Najib kata Ekonomi Negara Meningkat... tapi...

Perdana Menteri Malaysia yang disayangi pencacai UMNO, Najib Tun Razak berkata ekonomi negara pada tempoh separuh pertama 2011 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan momentum lebih baik dijangkakan dalam separuh kedua tahun ini.

Najib juga berkata pelaburan langsung asing negara telah meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010 dan RM3.5 bilion pada Jan-Jun 2009.

Itu kenyataan Najib, kenyataan yang cuba untuk memperbodohkan Rakyat Malaysia.. cuba korang baca apa laporan dari RHB Research Institute ini..


RHB: Risiko kemelesetan tinggi, pertumbuhan Malaysia 2012 dijangka ‘perlahan’

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan kemungkinan perlahan setakat 3.6 peratus berbanding paras 4.3 peratus dianggarkan tahun ini ekoran risiko kemelesetan global berganda yang mendalam, kata RHB Research Institute.

Anggaran pertumbuhan unit RHB yang dikeluarkan semalam jauh lebih rendah berbanding anggaran lima hingga enam peratus diramalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 dengan dana RM232 bilion Jumaat lalu.

Unit itu juga berkata bahawa risiko kemelesetan global berganda yang mendalam sangat tinggi dan semakin meningkat memandangkan kedua-dua Amerika Syarikat dan Eropah tidak boleh menerima satu lagi kejutan meskipun boleh mengelakkannya jika pemimpin-pemimpin mereka bertindak dengan segera untuk menangani krisis hutang dan menghindari penularan yang boleh menjejaskan terus keyakinan.

Malah penyelidikan itu juga menjangkakan sektor bisnes akan memotong perbelanjaan ekoran persekitaran tidak menentu, meskipun sebahagian pertumbuhan akan datang hasil pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Pertumbuhan pelaburan swasta dijangka menurun lagi sehingga 4.6 peratus pada 2012 selepas perlahan ke paras anggaran 5.7 peratus tahun ini, kata laporan itu lagi.

Dalam pada itu, eksport dijangka akan mengalami pertumbuhan sekitar 1.1 peratus berbanding 3.4 peratus tahun ini ekoran penurunan permintaan luar bagi barangan elektrik dan elektronik.

Permintaan domestik dianggarkan akan mengalami pertumbuhan pada kadar rendah 5.1 peratus pada tahun depan berbanding anggaran 5.8 peratus pada 2011.

Bagaimanapun RHB berkata bahawa perbelanjaan pengguna dijangka kekal pada kadar mudah pulih yang munasabah dan bertumbuh sekitar 5.3 peratus pada 2012 berbanding enam peratus tahun ini ekoran simpanan yang tinggi, peningkatan penggunaan dan kenaikan gaji.

Kebanyakan unit penyelidikan telah menurunkan anggaran pertumbuhan tahun depan masing-masing bagi Malaysia meskipun Najib yakin menerusi cadangan bajetnya, yang pengkritik berkata ia disediakan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.


The Malaysian Insider

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. budget najib juga dikritik hebat oleh WSJ...budget santa clause
    -----------------------------------
    — By offering handouts instead of reforming the national economy, Datuk Seri Najib Razak is not helping Malaysia grow, the Wall Street Journal (WSJ) said yesterday.
    Malaysian Prime Minister Najib Razak has unveiled a budget full of freebies designed to win over voters in the next general election, expected in the next six months. In the process, he is dashing expectations of economic reforms needed to promote growth,” WSJ said.

    ReplyDelete
  2. allo aloo hanya rakab yg dpt membri komen dgn tepat ok

    ReplyDelete
  3. Selagi kita berkiblatkan Great Britain (GB) selagi itu ekonomi Melaysia di belenggunya. Tu mamak mamak cukup suka dgn England ni.London tu Financial center yang control kita punya ekonomi. Kita lari dari England dari sekarang cari lah investor lain dai GB.

    ReplyDelete
  4. Najib spatutny umum bhw pelaburn asing meningkat hanya d negeri bwh pemerintahn PR shj. Negeri lain pun meningkat tp dlm kadar hutang. Biasalah bila BN perintah... biar papa asal brgaya.. biar pemimpin brgaya asalkn rakyat sudi tanggung hutang.. he he

    Tahun dpn d ramal brmulany brlaku krisis keewangn. Jika rezab negara tdk d sandarkn pd nilai emas, negara bakal berada dlm zon bahaya.

    ReplyDelete
  5. org kampung dan org umngok peduli apa ..

    bg mrk jiban berkelulusan eko bukan sastra..

    ReplyDelete
  6. apa punya komen hampa suma ni...

    ReplyDelete
  7. Sumber maklumat tentang ekonomi lebih meluas merangkumi segala sektor2 seperti...pertanian,perlombongan,perkhimatan,perkilangan,peladangan dan berbagai sektor..maka maklumat2 paling tepat dari kerajaan pusat le...sebab aliran kewangan yg keluar masuk dari negara2 lain dipantau BNM...takan bawa duit cash kot bila nak melabur..

    ReplyDelete
  8. ttp selalu nya kenyataan BNM dng Menteri dan Timb Menteri bercanggah.

    anggaran kadar inflasi antar BNM dgn Kem Kwangan jaub berbeza. Peramal ekonomi dlm perbankan pun tak sama dgn kem kwangan.

    belum lg di ambil pandangan para pelabur dan ahli eko luar negara.

    Jadi sukar nak yakin maklumat kjaan pusat adalah tepat.

    ReplyDelete
  9. BNM paling tak suka klu ada rkyat M'sia pndai main trade. Dia pasti kacau punya padahal BNM pn main trade gak.

    ReplyDelete
  10. PPP,

    Rakab setakat tauke kedai runcit yg suam2 kuku nak bangrap.. dia layak ka bagi komen??

    bodoh semacam saja komen dia tu...


    kunta kinte

    ReplyDelete
  11. anon 7:57 am

    Setuju !

    dan yg pling teruk dibekukan wang kita.

    tp yg bawak cash rm 10 juta tak dibekukan..

    lapuran sprm pun dah dibuat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post