Isa Samad lantik dirinya sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad

TEMERLOH, 5 Okt: PAS mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi menyiasat Tan Sri Isa Samad di atas tindakan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) tanpa melalui mesyuarat agung sebagaimana peruntukan undang-undang koperasi.

Perlantikan ini bertentangan dengan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi kerana perlantikan itu sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat lembaga.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.


Beliau dipercayai mengulas laporan langkah Isa melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF, sebuah koperasi yang dimiliki oleh peneroka dan kakitangan Felda.

"KPF ini adalah milik peneroka dan pada pandangan mereka, kepimpinan Pengarah Besar Felda dan juga Pengerusi KPF, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak perlu ditukar kerana sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Selain itu, tahun lalu, KPF telah dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011.

KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka.

Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF.

"Oleh itu, Isa yang hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan semestinya tidak layak jadi ahli," kata beliau.

Menurut Tuan Ibrahim (gambar bawah) yang tinggal di kawasan Felda Jengka, Pahang, yang menyayatkan hati warga dan kakitangan Felda sekarang ialah bilamana beliau yang bukan ahli KPF, telah secara tidak segan-silu melakukan perlantikan diri-sendiri untuk menerajui KPF.

Ia pula dibuat berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri dalam satu mesyuarat lembaga penghujung Ramadhan lalu.

Lebih menghinakan bagi warga dan kakitangan Felda, katanya, ialah perlantikan tersebut dikatakan berlaku ketika Datuk Dzulkifli tidak ada dalam negeri.

"Tindakan ini mencerminkan sikap sebenar pengerusi baru Felda ini yang terang-terang tidak menghormati kepimpinan koperasi Felda yang sedia ada sehingga menimbulkan bantahan daripada ahli-ahli KPF," katanya.

Bagi beliau, walaupun kurang setahun Isa menjawat jawatan Pengerusi Felda, banyak keputusan yang membinggungkan warga dan kakitangan pengurusan Felda telah dibuat.

Antaranya:

1. Pinjaman RM6 billion daripada KWSP untuk tujuan yang tidak diketahui sehingga kini. Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Ahmad Maslan bermati-matian mempertahankan dakwaan Felda stabil dan mempunyai aset RM19 bilion.

2. Pencagaran keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab tiada kerana menunaikan umrah.

Dan kini, beliau telah mencetuskan satu lagi kontroversi dengan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF.

"Peneroka dan kakitangan Felda kini mula bimbang dengan masa depan KPF kerana ia bakal diuruskan oleh seorang pemimpin Umno, yang Umno sendiri pernah menghukumnya kerana terlibat dalam politik wang suatu masa dulu," katanya.

Sehubungan itu, katanya, demi masa depan KPF, ahli-ahli KPF perlu bersama PAS dan Pakatan Rakyat dalam mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Isa Samad kerana telah melanggar akta koperasi dalam perlantikan tersebut.


Harakahdaily

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Isa Katik dilantik pengerusi Felda walaupun umun tahu rekod rasuah dan politik wang beliau dalam UMNO. Ini adalah cara Najis balas budi selepas apa yang berlaku di Port Dickson. Aku tak sangka Najis suka dgn penyanyi perempuan yang punyai trade mark terangkat kening ketika menyanyi. Mungkin suara dan bukaan mulut nampak seksi kot. So apa nk buat, puak2 pecacai mmg suka pemimpin2 mcm ni.

    ReplyDelete
  2. PengikutPenganutPASOctober 5, 2011 at 6:13 PM

    tau tak pe
    hahaha hihihi huhuhu

    ReplyDelete
  3. Isa pemimpin bijak, berpengalaman.
    20 tahun sebagai menteri besar!...
    kalau setakat pengerusi Felda tu,..
    apa sangat pada dia...

    pssst....kau orang dah baca pengakuan bersumpah Rahimi ker belum...

    heheheheeee....

    ReplyDelete
  4. 20 tahun pengalaman RASUAH DAN POLITIK WANG....hahahahaha...habis jahanamlah Felda di kerjakan oleh Isa Pendek ni!...tu lah orang ceriter pasal Isa, budak pompuan ra ni cakap tentang Rahimi pehal? Ya lah baru tiga malam belum kering lagi...patutlah sewel je cakap dia.

    ReplyDelete
  5. Yang nie lagi hebat...ada seorang pemimpin of PR yang telah diangkat oleh bini dia sendiri sebagai "Pemimpin Anugerah Tuhan"..lagi tinggi dari Isa Samad..Woooi

    ReplyDelete
  6. ....adalah saya ISA BIN SAMAD pengerusi FELDA, dengan ni MENGUMUMKAN telah MELANTIK DIRI SAYA ISA BIN SAMAD SEBAGAI PENGERUSI PERMODALAN FELDA BHD BERKUATKUASA HARI INI.....SEKIAN HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH.

    MAJU UNTUK FELDA.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post