Mansuh yuran sekolah bukan pertama kali

PETALING JAYA: Pemansuhan yuran pendidikan sekolah rendah dan menengah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 bukanlah yang pertama kalinya dalam sejarah kerana perkara itu pernah dimumkan empat tahun lalu.

Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah mengumumkan perkara yang sama semasa pembentangan Bajet 2008 dalam usaha menawarkan rakyat pendidikan 100 peratus percuma.


Selain itu, Abdullah pada September 2007 dalam Parlimen turut mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya.

Namun penghapusan yuran itu tidak sepenuhnya apabila kerajaan kemudiannya mengesahkan pelajar tetap perlu membayar sebanyak RM4.50 bagi sekolah rendah dan RM9 (sekolah menengah) setahun, manakala yuran lain tidak berubah.

Malah sebaliknya ‘yuran tambahan’ dan ‘sumbangan’ diperkenalkan dengan bayaran antara RM23.50 sehingga RM55.50 setahun, bergantung kepada jenis sekolah seperti yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Pelajaran.

Najib dalam pembentangan Bajet 2012 petang tadi mengumumkan pemansuhan yuran tahunan kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful bagi pelajar sekolah rendah (RM24.50) dan sekolah menengah (RM33.50).

“Buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah disekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh oleh ahli Parlimen lain dalam Dewan Rakyat.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Peruntukan sebanyak RM530 juta itu membabitkan kira-kira 5.3 juta pelajar seluruh negara dan akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

Penyunting novel Rusidah Salim, 41, berkata pemansuhan yuran pendidikan itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kerana ibu bapa masih menanggung beban kos lain-lain yuran termasuk yuran kelas dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mencecah sehingga RM80 seorang.

Katanya, mengambil kira peningkatan lain-lain kos yang semakin meningkat termasuk buku latihan beliau terpaksa memperuntukkan sehingga RM400 seorang.

“Biasanya perbelanjaan awal persekolahan mencecah sehingga RM4,000 untuk anak-anak tidak termasuk perbelanjaan untuk pakaian dan peralatan sekolah,” kata ibu kepada lima anak yang masih bersekolah kepada FMT.

Masih kabur

Sementara itu, Naib Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta berkata bantuan RM100 itu masih kabur kerana tidak dijelaskan secara terperinci sama ada ia diberikan secara tahunan, bulanan, atau sebaliknya.

Namun katanya, ia masih menjadi langkah terpuji kerana kerajaan sebelum ini tidak pernah menawarkan apa-apa bantuan dalam bentuk kewangan selain daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT), susu tambahan, suntikan vaksin percuma, dan lain-lain bantuan.

“Ini pastinya dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan,” katanya kepada FMT.

Beliau bagaimanapun berharap agar pemansuhan yuran itu juga dapat dilaksanakan dengan adil terhadap pelajar kurang mampu yang mendapat pendidikan disekolah bantuan modal apabila masih mengharapkan sumbangan orang ramai melalui Lembaga Gereja.

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. bagus posting ni bro...

    buat Melayu2 yg mudah lupa...

    2008...1Malaysia kena tipu...

    ReplyDelete
  2. Melayu tipu Melayu. Saya kafir makan kacang sambil tengok tv. Saya tak terlibat ok. Jangan pulak kata kafir seronok tengok melayu tipu melayu ok bro!

    ReplyDelete
  3. JANJI.. seperti yang dinyatakan .. hanyalah JANJI UNTUK MENGKAJI.. mungkin ya atau mungkin tidak.

    Sebenarnya, UMNO/BN Kedah ketandusan wakil yang berwibawa untuk memerintah..

    Cuba kita lihat -

    Mahdzir Khalid - cuma cikgu sekolah/pengetua dan jentera pentadbiran dijalankan oleh yg tiada pengalaman..sbb itu hancur

    Ahmad Bashah - tak payah nak comment panjang2.. nothing to be proud at all dari segi pelajaran..pengalaman? tak cukup pengalaman saja untuk memerintah

    yang lain2.. termasuk Nawawi.. nothing to be proud of..

    dari sumber UMNO/BN sendiri termasuk pagawai kerajaan.. amat susah UMNO/BN untuk take over the govt.. jadi kita tengoklah JANJI yang akan ditaburkan oleh UMNO/BN nanti..

    mungkin nak buat LRT/MRT di Alor Setar.. huhuhu..

    atau commuter dari Astar ke S.P.. senang Det Khalid nak pi sana jumpa...????

    dah la.. jangan melalut la UMNO/BN

    cukup cukup lah...nanti meroyan

    ReplyDelete
  4. HAHAHAAHHHAAA

    TAK KAN KOMEN ISU TU JA KOT ?????

    TAK NAK KOMEN KE PELAJAR DAPAT RM100

    TAK NAK KOMEN KA BONUS

    BANYAK LAGI RAKYAT DAPAT TAK NAK KOMEN KA ??????

    HAHAHAHA

    PAKATAN HARAM BERBULU, TERKANCING GIGI,,,,,ALJUBURI & nAJIS & KHALIFAH GUAN ENG MESTI TIDO TAK LENA

    ReplyDelete
  5. 2008 mansuh yuran sekolah...

    sekarang ni mansuh yuran tambahan pulak..!!

    mana ada tipu....kau yang tak faham!!

    ReplyDelete
  6. tutup satu lubang, gali 2 lubang...

    mansuh yuran sekolah, penaik yuran lain...

    biasa laaa...

    ReplyDelete
  7. ofekenofee,

    betul tu......
    tapi mat monggol tutuh banyak lubang....
    dia tak kambus...
    menutuh-nutuh je dia.....
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  8. kita tunggu tengok hari daftar anak masuk sekolah berapa kena bayar. masa tu boleh tau kata penipu ni memang kaki tipu.

    pibg kena minta sumbangan ikhlas bukan main paksa macam sekarang. tak bayar tak boleh ambil keputusan periksa.

    last2 ada yg boleh masuk asrama penuh tak dapat masuk. karan yuran yg tak mampu dibayar masa depan anak bangsa dipertaruhkan.

    sepatutnya anak2 mcm ni lah dapat duit kuam. tp yg dok dapat anak cikgu,anak tokey mesin padi dan kroni seangkatan.

    pengalaman aku ada budak pintar tak dapat biasiswa, komputer dan kuam. aku temui di kg aku.

    result pmr merudum. masa upsr dapat 4a 1c. pmr 1 a jer. mengapa ini terjadi

    ReplyDelete
  9. Rakab bodoh....bagi para pendidik....tak pernah buta maklumat...hang ni yg buta hati dan buta segala2nya....jgn bagi komen kalau x tahu cerita sebenarnya....engko hanya terima bulat2 apa yg keluar dr mulut Hishamuddin...tapi risikonya ditanggung oleh guru2 di sekolah....Ibu bapa terus mengamuk ....akhirnya Hishamuddin malu alah.... dah terlepas cakap....sedangkan pihak kementerian pun ....tak tahu apa22222...kuang...kuang...kuang...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post