bagus dan pintar dr najib..

    ReplyDelete
  23. anon..11.41pmAda hati nak pakat dgn Raja-raja..kata bila PR nanti menang PRU..senang le sikit..keh keh keh keh..hang ingat filem tamil ke kt Istana..

    ReplyDelete
  24. he he he..

    akp.. ada kemungkinan besar dlm praya kali ini pakatan akan memerintah sbg kjaan pusat. jd sebelum menjadi kenyataan kena lah raja raja ni di beri taklimat..

    jd kau silap faham sb kau kata pakat dgn raja raja .. berunding dan taklimat je .. kalau tak praya akan datang .. praya yg seterusnya.. bukan selama lama nya umno akan memerintah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post