Laporan Audit Negara : Apa yang Najib mahu disembunyikan?


Kegagalan pihak kerajaan memberi penjelasan kenapa Laporan Ketua Audit Negara lewat dibentangkan di Parlimen kini bertukar menjadi skandal besar.


Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa apabila ditanya bilakah laporan tersebut akan dibentangkan di parlimen, seorang pegawai dari pejabat Ketua Audit Negara menjawab secara selamba bahawa laporan itu akan dibentangkan pada 1 Disember, hari terakhir sesi sidang parlimen kali ini.

Apabila seorang wartawan akhirnya berjaya menghubungi Timbalan Ketua Audit, beliau berkata beliau tidak perlu menjawab apa-apa soalan, termasuk bila laporan itu siap atau bila ianya akan dibentangkan di Parlimen. Beliau mencadangkan agar soalan seumpama itu diajukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Dan Nazri, yang bertanggungjawab tentang urusan parlimen, dilaporkan akhbar itu pada 10 Oktober sebagai berkata bahawa beliau tidak pasti bilakah laporan itu akan dibentangkan di Parlimen kerana tugas itu adalah tanggungjawab Kementerian Kewangan.

Nazri selanjutnya dilaporkan dalam internet pada 11 Oktober berkata bahawa beliau menjangka laporan itu akan dikeluarkan dua minggu setelah kabinet menelitinya dalam mesyuarat kabinet pada 14 Oktober.

Ahli Parlimen PKR-Sungai Petani, Johari Abdul memberikan jawapannya. Apabila disoal wartawan di parlimen pada 13 Oktober beliau memberitahu bahawa beliau sendiri telah menelefon pejabat Ketua Audit pada hari sebelumnya.

Beliau diberitahu bahawa laporan itu sudah siap lebih awal berbanding tahun lalu dan para pegawai tersebut merasa bangga kerana telah berjaya melaksanakan tugas itu (menyiapkan laporan itu) dengan lebih baik berbanding tahun lalu.

Malahan, para pegawai tersebut terkejut apabila diberitahu bahawa laporan itu tidak sampai di tangan ahli-ahli parlimen.

Sudah menjadi tradisi bahawa laporan Ketua Audit itu mesti sampai di tangan ahli-ahli parlimen pada tepat waktunya sebagai persediaan menghadapi pembahasan bajet tahunan.

Penangguhan yang sangat lama pada tahun ini (10 hari selepas belanjawan negara dibentangkan pada 7 Oktober), walaupun dikecam hebat oleh ahli-ahli parlimen pembangkang, adalah sesuatu yang luar biasa.

Daripada cakap-cakap mulut Nazri dan para pegawai Ketua Audit, tidak dapat disangsikan lagi bahawa laporan tahunan ini telah disembunyikan di mana-mana di antara pejabat Ketua Audit dan parlimen.

Institusi bebas

Mengganggu tugas Ketua Audit merupakan satu kesalahan di bawah perlembagaan kerana Ketua Audit adalah institusi yang bebas seperti mana tahap kebebasan yang dinikmati oleh pihak kehakiman dan suruhanjaya pilihan raya.

Selain daripada dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, keraian dan terma-terma perkhidmatan Ketua Audit ditentukan oleh Parlimen.

Beliau tidak boleh dipecat daripada tugasnya melainkan melalui sebuah tribunal seperti mana yang dinikmati oleh para hakim (Artikel 105 Perlembagaan Persekutuan). Laporan-laporan Ketua Audit terus dikemukakan kepada Agong yang menentukan ianya dibentangkan di parlimen (Artikel 107).

Adalah jelas bahawa peruntukan yang begitu ketat ini di bawah perlembagaan bertujuan untuk memberi kebebasan kepada Ketua Audit untuk memastikan bahawa beliau boleh menjalankan tugas dengan bebas sebagai sebuah badan yang neutral untuk meneliti pengurusan kewangan kerajaan tanpa campurtangan dari Eksekutif.

Saluran komunikasi direka sedemikian rupa supaya ianya melangkaui pihak Eksekutif. Ianya dari Ketua Audit terus kepada Agong dan daripada Agong terus kepada Parlimen. Di sini jelas bahawa pihak Eksekutif tidak mempunyai peranan dalam merencana laporan-laporan Ketua Audit atau pembentangannya di Parlimen.

Makanya situasi ini amat membimbangkan apabila kita diberitahu bahawa laporan itu harus dibahas oleh kabinet dan bergantung kepada Kementerian Kewangan untuk mengeluarkannya.

Dengan pendedahan terbaru bahawa laporan itu hanya akan dikeluarkan pada hari terakhir sesi parlimen kali ini dan keengganan Timbalan Ketua Audit untuk memberi sebarang maklumat bermakna situasinya kini menjadi lebih jelas.

Ketua Audit yang dipuji pada masa lampau kerana menyediakan laporan penilaian yang bebas berhubung pengurusan kewangan kerajaan, telah menjadi mangsa terbaru kepada cengkaman tangan-tangan halus Barisan Nasional (BN) yang mencabul kebebasan hampir semua institusi di negara ini.

Untuk menyelamatkan institusi ini daripada cengkaman dan menjadi agensi yang berada di bawah kawalan BN, Ambrin Buang harus bangkit menyuarakan dengan berani.

Beliau mesti memberitahu rakyat bila dan kepada siapa beliau menyerahkan laporan tahunannya serta sama ada terdapat percubaan pihak Eksekutif untuk meminda isi kandungannya atau melengah-lengahkan pengeluaran laporan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjelaskan apakah tindakan yang diambil oleh Eksekutif berhubung laporan Ketua Audit itu.

Jika beliau gagal berbuat demikian maka ahli-ahli parlimen harus membawa usul untuk mendakwa Perdana Menteri atas sebab pecah amanah di bawah perlembagaan.


Free Malaysia Today

19 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. MESTI ADA YG X BETUI LA TU ... TU YG NAK SELINDUNG TUUU...
    ALAAAA... BANGKAI KHINZIR MANA BOLE NAK DITUTUP DGN NYIRU...
    ESOK2 BERBAU JGK... MALAHAN LAGI BERBAU KUAT....
    SAMA2 LA KITA TUNGGU LAPORAN TERSEBUT NOOO....
    KITA AKAN TGK SAPA YG KENAAAAA.....

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu...Najib mestilah nak cover 'kecurangan' yg dah dia serta anak2 buahnya lakukan pada perbendaharaan negara. Takkan lah dia nak war2kan segala kegiatan 'perogolan' dlm menguruskan negara.

    Namun rakyat Malaysia amat bernasib baik Audit Negara diketuai oleh Tan Sri Ambrin Buang-seorang yg telus & berintegriti. Cuba bayangkan kalau Ketua Audit Negara dikepali oleh org spt Isa Samad, Ghani Patail dll...jahanam Malaysia. Memanjang kena kena kencing je lah.

    ReplyDelete
  3. Tunggu pakar ekonomi negara Sicibai ppas buat komen...
    ulasan akan sama je....
    tapi panjang berjela...

    ReplyDelete
  4. anon 2.46 - ko mcm dh baca pikiran aku sbb mmg aku nak tulis sebijik mcm apa yang ko tulis. Aku mmg tgu ppas aka pakar (cut-paste)ekonomi. Dh terang2 pemerintah cuba selindung fakta dan laporan kedudukan kewangan negara sbb Najis tahu klu report audit keluar awal sebelum dia umum bajet 'tabur duit utk pancing undi 2012' sure Najis kena tiaw kaw2 sbb dia pun mcm ppas gak la bukan tahu kebenda pasal kewangan. Kena ingat Greece muflis sbb pemerintah selindung dan menipu laporan kedudukan kewangan negara supaya rakyat tidak menentang mereka. Begitulah ceteknya akal pecacai jika masih mempertahankan tindakan Najis n the gang di Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Klu PM kuat pembohong, 1 jenterany pun turut pembohong. Apa dia nk takut sbb SPRM & PDRM peliharaan dia. Bagi makan baikkk punya.. Tk melawan tuan.

    ReplyDelete
  6. Pakar-pakar eko no money Pkr/Pas tengah bersidang kat blog ASD!

    Tajuk ikut menu 1Pakatan!
    hampa suma tau ka pasal audit ni ??.....atau buat-buat tahu..!

    kehkehkeh.....

    ReplyDelete
  7. Isu disini ilah knape lambat bentang lapuran ketua audit? sape pulak yg bersidang psl ekonomi.

    psl tak tahu lah kita org nak tahu. Brpa harga komputer, brape hrg air cond, berape harga pen pointer, brape harga stapler...

    sebelum ini jab ketua audit memuji negeri Pakatan... takut hal ini dibentangkan di parlimen..

    ReplyDelete
  8. Dimana-mana negara mengamalkan sistem demokrasi, pembentangan audit adalah amat diperlukan bagi melihat kemampuan dan kepincangan yang berlaku semasa proses kewangan sepanjang tahun berkenaan. Tiada sebab Ketua Audit tidak boleh membentangkannya di Parlimen. Kerana yang akan mendengar dan berhujah adalah kedua-dua pihak.

    Tiada pembentangan akan memnujukkan bahawa terdapat 'sesuatu' yang hendak disembunyikan.. kerajaan yang rasional tidak akan melakukan seperti ini tidak kira samada parti yang memerintah kini mahupun pembangkang yang bakal memerintah..

    Betulkan Rakab? ;-)...

    ReplyDelete
  9. rakab oh rakab

    keje aku skg ni pun kena di auditkan.

    satu audit dr syarikat sendiri.

    ssatu audit dr luar syarikat.

    ReplyDelete
  10. Dulu kesian kan polis yg menyiasat kes kes profile tinggi. Siasat lain yg dilapurkan lain.

    Skg jab audit.. buat kerja menyelidik dpt lain... kertas lapuran lain..


    ko ingat dia org ni tak tension ke.. melainkan kaki bodek yg spesis lebih kurang mcm pencacai.

    ReplyDelete
  11. pPas tak mai komen kot. MC hari ni trauma bila anak cina raba buah dada bini dia.

    ReplyDelete
  12. Pakar duit haram dah buat ulasan..
    siapa dia?
    Si rakab...
    Lapuran audit negara pun dibuat kepada kedai runcit dia....
    memang terbukti banyak sungguh duit haram...
    kah...kah..kah..

    ReplyDelete
  13. Mula ASD keluarkan artikel statistik...
    kemudian artikel lapuran audit...
    memang satu strategi yg baik...
    dah padam ke ppas celaka tu?
    demam ke?
    icu ke?
    mana komen berjela2...
    lebih berjela dari lidah biawak..
    mat siaaaaaalllll....

    ReplyDelete
  14. Ini najib puki ayam ni tabur duit pada semua orang apasal...dia buat macam supermarket nak tutup meniaga je...kalau BN kalah...PR tanggung, sebab pembendarahaan sudah kontang. Tetapi kalau rakyat bodoh masih pilih BN...maka lepas PRU13...semua barang...cukai naik...subsidi potong...sebab duit sudah licin...kalau nak kena undilah BN.

    ReplyDelete
  15. non 4.05,

    betul ler agaknya...

    heheheheeee...

    ReplyDelete
  16. rakab oh rakab

    kau ketawa heheheheeee... dgn mengalir air mata...


    ketawa sedih ke... jgn lah nak cover dgn tunjuk macho..

    ReplyDelete
  17. rakab jadi bengong dah ker ?
    tak tau nak jawap apa...?menyalak lagi...padan muka hang.
    artikel kuar,org lain sembang bab lain.hang pi sembang bab lain..kan dah kena..muka hang kena tempek kulit babi la oiii...cover malu.
    hahahahihihihuhuhuhu

    ReplyDelete
  18. OOooooo penternak lipan @ PengikutPenganutPas,...hang ni kaki menyamar nooo...

    ReplyDelete
  19. Mesti laporan tu mengatakan prestari negeri negeri PR jauh lebih baik daripad negeri Bankrupsi Nasional.

    Tahun lepas pun dah komen. Mesti tahun ini prestasi lebih meningkat. Selangor pun dah cecah rezab paling tinggi. Kat Penang, majlis perbandaran semuanya budget positif.

    Laporan audit ini semestinya menconteng arang ke muka Najib. Pasaltulah kena sensor

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post