Pakar Tulang Dr Thomas Hoogland dipanggil sebagai saksi Anwar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak permohonan mengenepikan sepina oleh Perdana Menteri dan isterinya supaya hadir menjadi saksi perbicaraan.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu dengan menyatakan kedua mereka tidak relevan sebagai saksi dalam kes berkenaan.


Permohonan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor itu dibuat menerusi peguam mereka dengan mendapat sokongan penuh pihak pendakwaraya.

Bagaimanapun peguam yang diketuai Karpal Singh membantah permohonan itu dengan menegaskan bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah berjumpa Najib, empat hari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun 2008.

Selepas hakim membuat keputusan, pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland dipanggil sebagai saksi peguam bela. Beliau dijangka akan memberi keterangan berhubung tahap kesihatan dan fizikal Anwar.

Berikut kronologi perbicaraan di mahkamah hari ini:

9.29: Galeri awam dipenuhi hadirin dan juga wartawan.

9.35 pagi: Mahkamah bersidang. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan beliau terhadap permohonan mengenepikan perintah sapina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Permohonan Najib dan isteri dibenarkan mahkamah.

9.44 pagi: Mahkamah terus bersidang untuk kes Fitnah II. Peguam-peguam yang mewakili Najib dan Rosmah beredar meninggalkan mahkamah.

9.45 pagi: Saksi ketujuh pembela, pakar tulang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland mengambil tempat di kandang saksi.

9.46 pagi: Dr Thomas mengangkat sumpah dan memberitahu beliau berumur 66 tahun.

Beliau tamat pengajian perubatan pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 memulakan latihan ortopaedik di Amerika Syarikat.

Sehingga ke hari ini, beliau memberitahu mahkamah beliau sudah menjalankan kira-kira 14 ribu pembedahan tulang belakang.

9.54 pagi: Menurut Dr Hoogland, beliau pernah memberi keterangan dalam mahkamah sebelum ini dan keterangan beliau diterima mahkamah.

Kali terakhir beliau memberi keterangan di mahkamah adalah sekitar bulan Julai lalu di County Court Oklahoma City.

9.57 pagi: Dr Hoogland menerangkan struktur tulang belakang manusia menggunakan model rangka tulang manusia dalam mahkamah.

Menurutnya, tulang belakang manusia ada 7 vertebra, 12 torasik dan 5 vertebra lumbar.

10.17 pagi: Dr Hoogland pertama kali merawat kecederaan tulang belakang Anwar dalam bulan April 2001.

Rawatan seterusnya adalah pada bulan September 2004 selepas Anwar dibebaskan dari penjara.


http://www.keadilandaily.com/?p=21417

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. PakLah..budi mu tetap dikenang namun Umno perlu d lawan habis-habisn demi negara & rakyat keseluruhnny. Rasuah & salahguna kuasa adalh amalan keji pemimpin Umno(BN).

    ReplyDelete
  2. piirah ko mabuk!..setakat buat tohmah, sapa pon buleh.
    peliwat ko sokong jadi ketua...bodoh

    ReplyDelete
  3. puak2 pembangkang ni dgn bijik mata sendiri pon keliru. tgk video anwar, hati kata anwar tapi mulut kata bukan. mulut tu esok akan cerita di hadapan Allah SWT di titian mustakim . aku tak sanggup nak tipu diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. Kahkahkah, PM Malaysia penakut ke derr?. Bukan ke sebelum ni dia dok canang dalam tv kalau dia berhadapan dengan Anwar, anwar boleh demam. Kahkahkah, lani anwar dah jual tu bro, awat dia lembik menolak xnak sahut nak beli. Xkan dah lupa, xkan org ramai boleh lupa yang dia pernah juga dulu gebang semasa PC dia kata dia jumpa seefool dan alasan sebab Biasiswa. Tapi org malaysia xbodoh macam dia, walaupun kepala dia botak semacam Professor kangkung tp dia terserlah bangang apabila SPIN lain apabila ramai tahu Seefool tu gagal dalam pengajian dia dan wat apa biasiswa. Kan, tapi masih ramai puak-puak penchachai UMNGOK yang memang BENAK menyokong si dayus ni...kahkahkah Apa lah bengap lu olang....

    ReplyDelete
  5. dulu kata nak hadir, last last tak mau pula. Kalau orang awam , waran tangkap beb. Apalah dunia ni.

    ReplyDelete
  6. Anwar masuk penjara,..Pkr pun masuk kuboq!!

    itu hakikatnya....heheheheeee...

    ReplyDelete
  7. Najib masuk penjara Perancis,..UMNO pun masuk tapak pelupusan sampah!!

    itu hakikatnya....heheheheeee...

    ReplyDelete
  8. non 11.20,

    hang salah eja nick aku...

    Rakab tak kutuk Umno dan Najib!!

    Komen rakab tak perbodohkan diri sendiri!

    nak nyamar pun agak-agak laa..

    heheheheeee...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post