Kenapa FAM Naikkan Harga Tiket FINAL Piala Malaysia ?

Dah dua tahun berturut-turut nampaknya harga untuk tiket perlawanan final Piala Malaysia di naikkan FAM..

Tahun 2010 harga tiket Final Piala Malaysia 2010 dinaikkan sebanyak RM10 daripada harga asal RM20. Kenaikan itu bermakna harga tiket final berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka.


Tahun ini pula harga dinaikkan lagi menjadi RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Alasan demi alasan diberikan untuk mengaut untung yang lebih bila rakyat mula kembali memenuhi stadium..

Ini alasan untuk tahu 2011..

KUALA LUMPUR: Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak daripada keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.

"Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket itu bagi semua tempat duduk stadium.

Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, supaya FAM mengkaji semula harga tiket tersebut, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun FAM tidak akan berganjak dari keputusan asal. - BERNAMA


Berikut pula adalah alasan untuk tahun 2010..


10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Setiausaha FAM kata harga tiket RM50 tu MASIH MURAH JIKA DIBANDINGAN DENGAN NEGARA2 JIRAN seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.. Macam aku biasa dengar dialog mcm tu.. Kat mana ye?

    ReplyDelete
  2. Anuar Musa punya kerja ni..Kelantan dah kalah..pasal tu lah dia naik kan harga tiket..kalau Kelantan menang..harga tiket RM30 je..
    Anuar "musang bulu Ayam "

    ReplyDelete
  3. Alaaa.. Malaysian Football Fan mmg poyo.. apa salahnya.. utk Final je.. lepas tu nanti, game2 awal musim akan datang harga turun balik..

    kalau Man U, Liverpool, Chelsea datang.. RM300 pun korang sanggup bayar... lak tu penuh stadium 80,000 org... diorang buat duit betul..

    ReplyDelete
  4. ok aper...yer la tahun lepas kt bkt jalil..kerajaan bn pnyer tmpt..nie shah alam ma....lu pikir la saper pnyer tmpt..bis byr stadium jer dh mahal..xkira lg sipi2...terpaksa la FAM..

    ReplyDelete
  5. Kerajaan negeri Umno bagi diskaun untuk harga tiket!

    Terimakasiiiiiih!!!

    ReplyDelete
  6. laaaa mentaliti penyagak pakatan haram .Anuar Musa dipersalahkan padahal Anwar Musa tak der pun dalam meeting . hamidin yang chair meeting. Penyangak ni kalau tak keji orang lain tak sah

    ReplyDelete
  7. FAM naik harga tiket kerana 2 sebab-

    1. Nak bayar operation cost rakab tukar jantina di Thailand..

    2. Nak kena bayar PenganutPas punya cost untuk rawatan sakit GILA BABI dia..

    hehehehehehe

    UMNO GILA..FAM PUN DAH GILA

    ReplyDelete
  8. Bodoh punya pengurusn. Buatlh mcm hot tiket tu. Dpt mkn KFC prcuma ke.. main tibai je nk naik tp tak de strategi. Kena hantamlah lu..

    ReplyDelete
  9. pPas bangang, anuar musa kan dlm committee, terlibat sama lah. Biasalah tu pemimpin umno pengecut, yg buat decision selalu tak mai...supaya disalahkan dan dikorbankan barua bawahan...hang tunggu lah giliran hang tak lama lagi.

    ReplyDelete
  10. ..

    aon 10:49 pm

    rm50 hny kos penyelenggaraan dan keselamatan.

    tetapi rm300 tu termasuk kontrak dan bayaran hrg pemain utk chelsea, Man U dan Liverpool..

    bodoh sape lah yg dia org dapat bila buat keputusan tak masuk akal. skg rakyat dah cabar keputusan tsbt... ini tanda kelemahan kepimpinan fam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post