Memang Polis langgar SOP sasar Hospital Tung Shin.

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin di sini, 9 Julai lalu.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri malam ini.


Pertengahan Julai lalu, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasarkan Hospital Tung Shin ekoran kritikan dan kecaman banyak pihak.

Jawatankuasa itu diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

“Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kata beliau.

Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu.

“Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital,” kata beliau lagi.

Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.

“Berlaku lontaran ‘bom asap’ oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina,” kata beliau.

Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina.

“Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011,” katanya lagi.

Susulan daripada laporan hasil siasatan ini, jelas beliau, Kementerian Dalam Negeri akan merujuk senarai kakitangan berkenaan kepada jawatankuasa tatatertib PDRM untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya.

“Keputusan bagi tindakan ini jelas membuktikan bahawa Kementerian Dalam Negeri mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan,” kata beliau lagi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika menubuhkan jawatankuasa itu berkata beliau percaya langkah itu akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai.

“Pada 11 Julai lalu, lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan menteri bahawa tiada gas pemedih mata dan air berasid dilepaskan ke arah kawasan hospital,” kata Liow ketika itu.

“Pelbagai saksi yang melihat mendakwa keadaan sebaliknya,” kata beliau.

Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting.

Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan pula pernah meminta kerajaan pusat memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Tung Shin kerana melepaskan air berasid dan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0.

Pua mendakwa kerajaan cuba menutup kesalahan polis dan oleh itu, tidak berguna bagi kerajaan untuk terus menafikan apa yang telah berlaku.

“Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar), Menteri Kesihatan dan Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) harus dengan segera meminta maaf kepada Hospital Tung Shin kerana melanggar wilayahnya dan kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba menutup kesalahan pasukan polis,” kata beliau.

Sekumpulan 11 doktor pula menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina.

Mereka yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor.


The Malaysian Insider

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Alaaa... Kalau terbukti polis tu buat salah....sengaja atau tidak,..ambil jer lah tindakan...

    Jangan ler asyik dok mengongoiiii.... berbulan-bulan!!

    ReplyDelete
  2. rakab bodoh,bangang tak tau menilai

    ReplyDelete
  3. Siapa yang komen aku, lagi bodoh & bahalol...sebab memang pun aku sengal. Kalau aku sengal..hampa pun ikut sengal, jadi sama sama kita sengal.

    ReplyDelete
  4. Anon yang kata si ra ni bodoh dan bangang bukan orang lain tapi kau jugak, kitorang apa ada heran kalau kau sendiri yang kata kau bodoh dan bangang, memanglah kau tu bodoh & bahlol! Sengal tu sebab tak boleh entry binidoll dah dua malam berturut2....sian!....

    ReplyDelete
  5. rakab
    wooi hang seorang lah yg sengal, hang seorang lah yg bodoh, hang seoranglah yg bangang, hang seoranglah yg bahalol. kalau tak tahan kena maki hari2, ajak sekali geng otak lembu umno, si pPas,akp, kluangman share sama. jangan dok pandai2 guna bahasa "kita".

    ReplyDelete
  6. Sepatutny PDRM ni d siasat krn tindakbalasny bnyk brpihak kpd pemerinth. Stkat ni rakyat mmpu brsabar lagi. Elakkn sejarah bukit kepong brulang.

    ReplyDelete
  7. DALAM SEMUA ANJING ROSMAH SI RAKAP NI LA YG PALING GARANG KAHKAHKAHKAH TAK ANJING GARANG ANJING GILA KAHKAHKAHH..

    ReplyDelete
  8. Satu istilah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat....
    siapa yg lebih awal buat press statement menafikan?
    Menteri kesihatan....Liow Tiong Lai
    Mengapa perlu menipu?
    Kenapa perlu disogok?
    Rakyat akan bangun...
    Rakyat akan bangkit..
    Jika rakyat melawan tandanya rakyat telah sedar..
    Kerajaan baru harus dibentuk..

    ReplyDelete
  9. Yang ini pulak berita versi UMNgok, dipetik dari Mstar:

    http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/5/mstar_berita/20111005094601&sec=mstar_berita

    ReplyDelete
  10. Nah sekarang dah nyata menteri kesihatan BN memang tak ada integriti. Membuat kenyataan yang menafikan kebenaran adalah perbuatan manusia yang tak ada integriti, dan kalau manusia tu seorang menteri maka dia menteri yang tak ada integriti. Menteri macam ni kalau di dunia yang bertamaddun dah lama tender resignation atau bunuh diri, macam di Jepun.

    Nak tengok menteri ni akan berdolak dalih menegakkan benang basahnya lepas ni, dan berdolak dalih itupun adalah contoh tindakan seorang manusia yang tak ada integriti menambahkan lagi ketiadaan integritinya!

    Ini bukan budaya kafir laknatullah, ini adalah budaya kepimpinan UMNO!

    ReplyDelete
  11. Kat sini pun ada orang menyamar nick aku!

    non 2.11,...takkan sampai blog ASD pun kau nak ikut aku!

    pssst,..non,..jangan lupa kirim salam dengan MiLoSuAm...

    heheheheee...

    ReplyDelete
  12. si bodoh berkeliaran lagi...
    mencari pula si menteri kesihatan..
    si bodoh berharap bertemu dgn menteri bodoh....
    blapa manyak lu sogok hospital tu?
    duit rakyat menjadi mangsa...

    ReplyDelete
  13. akhirnya mengaku jugak si rakab ni dia sengal..

    pd aku anon 1:12am tak bagi komen dia cuma bagi kenyataan .. lain lah dia buat komen atas komen si rakab dan ayat tsbt diguna pd ujung komen anon..

    apa pun .. bg mrk yg mengikuti asd ini, ingat lah semua komen dari si rakab adalah komen org yg telah mengaku dirinya sengal..

    ReplyDelete
  14. Kahkahkah ini lagi satu bingai punye org kuat UMNGOK. Dah banyak pic-pic dan video yang diambil masa live dijadikan bukti depa masih gak kata polis xda salah...lanie lu jilatlah ludah lu balik, kahkahkah memang lu spesies suka jilat menjilat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post