Hidup Melayu Hidup Islam! Slogan HIMPUN?



Sila teliti slogan-slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur dalam Himpunan Sejuta Umat yang akan diadakan di Shah Alam hari ini didalam imej diatas. Printscreen dari laman web himpun.. kalau korang tengok hari ini dilaman web tersebut di (SINI) ianya telah dipadamkan atau removed.


Antara slogan-slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur HIMPUN untuk dipamerkan pada sepanduk, kain rentang atau placard pula adalah : -

a. Selamatkan Aqidah Umat
b. Jangan Gugat Kedudukan Islam
c. Bersatu Selamatkan Aqidah
d. Melayu Sepakat Islam Berdaulat
e. Hidup Melayu Hidup Islam
f. Pertahan Institusi Raja
g. Daulat Tuanku Allahuakbar!
h. Suara Umat Suara Keramat
i. Satu Ummah Satu Aqidah
j. Hormati Islam Agama Negara
k. Bersama Cegah Murtad
l. Hentikan Usaha Pemurtadan

Apa relevannya slogan "Melayu Sepakat Melayu Berdaulat" dan "Hidup Melayu Hidup Islam" dengan perhimpunan sejuta umat Islam ini?

Menurut Dr Asri, istilah Ketuanan Melayu (Malay Supremacy) jelas cuba mempertahankan UMNO yang semakin lama semakin ditolak oleh orang Melayu sendiri.

Dan slogan "Hidup Melayu Hidup Islam" jelas mendahulukan kaum berbanding agama - secocok dengan slogan UMNO "Untuk Bangsa, Agama dan Negara".

Menurut ajaran Islam, agama perlu dipertahankan barulah bangsa atau sesuatu kaum.

Maka tepatlah keputusan Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahlinya tidak menyertai himpunan tersebut walaupun Exco Agama Selangor, Hassan Ali bakal hadir atas kapasiti individu dan bukan lagi PAS.

Sila baca pendapat Dr. Maza dalam isu Ketuanan Melayu di SINI

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. mana peruntukkan 100 juta SAR dlm budget 2012, sekolah cina dapat, sekolah india dapat, sekolah KRISTIAN dapat, Sekolah Agama Rakyat dapat apa?

    ReplyDelete
  2. MELAYU DIATAS BELUM TENTU ISLAM TERBELA TAPI KALAU ISLAM DIATAS SUDAH PASTI MELAYU TERBELA(faham ke tu,aku pun tak berapa faham)

    ReplyDelete
  3. klu lah ezam md noor yg ada sama sah lah ini main politik bodek umno yg tak habis2 cuba lah ambillah iktbar sikit apa yg berlaku di mesir syria libya dan skg di jordan pula,fikir2 kan.

    ReplyDelete
  4. ternyata lah perhimpunan adalah utk menyelamatkan aqidah politik umngok.

    4 slogan aje yg menepati tujuan perhimpunan ..

    slogan murtad sengaja di gunakan dan mungkin placard dan sepanduk yg terbanyak..

    sekilas ikan di kuali...

    ReplyDelete
  5. nak kata bodoh pun konon nak perintah malaysia puak pakatan haram ni .

    Dah nama pun garis panduan kau nak menjerit slogan tu ker tak nak ker bukan wajib pun . Jangan pegi jerit benda benda yang boleh datangkan dosa dah lah . baguslah dikeluarkan panduan sebelum berhimpuan . tak derlah meraban pegi sebut "pandikutty" , kalau himpun bela gereja bolehlah sebut ayat tu .

    Nampaknya theresa kok dan angkatan mubaligh nya tak perlu susah payah tutup stadium pun . mereka boleh goyang kaki tengok Himpun tu gagal . sebabnya orang islam sendiri cari jalan hendak menggagalkannya dengan mereka berbagai alasan dan kesalahan . nampaknya orang islam sendiri dah buat kerja bagi pihak musuh islam .

    tak nak pegi sudahlah . rakyat faham sebab tak boleh berucap untuk meraih undi . tapi jangan lah bagi alasan . dan korek segala keburukan untuk tidak menggalakkan orang lain pegi . Peribadi islam ker macam tu ??

    ReplyDelete
  6. he he he... pPAS, pPAS...alahai pPAS

    dah sudah lah jgn salahkan mubaligh lah... jgn salahkan org islam cari jalan hendak mengagalkan nya... sudah lah..

    AQIDAH ORG UMNGOK
    sebelum pergi sana aqidah tu mesti kuat ... mcm mana nak pergi kalau aqidah tak kuat..? bukan pergi perang baru kuat.. tp kuat lah dulu boleh lah pergi perang.

    AQIDAH PAS/PKR
    atau mungkin aqidah mmg dah kuat jd tak perlu diselamatkan.. krn org ini tak nak aqidah dia org di jdkan alat kepentingan lain.. krn aqidah mcm ni lah mrk tahu apa sbb serbu dmuc dan gantung aziz.

    mmg lah bagus ada garis panduan.. tp slogan tu yg tak bagus.. lebih menyelamat kan melayu umngok dr aqidah yg sebenarnya..

    lebih baik tingkatkan mutu isi khutbah.. tp khutbah pun di manipulet kan jgk.. seolah olah aqidah dikuat kan utk menyatukan org melayu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post