Marah harga tiket naik, Website FAM digodam dan logo ditukar..



KUALA LUMPUR, 28 Okt — Tidak sampai satu hari selepas Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya dilempar cat — dipercayai kerana marah dengan tindakan badan itu menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, laman webnya pula digodam.


Laman web itu dipercayai digodam tengah malam tadi dan mesej yang diletakkan jelas menunjukkan tindakan itu dilakukan kerana marah dengan kenaikan harga tiket perlawanan akhir yang akan diadakan esok.

Perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam membabitkan pertemuan Terengganu dan Negeri Sembilan.

Lambang FAM diletakkan imej khinzir dengan simbol “$” manakala perkataan persatuan diconteng dengan tanda pangkah (gambar).

Ia turut diiringi mesej yang berbunyi “So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us.”

“Penyokong bebas buat apex2 je,” kata mesej itu yang turut melabel FAM seolah-olah bertindak seperti “kapitalis” dengan menaikkan harga tiket.

Laman yang digodam itu turut membawa satu berita akhbar tempatan mengenai kenaikan harga tiket dengan kenyataan FAM bahawa pihaknya tidak akan berganjak daripada keputusan mengenakan RM50 meskipun diprotes dan dikecam banyak pihak.

Laporan semalam memetik polis berkata pihaknya menolak andaian kejadian melempar cat merah di Wisma FAM berpunca daripada isu kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah bagaimanapun berkata polis akan menyiasat sama ada wujud unsur khianat atau hutang memandangkan ia boleh berlaku atas banyak sebab.

“Andaian bahawa ia adalah sebab harga tiket itu spekulasi orang, tetapi sebab sebenarnya kita akan siasat,” katanya merujuk kepada kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar oleh empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu sehingga mengotori lantai pintu depan wisma serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.

Sebahagian cat turut mengenai kereta seorang pengawal keselamatan yang bertugas yang diletakkan berdekatan pagar wisma, namun sebuah bas milik FAM tidak diapa-apakan.

FAM memutuskan untuk menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia daripada RM30 kepada RM50 melibatkan Terengganu dan Negeri Sembilan.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan peminat bola sepak yang merasakan kenaikan itu satu beban.

Dalam reaksinya semalam mengenai tindakan melempar cat, Presiden FAM Sultan Ahmad Shah menyifatkannya sebagai perbuatan bodoh.

“Biarkanlah, itu orang bodoh, kita tidak boleh ambil tindakan sendiri, kita ada undang-undang,” titah baginda.

Menurut baginda, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad telah pun menjelaskan bahawa kenaikan harga tiket itu adalah bagi tujuan menampung pelbagai perbelanjaan yang meningkat.

Sultan Ahmad Shah bertitah FAM tidak akan mengubah harga tiket yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua persatuan bola sepak negeri berkenaan.

Bagi membantu penyokong masing-masing, kerajaan negeri Terengganu memberi subsidi RM25 untuk 30,000 tiket manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan pula memberikan potongan RM20.


The Malaysian Insider

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tak payah susah2 pergi tengok kat Stadium, duduk depan TV je. Jimat masa ,jimat wang.

    ReplyDelete
  2. perangai tu biar la beradab sikit...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  3. sudah biasa mat rempit diupah UMPORNO utk buat kerja macam ini. jadi tak hairan ia makan tuan... kakaka

    ReplyDelete
  4. sudah biasa mat rempit diupah UMPORNO utk buat kerja macam ini. jadi tak hairan ia makan tuan... kakaka

    October 28, 2011 1:10 PM
    ____________________________________

    fitnah macam makan kuaci jer puak pakatan rakyat nie...

    ReplyDelete
  5. anon 1.17 - UMNO yang selalu makan kuaci..dari 1998 untk kekal berkuasa kerja dia fitnah jer..seks, agama, kaum. Ko ni apeke bengap sgt..duduk depan cermin dlu sapa diri sebelum tuding jari kt orang lain

    ReplyDelete
  6. dlm k'adaan rakyat tenat pn selamba je diarg ni naikkn harga tiket..kaut keuntungan gila2..

    ReplyDelete
  7. Harga tiket naik!!..memang patut ler orang ramai marah!!

    kerajaan-kerajaan negeri Umno jugak yang berusaha selesaikan masalah .....bagi diskaun tuu..

    kalau harapkan pembangkang, simbah cat ngan godam jer depa pandai..

    heheheheeee....penyangak ler katakan..

    PAKATAN BODOH

    ReplyDelete
  8. Wah !..sedara aku 'pejuang hamas' dah sampai sini...siap laa kau orang kena maki..

    Pejuang Hamas,

    anjing-anjing pkr ni suka menyamar, ...hati-hati !

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post