Najib sahkan UMNO Pulau Pinang hanya kuda tunggangan Gerakan.

“UMNO tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain,” kata Najib.

Kenyataan Najib itu membuktikan bahawa UMNO Pulau Pinang sekali lagi bersedia menjadi kuda tunggangan kepada Gerakan dan MCA di Pulau Pinang jika mereka boleh menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.


Oleh itu mana-mana pemimpin dari UMNO Pulau Pinang yang kini sedang bermimpi untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.. teruskanlah bermimpi!!

********************

Najib: Umno tidak akan tuntut teraju negeri jika BN rampas balik Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Datuk Seri Najib Razak memberi Gerakan jaminan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pualu Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

“Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi BN berkata Gerakan mesti bekerja keras untuk mendapatkan negeri itu daripada DAP dan bersedia untuk membuat pengubahsuaian kepada sistem peruntukan kerusi demi perikatan yang lebih kukuh.

“Setiap daripada kita mesti menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan menjadi sebahagian daripada masalah,” kata beliau.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beliau telah membincangkan perkara ini dengan Umno Pulau Pinang dan kepimpinan parti negeri itu telah bersetuju bahawa ia tidak akan menuntut kepimpinan kerusi ketua menteri.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata, BN kini meneliti butiran perubahan-perubahan dalam soal peruntukan kerusi, tetapi menekankan bahawa ia akan membabitkan penambahbaikan di sana sini dan bukannya perubahan secara menyeluruh sistem.

“Kami merupakan sebuah keluarga yang besar, jadi akan lebih kompleks apabila hendak membuat keputusan berkaitan sesebuah kawasan,” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan negeri akan kekal dengan Gerakan, Najib memberitahu, BN masih membincangkan perkara tersebut, tetapi mengulangi Umno akan menuntut kedudukan itu.

Pemimpin Gerakan mengetuai Pulau Pinang selama 39 tahun tetapi negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Perkembangan itu membawa kepada gesaan daripada pemimpin-pemimpin Umno pada September tahun lalu agar Gerakan menyerahkan kerusi-kerusi yang ia kalah kepada Umno atas alasan parti teras BN itu mempunyai peluang lebih baik untuk menang.


The Malaysian Insider

21 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. pembetulan....bukan kuda tunggangan, tapi umno murahan ialah barua gerakan.

    ReplyDelete
  2. so orang melayu pulau pinang,
    tengok tengok, sapa yang lebih baik DAP ke Gerakan ke, sebab siapa menang pun korang kena pijak

    ReplyDelete
  3. 54 TAHUN MERUGIKAN MELAYUOctober 16, 2011 at 6:51 PM

    39 TAHUN UMNO BODOH BERPOLITIK, CKP MEMPERJUANGKAN MELAYU ISLAM, WALAUPON PALING BANYAK KERUSI DUN, TETAP BERI GERAKAN JD KETUA MENTERI, LAMA2 ORG2 MELAYU KELUAR DR PENANG PINDAH KE KEDAH TINGGALLAH MAMAK YG MENGAKU MELAYU...(SBB TU PAS MENANG KAT KEDAH...SOKONGAN DR ORG PENANG YG PINDAH KE KEDAH)...

    TAK HERAN SINGAPURA DPT KT LEE KUAN YEW...

    ReplyDelete
  4. eeemmm emmmmmm singkatnya fikiran !!!! siapa yang memnag kerusi DUN paling banyak dialah jadi Ketua menteri . kalau banyak kerusi gerakan kalah , umno menang majoriti , ketua menteri mestilah dari UMNO .

    Bukan macam perak , DAP memang banyak kerusi tapi akibat halangan undang undang tubuh negeri menteri besar dilantik dari PAS . akibatnya yang berkuasa memebuat keputusan kerajaan negeri adalah exco DAP . tu baru dinamakan kuda tunggangan malah disebut sebagai kuda tak malu pulak tu . sebabnya cina berkuasa tapi ada hati nak gelar kerajaan nizar tu sebagai kerajaan islam !!!

    ReplyDelete
  5. Yang penting BN menang di Pulau Pinang,..baru Umno ada kuasa.

    Walaupun wakil Gerakan yang menjadi Ketua Menteri, tetapi Umno tetap memainkan peranan penting atas dasar perkongsian kuasa.

    ReplyDelete
  6. Tanah orang Melayu di Pulau Pinang (pulau)tinggal 1% baru buka mulut cerita kuda.

    ReplyDelete
  7. rakab & ppas..

    agak2 la kan.. sebelum Mac 2008 dan selama 39 tahun Gerakan mentadbir pulau pinang.. melayu di sana terjaga ke? tanah2 tidak diambil ke?

    atau dulu semuanya baikkkkkkkkkkkkk belaka, cuma sekarang je yg jadi makin teruk?

    tolong jawab skit..

    ReplyDelete
  8. kalau najibu kata taik itu sedap, tentu rakab al-bodohi akan makan. sebab kepala otaknya taruh kat lutut..

    ReplyDelete
  9. PAS dan PKR Melayu lagi2 kuda tunggang...bila buat demo!..bila buat Bersih!..bila buat kecoh!..hanya muka2 puak2 PAS dan PKR Melayu yg ramai sekali..drp DAP boleh kira dgn jari aje....Cina/India PKR jauh sekali le..

    P/S: Puak2 DAP hanya dok kt hotel 5* tingkat atas..dan tengok dari atas gelagat penyokong2 PAS dan PKR Melayu kt bawah berdemo...kena hambat dgn polis..

    ReplyDelete
  10. akp
    hang ni dok komen gila babi!
    yang dok buat demo..ooops rusuhan kat penang ni ialah geng2 umno bangang, sekat trafik di jambatan sampai jam sehingga 2 km, berarak dari masjid keling ke komtar sambil pecah cermin kereta ditepi jalan...ini semua kerja pecacai umno. Itu baru hanya 100-200 orang saja buat kacau macam ni.
    Berbanding BERSIH, 30 ribu orang berhimpun pun tak ada kerosakan harta awan...ini baru panggil demo.
    Yang umno buat tu bukan demo, tapi rusuhan.

    ReplyDelete
  11. Kalau GERAKAN boleh menjadikan P.Pinang sebagai hak mutlak mereka, knp Melaka tak diserahkan pada MCA?

    ReplyDelete
  12. anugerah melayu paling bodoh dalam dunia ialah melayu umno pulau pinang serta pencacai2nya seperti faizal AKP...sampai mati pun hampa akan jadi barua gerakan&mca...ceritakan sejarah kebaruaan hampa dekat anak cucu nanti...nilai lah sendiri tahap pencacai diri hampa kepada gerakan...hahahhahhaaaaaa

    ReplyDelete
  13. UMNO KUDA KAYU...

    TUNGGANG LAH BERTAHUN TAHUN.. KAT SITU JE..

    ReplyDelete
  14. 8:28 PM rakab oh rakab

    BN kalah kat PP pun umno tak de kuasa.. nak menang ada kuasa.. dah menang Gerakan jd Ketua Menteri.. kuasa apa umno ada.. Skg lah tunjuk kuasa biar cina PP takut sikit. Barulah Melayu PP sokong umno.

    pPAS 8:02pm tp syg bila kalah umno jd ketua pembangkan dan bila menang najib janji Gerakan jd Ketua Menteri.

    Mmg eluk byk kan kerusi Gerakan di PP krn aku yakin cara ini Pakatan akan terus jaga PP.

    ReplyDelete
  15. pemimpin umno penang cukup suka jika gerakan menang di penang terutama diterajui oleh tsu khoon yg lemah supaya boleh guna dia kasi projek kat suku sakat depa utk kayakan suku sakat depa.
    BN semasa tadbir Penang tak pernah anjur program bela nasib rakyat cuma bila dah jadi pembangkang baru sedar selama ni depa hanya penting diri sendiri.
    Pemimpin umno Penang cukup haprak dan tak pernah ada keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.

    ReplyDelete
  16. rakab cakap "Yang penting BN menang di Pulau Pinang,..baru Umno ada kuasa.Walaupun wakil Gerakan yang menjadi Ketua Menteri, tetapi Umno tetap memainkan peranan penting atas dasar perkongsian kuasa."
    ya betolllll.. peranan umno untuk menindas orang melayu d Pulau Pinang termasuklah menghalau orang melayu keluar dari pulau Pulau Pinang. .
    tahniah buat amno-apco !!

    ReplyDelete
  17. umno penang ni golongan yg kuat berangan. Masih lagi dok ingat orang melayu sokong depa dengan program2 syok sendiri.
    Lepbih baik suruh adun2 UMporNO ni pi intai kerja kosong kat McDonalds.

    ReplyDelete
  18. Apa yang kau merepek ni PenganutPas oiii. itu sebab bercakap dengan anjing lebih baik.. pernah seketika UMNO menang majoriti di Pulau Pinang tapi sedekah kerusi KM pada Gerakan.. lagi teruk macam ni.. tapi la ni hujah hang pulak, sapa banyak kerusi dia memerintah.. lagu mana ni..heeeeee. Kes Perak, bagi hang yang bengap.. menteri besar adalah WAJIB bagi pada melayu. Ini kehendak sultan dan peraturan negeri.. Hang hina Sultan ke apa? Itu sebab bercakap dengan anjing lebih baik daripada bercakap dengan PP.. heee

    ReplyDelete
  19. hanya berok aje yg faham bahasa putar belit pPas.

    ReplyDelete
  20. Hari nih Dap berkuasa kat penang!.....mana pkr/pas ??
    jadi lembu ker jadi barua ??

    Pemimpin pkr penang dah habis lari...pasai apa ??
    Pakatan perintah penang, mana kuasa melayunya ??

    melayu pkr/pas penang semata-mata jadi hanjing kepada LGE dan Dap!!

    ReplyDelete
  21. rakab oh rakab 7:20pm

    gerakan belum pun menang di PP tp umno dah jd bangsat pd gerakan.

    realitinya kat sana kalau gerakan serahkan kerusi pd umno atau mca, ada lah berentap sikit dgn pakatan. gerakan dah tak releven tp umno masih naikkan dan goyang kan ekor depan gerakan. siap akan kaki depan menjelirkan lidah..

    Pakatan perintah di PP sb ada kuasa rakyat ! Kekuatan Pakatan bukan pd seseorg individu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post