Ha.. menjawabpun dia..

Ini adalah jawapan dari the most powerful person di Menteri Besar Incorporated (MBI) berkenaan dengan barua-barua yang membocorkan maklumat dalaman PKR.. nak tahu baca di SINI.

Dakwaan dan cubaan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor adalah cara Umno bagi mengekang lonjakan populariti pemimpin itu yang mutakhir ini begitu memberangsangkan, kata setiausaha politiknya, Faekah Husin.

Dalam satu kenyataan media, Faekah berkata usaha-usaha itu bertujuan menjejaskan populariti dan kredibiliti Khalid yang kini mengatasi pimpinan Umno mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

“Blog (AntaraPos.com) yang diterajui bekas Pengurus Besar CCSB (anak syarikat kerajaan negeri) yang ditamatkan kontrak Jun lalu digunakan untuk melaksanakan perbuatan hina ini.


“Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan Umno ini juga ditubuhkan khas untuk mempertahankan Datuk Seri Najib (Razak) yang kini dikatakan mendapat tentangan terang-terangan dari timbalannya Tan Sri Muhyidin (Yassin),” kata Faekah.

CCSB adalah syarikat yang mengendalikan TV Selangor buletin negeri Selangorkini yang diterbitkan setiap bulanan.

Faekah mengulas dakwaan yang dibuat dalam blog itu berhubung beberapa wakil rakyat PKR yang mahu Khalid dipecat.

Faekah bagaimanapun mengakui terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang tidak biasa dengan cara Khalid mentadbir negeri Selangor seperti menguruskan sebuah syarikat korporat

“Golongan ini sangat kecil jumlahnya namun bersuara agak lantang mungkin kerana kedudukan mereka di dalam parti dan mungkin juga di dalam masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, rakyat mahukan pentadbiran yang berlandaskan ketelusan, kebertanggungjawab, bebas rasuah dan adil yang tidak pernah dipraktikkan BN sepanjang memerintah Selangor.

Faekah juga berkata beliau ada mendengar mengenai memorandum yang disebarkan dengan tujuan mengugat kedudukan Khalid.

Katanya, sebagai setiausaha poltik, sudah pasti beliau akan mempertahankan kedudukan menteri besar jika Khalid diserang oleh mana-mana pihak; lawan mahupun kawan. Beliau juga menyifatkan Khalid sebagai seorang pemimpin yang baik, bersih, telus serta komited terhadap kehendak rakyat adalah ibadah.


Malaysiakini

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ASD,

    Ini masalah dalaman Pkr.

    Buat masa nih, aku cuma memerhati jer...

    heheheheee...

    ReplyDelete
  2. dalang nya umnot la...

    '..Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan Umno ini juga ..'

    posotif nya isu ini ialah MB Selangor kena menjlnkan tanggung jawab dgn betul dan bijak.

    se sekali pemimpin ni kena dikejutkan dgn cara begini..

    ReplyDelete
  3. Patut la aku rasa macam ada yg x kena aja dgn ENTRY yg sblm ni....
    Ropa2nya.... AGENDA MUNAFIK LAGI JAHAT DARI PUAK2 UMNO LAKNAT...

    ALLAH ADA BALASAN UTK MEREKA... INSYAALLLAH...

    JOESIRAP

    ReplyDelete
  4. geng2 Noh Omar dah mula bekerja..

    harap2 lepas Pru13 dia jadi MB banyk la projek masuk..

    yg selalu menyalak, mcm Salehudin bekas SU PKR, pengerusi gerakan selamatkan selangor pun sama..

    mereka2 ni yg terliur nk jd CEO anak2 syarikat kerajaan S'ngor.

    lepas Khir toyo dah xleh nak diharap lagi..

    Noh Omar tercinta sanggup mereka jilat pungkoqnya

    ReplyDelete
  5. khalid dengan faekah orang baru lagi dalam politik . apa tahu . bila umum rizab tunai RM1100 juta tapi tak mengalir pada pemimpin kat chabang , apa cerita . Ingat pemimpin ni nak belanja penyokong penyokong kuat ni dengan prinsip jer ker ??? Pemimpin kat ranting jangan ceritalah . mintak itu tak boleh mintak ini tak boleh . jangan besar lah . jersi bola budak budak nak lawan futsal pun tak dapat nak sedia . sembang jer lebih . budak budak hangat hati jugak . kasi bakar itu prinsip lah perempuan oiii .

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post