Isu yang dibangkitkan dalam artikel kali ini adalah masalah legasi. Contohnya, kalau disemak semula pengagihan Tabung Makanan di bawah RMK9 yang berjumlah RM2 billion. Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada satu syarikat milik anak dan suami menteri seperti yang disebut dibawah ini?
Kalaulah RM250 juta ini diagihkan dengan lebih telus kepada 1,000 orang usahawan contohnya kesan gandaan kepada ekonomi setempat, peluang pekerjaan dan limpahan kesejahteraan yang lebih meluas kepada rakyat terbanyak. Akhirnya, ramai rakyat yang mendapat “manfaatnya”. Bukannya tertumpu di tangan mereka yang sudah kaya dan berkedudukan. Mana yang lebih baik?
Ada sebuah projek mega yang melibatkan sebuah syarikat yang berkepentingan telah dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil.
“Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri,” katanya. Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab.
Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat - Malaysiakini
Yang pastinya menteri tersebut adalah menteri wanita. Jadi siapakah menteri wanita yang telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini? Kalau dalam senaraian kabinet Malaysia nak senaraikan menteri-menteri wanita yang ada tidaklah susah mana pun.
Menteri wanita dalam kabinet Malaysia sekarang ini pun tidak ramai. Antaranya ialah :
-Datuk Seri Sharizat Jalil (Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
-Datin Paduka Chew Mei Fun (Timb.Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
-Datuk Maznah Mazlan (Timbalan Menteri Sumber Manusia)
-Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)
-Datuk Rohani Abdul Karim (Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Industri)
-Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
-Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Pendedahan seterusnya sila baca di SINI
Bagaimana kebanyakkan melayu dapat berjaya dan menjadi jutawan jika peruntukan hanya tertumpu dikalangan kumpulan kecil tertentu.
ReplyDeleteRM52 bilion yang 'hilang' ditangan kumpulan kecil ini adalah sebagai bukti ketidaktelusan, ketidakjujuran dan ketamakan kumpulan melayu elit didalam parti kerajaan UMNO dan isu ini timbul semula.. Setiap kali perhimpunan dan PRU dicanangkan bahawa orang melayu gagal dalam ekonomi dan perdagangan walhal mereka ini bermain wayang dibelakang dengan membolot segala kekayaan bumiputera.. Melayu ini melayu tidak sedar diri dan harus di'hapus'kan. Malangnya sebahagian besar melayu (dalam UMNO) yang tegar sudah lagi tidak mengunakan akal mereka dan usaha mereka untuk menolak kepimpinan melayu yang korup sebegini. Setiap kali perhimpunan tidak digunakan peluang untuk membuat tunjuk perasaan dan kritikan pedas kepada pemimpin2 yang korup.. Hanya slogan hidup melayu dan ketaatan sahaja yang sering berkumandang.. itulah nilai wakil melayu dan ahli mereka di dalam melayu.. Nilai yang begitu 'murah' serta mudah dijualbeli. Namun apabila budaya dan maruah mereka diperkotak-katikkan, cerdik pulak mereka menentang dan bangun dengan keris terhunus untuk menentang dan membunuh sesiapa sahaja (terutama pembangkang) tapi apabila pemimpin mereka memperbodoh dan mempermainkan mereka, melayu ini (UMNO)juga kelihatan menikus dan menunjukkan sifat bangang mereka dengan tidak melakukan apa2! Apa jenis bangsa macam ni!!
Syabas kepada sebahagian kumpulan melayu lain yang mula sedar dengan permainan politik UMNO dan mereka ini yang telah berjuang demi survival dan keadilan hak-hak melayu yang tertindas.
Achmad Abdollah.
notoracist@gmail.com
beginilah cara melayu amno-apco kaya. . mudah dan cepat. .
ReplyDeletekalau da ditegur pun masih dok suka makan duit haram cara sebegini maka tiada apa lagi la yg dpt kita nasihatkan kerna da jelas dan nyata amno-apco ni "da mati hatinya". .
moga kita tidak sedemikian juga le ye. . biar rezki sikit / lambat asalkan halal dan berkat. .
bukan bertahun tp berzaman mrk buat perangai mcm ni.
ReplyDeletesetelah hampir 4 tahun aku berkebun dan atas nasihat mrk aku di mtk buat secara komersial krn konon nya ada peruntukan. ketika itu slogan pertanian adalah satu perniagaan. aku sepatutnya dpt anak anak pokok tp kemudian diberitahu anak pokok tsbt di peruntukan kpd seseorg yg mengusahakan pertanian seluas 100 ekar. setelah setahun aku berkebun aku diberitahu anak pokok utk 100 ekar tu tak jadi. Aku hairan mana pergi anak anak pokok tsbt?
kalau cite bab bantuan ini, aku bertemu dng sorg cina di kedai baja /racun. sembang pun sembang dia ckp jgn ingat u melayu saja kena tipu. saya cina pun dia org tipu.
mana syarikat besar yg kononnya akan bela ikan keli.. dan akan ekspot berjuta kg setahun.
mrk akan buat buat semua ini (spt dlm gambar) tp setelah dpt duit semua nya ghaib.
mana logiknya, dia org suruh org bela ikan keli di kws rumah. dia org suruh buat kandang lembu/kambing di kg kg .. tp dlm masa yg sama bg kroni buat besar besar punya ..
Perangai saka pemimpin Umno dari dulu, kini dan selamany. Persiapan utk ke liang lahat.
ReplyDelete250 juta tu projek mega ker..??
ReplyDeletelainlah kalau 25 billion...
aparaaaa...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!