Bekas Bendahari UMNO Merbok Kuasai Projek Istana baru?



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan lebihan kos pembinaan Istana Negara yang meningkat sekali ganda kepada RM800 juta berbanding kos asalnya sekitar RM400 juta.


Azan berkata, selepas sesuatu belanjawan dilulus di dewan rakyat, kebiasaannya terdapat kos tambahan yang digunakan untuk menguntungkan syarikat pemaju yang ada kaitan dengan Umno.

“Belanjawan tambahan inilah yang kita persoalkan kerana lazimnya kos asal projek akan melonjak dan tiada jawapan memuaskan dari kerajaan persekutuan,” katanya mengulas sebaran gambar istana berkenaan di blog dan laman sosial Facebook, lihat gambarnya di (SINI).

Menurutnya lagi beliau mengesyaki kos tambahan berkenaan digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya Umno.

“Akhirnya, wang rakyat itu juga akan disalur untuk membiayai kempen Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kos asal pembinaan Istana Negara yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan bernilai RM 394,803,200.00

Namun, harga yang ditawar Jabatan Kerja Raya (JKR) secara rundingan terus pula berjumlah RM 649,995,507.51

Projek itu yang sepatutnya siap pada 29 November 2010 dipinda sehingga Februari 2011 dengan kosnya melonjak lagi kepada RM811.2 juta.

Syarikat berkenaan dikatakan dikuasai Datuk Man bin Mat yang juga Bekas Bendahari Umno Merbok, Kedah.

Rekod menunjukan semasa kontrak ditawar kepada syarikat ini, ia ditakrif sebagai ‘DORMANT’ oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini bermakna, syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai ‘track record’ dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan. Ia hanya didaftar sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 selepas mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.

Syarikat ini juga tidak mempunyai lesen ‘PKK’ yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR dan tidak berdaftar dengan ‘CIDB’ yang merupakan syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.

Akhbar The Star bertarikh 27 Jun 2010 melaporkan ramai buruh asing digunakan untuk pembinaan Istana Negara Baru tersebut, tetapi tidak dibayar upah.


http://www.keadilandaily.com/?p=21206

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Open tender or deal terus?? Tak gunalah klu ada PKK & CIDB ni. Kroni gak yg dpt.

    ReplyDelete
  2. buat apa nk bising2...

    kan orang melayu jugak yg kaya...

    betul x pencacai?

    ReplyDelete
  3. tak ada masalah melayu yg dapat kontrak. depa ambil duit sikit2 tak pa tu melayu.
    Tu ha yg cina dok hambat orang melayu dari pulau pinang, dok ambil tanah melayu, reban kedai melayu. guan eng tu dok berlagak bagi salam, kata inshallah tapi dia lah dok halau melayu.
    ....typical otak bodoh pecacai UMporNO.

    ReplyDelete
  4. Dengar dulu jawapan dari menteri kewangan,..baru boleh komen!

    ReplyDelete
  5. Aku dah boleh agak apa jawapan menteri kewangan sebab dia ni pun kroni UMNO. heeee.. spatutnya report dengan SPRM! oppsss SPRM pun cabang UMNO.. mampuslah jawapnya segala masalah rasuah dan kroni akan senyap aje.. pilihan terakhir refer ke mahkamah antarabangsa, itu kalau boleh.. semua agensi penguatkuasaan dah diserap hantu UMNO!

    ReplyDelete
  6. Duit tk berkat ni lingkupny pun cepat. Tngok UEM Umno punya tu. Dulu gagah prkasa tp skrg dh nk trlingkup. Projek oversea smua bungkus. Dlm negara plak tk ada giant punya projek sbb smua d sapu kroni najib & the gangs. Klu bukan GLC dh lama tapau.

    ReplyDelete
  7. Patutlah hari tu Judin nak kena tendang ke CIDB. Kurang ajar punya UMNO!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post