
Ada orang Islam yang jahil menyatakan bahawa kalau hudud dilaksanakan maka ramai orang Islam akan kudung tangan dan sesiapa yang ingin makan sup tangan boleh pergi ke Kelantan.
Ada juga yang berani menyatakan hukum hudud tidak sesuai dijalankan di negara kita.
Tanpa mereka sedar pandangan dan kenyataan mereka itu adalah serius dan boleh menjejaskan akidah mereka sendiri. Semuanya dilakukan kerana memang jahil atau mereka mempunyai niat jahat terhadap hudud.
Kita tidak hairan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin atau orang bukan Islam tetapi malangnya ia keluar dari mulut umat Islam malah pemimpin umat Islam sendiri.
Sebagaimana yang kita tahu bukan mudah untuk sesuatu hukum Islam itu dijatuhkan. Contoh bukan mudah untuk dijatuhkan hukuman potong tangan atas kesalahan mencuri. Seperti kata Ulama Islam tersohor, bahawa terdapat 20 syarat yang perlu dipenuhi jika hukuman potong tangan hendak dilaksanakan kepada si pesalah. Contohnya seperti kata Ustaz Nik Amar, kalau curi maggi (mee segera) sudah tentu ia tidak akan dipotong tangan. Tetapi jika curi cincin berharga RM24 juta maka ia layak dijatuhkan hukuman potong tangan.
"Kalau si pencuri itu mencuri tetapi beliau ada anak 12 orang dan gajinya RM150 sebulan, orang ini tidak akan dipotong tangan, tetapi kalau gaji RM5000. RM6000 maka ia layak dijatuhkan hukuman setelah sabit kesalahan" ujar Nik Amar dalam debat mengenai hudud anjuran Sinar Harian 2 hari lepas.
"Hudud ini sebenarnya tidak perlu ditakuti kerana hanya orang jahat sahaja yang takut kepada hudud, orang baik tidak takut" tambah Nik Amar.
Turut menjadi ahli panel pada program tersebut ialah Pensyarah Universiti Pertahanan Nasioanl, Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Ralit. Program tersebut dipengerusikan oleh Dr Maszlee Malik.
Cth yg di beri, tepat dan padat..semoga usaha kalian utk menjalankan hukum hudud di permudahkan ALLAH..
ReplyDeleteOnly malay satanists are against hudud.
ReplyDeleteSebenarnya hudud bukanlah sekadar menghukum tetapi suatu kaedah psikologi di mana pencuri yang layak dipotong tangan tidak akan mencuri telah melihat individu yang mencuri yang layak diptong tangan dipotong tangan. dan seseorang yang sudah bernikah tidak akan berzina apabila melihat individu lain yang sudah bernikah yang berzina direjam(bersandarkan syarat). Kaedah psikologi yang membuatkan individu takut untuk melakukan jenayah dan pemimpin memberikan hak rakyatnya kepada rakyatnya.
ReplyDeleteMangsa “Istikharah Cinta”
Cara Timbang Berat Blog
.
Jangan ada hudud. Nanti Rosmamak kesayangan aku dihukum potong tangan kerana cincin RM24 juta tu!
ReplyDeleteBuat Zul Kulum, amat memalukan anda sebagai muslim berketayap lagi menghina hukum AlQuran. Jgn salahkan orang bukan muslim sekiranya mereka rasakan Islam bukan agama yang selamat. Org Islam sendiri yang mencipta persepsi sebegitu dan golongan itu hanyalah pecacai UMNO dan pemimpin2nya. Bapak satanist belum mati lg..sigh
ReplyDeleterakab, penganutpas, najib, rosmah dan amno-apco sama sekali tidak takut dengan hukum hudud la oiiii
ReplyDelete.
mereka brani dgn hukum hudud kerna mereka tidak berbuat apa2 kesalahan pun. .
.
cuma, mereka berpaksikan kepada rialiti
.
so faham2 sudah le ye
Orang yang takutkan Hudud adalah:
ReplyDelete1. Orang selalu buat Dosa besar
(Contoh BUNUH ORANG)
2. Orang yang selalu buat Fitnah
3. Orang yang selalu makan Rasuah
4. Orang yang seleweng duit rakyat
Kenapa laa kamu penyokong pkr/pas suka menghina diri sendiri.
ReplyDeleteUmno tidak menolak hudud!...Umno cuma menentang Pas yang suka menjadikan hudud sebagai modal politik,..lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihanraya.
Umno menegaskan bahawa hukum-hukum Islam mesti dilaksanakan secara tertib dan teratur mengikut keutamaan, kebijaksanaan dan seimbang antara dunia dan akhirat.
Dan kamu semua faham tentang amalan dan pendekatan Umno itu sejak sekian lama,..tetapi masih juga kamu menghina, mencaci dan menfitnah Umno serta pemimpinnya.
Aku setuju dengan Nik Amar orang baik tak takut hudud hanya orang jahat dan orang PAS jer yang takut hudud ni .
ReplyDeleteDah 21 tahun dah Karpal cabar nak laksanakan hudud langkah mayat dia dulu . Lepas 21 tahun baru sekarang PAS tubuhkan Jawatankuasa mengkaji perlaksanaan hudud . Tak pernah dibuat dek orang .
Dah buat enekmen dah lulus enekmen di DUN tapi tak nak gazet. dah 7 8 tahun enekmen tu jadi bahan ceramah tapi baru sekarang nak kaji perlaksanaan . Time ceramah dan bercakap bukan main , hudud gitu lah hudud gini lah . Sekarang baru nak kaji .
Bila Zul Kulim tegur yang tak kena dengan hudud PAS , bising kata tolak al-quran . yang kau tu sebelum buat dulu tak kaji perlaksanan tu ikut sangat ker al-quran .
Memang orang PAS ni takut dengan hudud dia sendiri . Takutkan DAP . Takut hilang undi .
Bodohnya PenganutPAS dan rakab. Hudud adalah dibawah undang2 persekutuan. Kerajaan persekutuan adalah UMNO. Jadi siapa yang halang hudud? BODOH betul pencacai UMNO. Nak putar!
ReplyDeleteWoi monyet 8.30,
ReplyDeleteBila Umno ada halang hudud di parlimen ??..cakap ikut suka,..buat fitnah dah jadi kebiasaan puak kau ni..
Encik Rakap,
ReplyDeleteCuba baca Perlembagaan Persekutuan Perkara 75 (undang-undang negeri yang berlawanan dengan undang-undang Persekutuan) yang mewartakan mana-mana undang-undang negeri yang berlawanan dengan undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan hendaklah dipakai, undang-undang negeri akan terbatal dengan sendirinya. Hal ini bermakna jika undang-undang hudud dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri , undang-undang ini akan terbatal jika pesalah mohon untuk diadili berdasarkan undang-undang persekutuan. Jadi tak gunalah laksanakan hudud peringkat negeri jika persekutuan tidak bersetuju. Anon 8.30 bukannya monyet. kamu yg dungu. Umno memang tidak halang di Parlimen tetapi umno tidak juga membenarkan kerana sedar hudud tidak boleh dilaksabakan kerana perkara 75. Pinda dulu per 75 baru boleh cerita....ada paham...
anon 9.14
ReplyDeleteNik aziz dah cakap nak buat hudud di Kelantan , untuk orang Islam sahaja dan masukkan dalam undang-undang jenayah syariah negeri Kelantan . Perlu masuk ke Parlimen ker ???
Yang kau dok berhujah tu kalau nak buat hudud untuk seluruh negara dan untuk muslim dan non-muslim . Ada faham ????
Penganut pas,
ReplyDeleteUndang-undang syariah negeri ialh undang-undang negeri juga. Katakan ada orang Muslim di kelantan akan diadili berdsasrkan hukum hudud tetapi dia menolak hendakkan hukum persekutuan. Orang tu akan menang kerana undang-undang negeri akan terbatal jika bercanggah dengan undang-undang persekutuan. Jadi apa gunanya buat hudud di klantan jika pesalah boleh memilih undang-undang persekutuan. Itulah sebabnya Per 75 perlu dipinda. Maaflah ya pasal saya berhujah dengan orang tak berilmu, yg tunjuk pandai walaupun kurang pandai...
pangautPASpone atau penganutDUMC dia ni
ReplyDeletebukan ketahuan menatang apa pun bila cakap.cakap ikut otak tahap reput mmg dia akan menunjukan kebangangan dia tahap kritikal.hanya hujah2 bodohnya sahaja yg akan diterima pakai oleh rakab.
mangkuk 2 ekox ni.tau melalak aja.aku rasa kulit buku perlembagaan pun tak tau colour apa.tapi menyalak cakap hal perlembangan.
banyakkan membaca bro.sblm tu pergi kedai buku n beli buku perlembagaan n khatam dulu baru mai berhujah kat sini penganutDUMC oii...
p/s:maksud/makna perlembagaan pun dia bukan tau menda apa.
rakab ngok..tu hang duk nganga apa lagi.dah report SPRM dah ke kes pengetua rasuah 200k ke 2j?
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!